"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Nanti selepas Mail balik, Haira jumpa ayah."
Ayah menganggukkan kepalanya kepada Leon Ismail. Kemudian ayah kembali berkurung di dalam bilik bacaan.
"Mail?" sebut Haira sambil sedaya upaya menahan ketawanya dari terhambur.
"Saya dengar awak ketawa, awak siap!" Tenang-tenang suara Leon Ismail memberi amaran. Haira jadi membeku di sisi lelaki itu.
"Daripada ayah awak panggil saya Lion, lebih baik Mail," cetus lelaki itu pula. Kali ini dia tidak memandang Haira.
"Awak tak kisah nama awak bertukar Mail?"
"Dia nampak selesa menyebut Mail."
Ya, Haira tidak nafikan ayah nampak selesa tadi.
"Awak sepatutnya betulkan sebutan dia."
"Sebutan tu tak penting. Yang penting, dia dah setuju."
Ini pun hal yang mengejutkan juga. Mustahil ayah setuju dengan mudah. Pasti ada perjanjian. Pasti ada unsur ugutan.
"Awak ugut ayah saya apa sampai dia setuju? Awak dah buat perjanjian apa dengan ayah saya?"
Leon Ismail merenungnya. Renungan yang membuat Haira malu untuk terus menatap mata lelaki itu.
"Diplomasi." Hanya satu perkataan yang keluar dari bibir Leon Ismail.
Naik kedua-dua belah keningnya. Ayah tunduk pada diplomasi? Tak mungkin. Ayah cuma tunduk pada ugutan.
"Jujur dengan saya, Encik Leon. Jangan tipu saya."
"Okey, saya bertumbuk dengan ayah awak. Saya ugut dia sampai dia setuju. Saya acu pisau pada leher dia."
Terus berkerut keningnya mendengar jawapan Leon Ismail.
"Saya serius. Jadi jangan main-main!"
Tiba-tiba sahaja Leon Ismail mendekatkan wajahnya pada Haira. Kelam-kabut juga Haira menjauhkan diri. Jadi meletup-letup perasaannya. Dia benci dengan apa yang dia rasakan sekarang.
"You smell good."
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH ➡️ +6010 449 7835
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.