BAB 05

583 9 0
                                    

TIDAK  tahu  berapa  banyak  air  matanya  yang telah  jatuh  sejak  dua  minggu  ini.  Setiap  kali mengenangkan  cara  kematian  Abang  Amran,  setiap  kali itu  juga  air  matanya  menitis  tanpa  sedar.   Wajarlah  kenapa  Abang  Amran  mungkir  janji. Wajarlah  kenapa  Abang  Amran  menyepi.  Abang  Amran telah  pergi  menemui  Penciptanya.  Abang  Amran  telah pergi  meninggalkannya  tanpa  pesan.

“Haira.”

Kelopak  matanya  dipejam  rapat.  Suara  Abang  El tidak  lagi  menyenangkan.  

“Haira…”  Suara  Abang  El  lebih  lembut.  Dia  tahu sejak  seminggu  yang  lalu,  Abang  El  tinggal  di  rumah  ini. Ayah  tidak  kuat  menerima  kematian  Abang  Amran.  Ayah yang  selalu  tegas,  runtuh  ketegasannya.  Mungkin  ayah memerlukan  Abang  El  membantunya,  setelah  Haira sendiri  gagal  untuk  bangun  daripada  kesedihan.  

“Buka  pintu  ni,  Haira.  Haira  dah  seharian  tak makan.  Nanti  Haira  lemah.  Silap  hari  bulan  boleh  jatuh sakit.”

Kadang-kadang  Haira  rasa,  dia  mahu  sakit.  Biar sakitnya  teruk  dan  kemudian  dia  mati.  Biar  dia menemani  Abang  Amran.  Biar  tenang  semula  jiwanya. Dia  tidak  kuat  untuk  menerima  kenyataan  Abang  Amran takkan  muncul  lagi  di  depan  matanya.

“Haira…” Seperti  selalu,  Abang  El  takkan  berganjak  selagi dia  belum  menyahut  dan  membuka  pintu.  Perlahan-lahan  dia  bangun.  Lemah  langkah  kakinya  menghampiri pintu.

“Haira  kenyang  lagi,”  luahnya  sebaik  sahaja pintu  dibuka.  Dia  tidak  memandang  Abang  El.  Dia  lebih selesa  memandang  kakinya  sendiri.

“Kenyang  apanya  kalau  dari  pagi  tadi  Haira  tak makan?”

“Haira  tak  ada  selera.  Haira  nak  bersendirian.”

“Haira  akan  sakit  kalau  Haira  tak  makan.  Dan Haira  dah  berkurung  dalam  bilik  ni  sejak  dua  minggu lalu.”

Haira  diam.  Dia  semakin  menundukkan mukanya.

“Rumah  ni  dah  kehilangan  Amran.  Takkan  Haira nak  tunggu,  rumah  ni  kehilangan  ayah  Haira  pula?”

“Maksud  Abang  El  ni  apa?” Serta-merta  dia mengangkat  muka.  Dia  tidak  suka  dengan  apa  yang  baru dia  dengar.

“Ayah  sakit?”  desaknya.

“Sekarang  belum.  Esok  lusa  belum  pasti.  Kalau Haira  terus  dalam  keadaan  begini,  tak  mustahil  tekanan darah  tinggi  uncle  naik  mendadak.”

“Abang  tolong  jaga  ayah.”

“Uncle  dah  minta  abang  jaga  Haira  dulu.  Jadi abang  akan  jaga  Haira.  Tentang  uncle,  Haira  jaga  uncle sendiri.”

“Haira  tak  boleh,”  keluhnya.  Keadaannya  sendiri belum  terurus.  Bagaimana  mungkin  dia  dapat  mengurus ayah?

“Haira  boleh.  Haira  cuma  perlu  makan  ikut waktu.  Berhenti  berkurung  dan  menyendiri.  Paling penting,  jangan  pendam  semua  kesedihan  Haira.  Haira mesti  move  on.”

Semua  ayat-ayat  Abang  El  betul.  Namun  dia belum  cukup  kuat  untuk  melangkah  keluar  dari kepompong  kesedihannya.

“Dah  tengah  hari  ni.  Haira  makan  dulu.”

Dia  mahu  menolak.  Namun  ketika  pandangan matanya  bertembung  dengan  Abang  El,  dia  melihat kerisauan  lelaki  itu.  Dia  yang  telah  mencampakkan perasaan  negatif  tersebut  pada  Abang  El.

KONSPIRASI 365 | Best SellerWhere stories live. Discover now