BAB 06

587 5 0
                                    

MEMASUKI  minggu  ke  empat,  keadaan  Haira lebih  baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEMASUKI  minggu  ke  empat,  keadaan  Haira lebih  baik.  Terima  kasih  pada  Abang  El  yang  setia melayan  semua  luahan  kesedihannya.  Mulai  semalam juga,  Abang  El  tidak  lagi  tinggal  di  sini.  Abang  El  telah kembali  semula  ke  rumahnya.  Menurut  Abang  El,  Haira sudah  boleh  berdiri  semula.  

Runtuhan  emosinya  memang  sedang  dibangun. Meskipun  dia  masih  lagi  menangis  setiap  kali  melihat gambar  Abang  Amran,  namun  tidak  sekerap  dahulu. Lebih  penting  lagi,  dia  sudah  boleh  mengorak  senyuman, biarpun  masih  nampak  kaku  dan  hambar.

Jadi  lewat  malam  itu,  dia  mengetuk  pintu  bilik bacaan  ayah.  Dia  nampak  ayah  memasuki  bilik  bacaan tersebut  sejak  lima  belas  minit  yang  lalu.

“Ada  apa  Haira  datang  jumpa  ayah?”

“Haira  nak  bincang  dengan  ayah.”

“Tentang  kerja?”  Ayah  meneka  dan  dia mengeyakan  dengan  anggukkan  kepala. 

“Duduk, Haira. ”

Dia  menurut.  Setelah  keadaannya  selesa,  dia terus  ke  permasalahan  utama.

“Esok  Haira  nak  masuk  kerja.  Cukuplah  cuti yang  Haira  ambil.”

“Kenapa  tak  tunggu  Isnin  terus?  Esok  dah Khamis.”

“Haira  ada  banyak  kerja  yang  belum  selesai. Kesian  colleague  Haira  terpaksa  cover  kerja  Haira  selama beberapa  minggu  ni.”

Ayah mengangguk-anggukkan kepalanya. Namun  pandangan  matanya  masih  jelas  meragui kesihatan  emosi  anak  daranya.  

“Haira  dah  betul-betul  kuat?  Ayah  tak  nak  nanti, Haira  menangis  dekat  ofis.”

“Haira  dah  okey.”

Ayah  memandangnya  dengan  sangat  tajam. Lama  ayah  berkeadaan  begitu.  Kemudian  barulah  ayah memberinya  lampu  hijau.

“Tapi  kalau  Haira  rasa  tak  selesa,  ayah  nak Haira  terus  balik  ke  rumah.” Haira  anggukkan  kepalanya  beberapa  kali.  Dia sudah  bangun  dari  kerusinya.

“Duduk  semula,  Haira.  Ayah  belum  habis  cakap lagi.” Suara  ayah  begitu  serius.  Caranya  memandang Haira  juga  sangat  serius. 

“Ada apa , ayah? ”

Ayah  kembali  menyandarkan  tubuhnya  di  kerusi. Kali  ini  ayah  tidak  berpeluk  tubuh.  Dan  ayah  nampak teragak-agak  untuk  bersuara.

“Sebenarnya  semalam  sebelum  El  pulang  ke rumahnya,  ayah  ada  berbincang  dengan  El.  Kami  berdua dah  sepakat.”

Entah  kenapa,  ada  debaran  yang  singgah  di hatinya.  Entah  apa  kata  sepakat  ayah  dan  Abang  El? Haira  semakin  yakin  kata  sepakat  dua  orang  lelaki tersebut  takkan  membuatnya  tersenyum.

KONSPIRASI 365 | Best SellerWhere stories live. Discover now