"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dear baby girl,
Baru sebaris ayat, namun emosinya sudah turun naik. Kalau dahulu dia sangat marah sekiranya Abang Amran memanggilnya dengan gelaran baby girl. Sekarang dia tidak kisah. Dia mahu Abang Amran memanggilnya dengan nama tersebut. Dia mahu Abang Amran muncul di depannya dan menyebut nama panggilan tersebut.
Tetapi itu semua hanyalah harapan yang takkan menjadi kenyataan. Abang Amran telah berada tujuh kaki di bawah tanah.
Abang minta maaf. Abang tak hantar alamat pada Haira. Telefon bimbit abang hilang. Mungkin abang misplace dekat mana-mana. Makin berusia, makin teruk penyakit pelupa abang.
Abang just nak beritahu, yang abang sayang Haira. Abang betul-betul sayangkan Haira. Tak pernah sedetik pun abang tak fikirkan tentang Haira sepanjang abang bawa diri.
Abang tahu. Haira mesti salahkan abang. Memang salah abang. Abang yang cari penyakit. Abang sendiri yang memberontak. Abang bukan anak dambaan ayah. Abang suka melawan. Abang tak dengar cakap ayah. Dan abang berterima kasih sangat sebab Haira jaga ayah. Haira pikul tanggungjawab abang. Terima kasih, dik.
Tapi Haira, abang harap Haira tetapkan pendirian Haira. Abang bukan nak ajar Haira derhaka pada ayah macam abang, cuma abang nak Haira jadi diri Haira sendiri. Tak semestinya pilihan yang ayah buat untuk Haira, adalah yang terbaik untuk Haira. Abang tahu dari kecil Haira nak jadi doktor, tapi ayah bantah. Haira kuburkan cita-cita Haira demi cita-cita ayah.
Cukuplah sekali tu ayah atur hidup Haira. Abang nak selepas ni, Haira bersuara. Jangan takut untuk suarakan rasa hati Haira. Faham?
Baiklah, abang berhenti membebel sekarang. Abang tahu Haira tak suka abang membebel. Haira tunggu alamat rumah abang, kan?
Bawah ni alamat rumah abang. Simpan baik-baik. Jangan beritahu ayah dulu. Abang akan beritahu ayah sendiri bila sampai waktunya.
No.8, Astana Residence. Presint 8. Putrajaya.
Kalau Haira sampai rumah abang nanti, Haira jangan terkejut. Abang tanam bunga. I'm a flowerman now. Demi Haira.
Abang tahu Haira suka bunga, jadi abang usahakan satu bahagian dekat laman rumah tu untuk jadi kebun bunga. Biar bila Haira ke sana, hati Haira pun berbunga-bunga. Nanti Haira boleh tanam apa saja bunga yang Haira suka.
Satu lagi, remote control gate abang ada kurier pada Haira semalam, termasuk satu set kunci. Rasanya hari ni sampai. Kalau tak hari ni, insya-Allah esok. Kalau tak sampai juga, Haira beritahu abang semula.
Abang bagi satu remote control dan kunci pada Haira, biar Haira senang nak berulang-alik ke rumah abang. Rumah abang, rumah Haira juga. Kalau Haira rasa tension, Haira boleh ke rumah abang. Pintu rumah abang selalu terbuka untuk Haira.
Abang tak boleh lama. Abang ada appointment sekejap lagi. Kita jumpa esok. Kalau abang tak muncul esok, abang minta maaf. Bukan abang sengaja. Abang tak tahu kenapa abang ada naluri tak elok. Abang rasa, nyawa abang tak panjang.
Hei, jangan risau. Abang hidup lagi. Kalau ditakdirkan nyawa abang tak panjang, abang tak nak Haira berduka. Abang nak lihat senyuman Haira. Bukan apa, adik abang ni kalau menangis buruk sangat muka dia.
Love you, baby girl. To the moon and back. Always.
Yours one and only abang kandung, Amran Khuzaimi
Tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Dia tidak tahu mahu melakukan apa. Segala-galanya terasa berada diawang-awangan.
Abang Amran telah menghubunginya. Dan dia tidak sedar tentang emel tersebut sehinggalah ke hari ini. Adik jenis apa dia?
Terhuyung-hayang langkah Haira menghampiri kotak yang terisi kiriman untuknya. Tidak pernah disentuh. Sebaik sahaja melihat nama pengirim dengan initial A sahaja dan alamat rumah Abang Amran sendiri, parcel itu terus dibuka.
Dia menangis semahunya melihat isi parcel tersebut. Dia juga meraung semahunya. Biarlah Mak Mah mengetuk pintu biliknya sehingga mahu roboh. Biarlah suara risau Mak Mah mengisi ruang rumah. Dia cuma mahu melepaskan segala kesalan dalam hatinya setelah kehilangan Abang Amran.
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH 🖤♥️ ➡️ 6010 449 7835
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.