"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Saya tak nak sebab awak gilakan Katrine, proses siasatan kes Abang Amran terjejas. Sekarang pun saya nampak awak dah cukup terjejas."
"Awak yang terjejas, Haira."
Ada batasnya setakat mana dia boleh menahan sabar. Sekarang dia tidak boleh lagi terus berdiri di depan Leon Ismail tanpa bercakaran. Dia perlu pergi sekarang.
"Saya takkan jumpa Katrine kesayangan awak. Saya tak nak jijikkan hari saya dengan berjumpa dengan pelacur."
Ya, Haira telah melampau. Dan ya, pemilihan ayatnya kurang sesuai. Dia telah membakar Leon Ismail dengan api kemarahan. Buktinya, lengannya dicengkam dengan kuat. Kemudian secara paksa tubuhnya ditarik supaya berdiri di depan Leon Ismail.
"Dia bukan pelacur!" Leon Ismail menyebut penafian tersebut di depan muka Haira.
"Kalau bukan pelacur, jadi dia apa? Penzina?"
Nafas Leon Ismail menderu menampar-nampar kulit mukanya. Namun kali ini dia tidak akan mengalah. Apa hendak jadi pun jadilah.
"Awak tak kenal Katrine. Awak tak pernah tahu pun kesusahan Katrine. Jadi Haira, awak tak berhak panggil Katrine pelacur."
Perasaannya ketika ini? Dia sangat kecewa dengan Leon Ismail.
Harga super jimat ni sah sehingga 25/10/2020 sahaja. WASAP ADMIN SEKARANG UNTUK MENEMPAH‼️ ➡️ https://wasap.la/rumahpk ➡️ +6010 449 7835
𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯: "Marry me." Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai isteri saya untuk tangkap pembunuh tu."
Berita apa ini? Tak mungkin Abang Amran dibunuh. Namun setelah bukti dibentangkan dan suspek utama adalah ayahnya sendiri dan Abang El, Haira jadi terdesak. Demi sebuah kebenaran, Haira mempertaruhkan dirinya. Lamaran Leon diterima.
Tetapi benarkah Abang Amran dibunuh? Atau seperti kata Abang El, ini semua konspirasi Leon untuk memerangkapnya? Tetapi kenapa mesti dia yang diperangkap? Salahnya apa?
"Awak langsung tak faham saya, Haira. You have been nothing but self righteous and entitled since I met you. Awak persoalkan semua keputusan saya. Awak tak percayakan saya!"
Memang Haira tidak percayakan siapa-siapa lagi, termasuk suaminya sendiri. Leon juga suspek. Tetapi kenapa Leon mesti selalu ada ketika dia kesusahan? Leon itu mahunya apa?
Keresahan Haira memuncak setelah Kate muncul. Kate si permata hati Leon. Sedangkan Haira pula, cuma perhiasan di rumah Leon.
"Saya takkan ke mana-mana," luah Leon dengan lirikan yang payah untuk Haira tafsirkan.
"Awak boleh cuba ketepikan saya.." Kedua-dua belah pipinya disentuh pula. Lama sebelum lengannya dipaut dengan cukup erat. Kemudian lelaki itu menundukkan wajah. Membiarkan dahi mereka bertembung. Membiarkan nafas mereka bertembung.
"Tapi awak takkan berjaya. Awak perlukan saya, Haira.. dan saya lebih memerlukan awak," luah Leon setenang-tenangnya. Tegas dan sepenuh pengertiannya. Mendera dan dalam masa sama menggoda. Jadi, Kate mahu dicampak ke mana?
Haira mahu melupakan semua yang menyesakkan sanubari. Namun kejahatan yang mengekorinya, tak pernah lupa pada konspirasi mereka.
"Dalam masa 365 hari, Haira akan lenyap tak bersisa dari muka bumi ni."
Jadi betul, dia menyerahkan hatinya pada pembunuh? Jadi betul, dia akan dibunuh?
"Siapa nama lelaki tu?" Suara ayah sampai ke telinganya. "Leon, ayah." "Lion?"
WASAP ADMIN SEKARANG UNTUK MENEMPAH‼️ ➡️ https://wasap.la/rumahpk ➡️ +6010 449 7835
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.