"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"I'm sorry. Saya tak tahu. Saya betul-betul tak tahu." Sepuluh jarinya disusun di depan Leon Ismail.
Jawapan balas Leon Ismail pada kata maafnya adalah menyerakkan semua barang-barang di atas meja. Habis bersepah di atas lantai. Ada juga yang pecah berderai.
"Dengan cakap sorry saja takkan betulkan apa yang dah berlaku!"
Bergetar bahu Haira dibuatnya. Dapat dia rasa, air matanya sudah mulai berada di hujung-hujung mata. Dia tahu dia telah membuat Leon Ismail marah besar hari ini.
"Damn it! Awak tak pernah cuba nak faham saya, Haira. Awak langsung tak faham saya!" Kuatnya suara Leon sehingga Haira rasa bilik tersebut bergegar. Leon Ismail yang sedang berdiri di depannya sekarang terlalu menakutkan. Terlalu gelap aura yang berlegar-legar di sekeliling tubuh lelaki itu.
"You have been nothing but self righteous and entitled since I met you, Haira." Penuh kebencian suara Leon Ismail.
"Awak persoalkan setiap keputusan saya. Awak tak percayakan saya!" Kali ini Leon Ismail menumbuk meja. Kuat. Sangat kuat.
Jatuh air mata Haira. Dia tahu Leon Ismail sangat membencinya sekarang.
"Kenapa awak tak pernah nak dengar arahan saya? Kenapa arahan paling mudah pun awak tak boleh nak ikut? Apa yang awak fikirkan?" Tangan Leon Ismail sudah pun memegang kedua-dua belah lengan Haira. Digoncang berkali-kali sehingga Haira hampir jatuh.
Haira mengangkat muka setelah kegilaan Leon Ismail berhenti. Dia mencari mata lelaki itu. Dia melihat rahang lelaki itu bergerak-gerak. Urat-urat pada leher lelaki itu juga timbul.
"I'm sorry," luahnya dengan suara tidak jelas. Dia sudah tidak diperlukan. Dia perlu menyeret kakinya keluar dari bilik ini.
Dia menolak tangan Leon Ismail supaya pegangan tangan lelaki itu lerai. Sayang sekali dia kalah pada kekuatan Leon Ismail. Jadi dia meronta minta dilepaskan. Malangnya tubuhnya ditolak secara paksa sehingga ke tepi dinding.
"Awak nak ke mana? Awak nak bahayakan nyawa siapa lagi? Hurm?"
Semakin kabur pandangan matanya. Dia tidak pernah berniat mahu membahayakan nyawa siapa-siapa!
"Saya nak pergi dari sini. Nyawa awak akan selamat kalau saya tak ada di sini."
Dia melihat sendiri Leon Ismail menjegilkan mata padanya. Dia dapat membaca betapa lelaki itu sangat tidak berpuas hati padanya.
"Siapa awak nak buat keputusan tentang keselamatan saya? Siapa awak nak putuskan apa yang baik dan tak baik untuk saya?"
Haira rasa dia sudah tidak boleh bernafas lagi. Segalanya terlalu sesak. Bersama bibir yang terketar-ketar, dia memberikan jawapan.
"Saya isteri awak, Leon. Saya nak awak selamat. Saya tak nak jadi apa-apa pada awak."
Tidak sempat dia menarik nafas, Leon Ismail telah meraih pinggangnya. Tidak sempat dia membantah, Leon Ismail telah memeluk ya.
"Awak masalah saya, Haira."
Esakannya meletus. Di mata Leon Ismail, dia adalah masalah.
"Awak masalah yang tak boleh saya selesaikan." Suara Leon Ismail seperti dalam kesakitan. Dan selepas itu, dunia Haira yang jadi berantakan. Leon Ismail telah menciumnya.
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH ➡️ 6010 449 7835
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.