Hello, Baby Girl

530 7 0
                                    

Ini namanya entri kurang dialog

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini namanya entri kurang dialog. Saje nak bagi korang suspense 🤭

Baru sahaja dia mengunci pintu bilik, terdengar pintu lain dibuka. Lebih tepat lagi pintu bilik air dibuka. Kaku terus Haira dibuatnya. Dia seperti dapat mendengar detakan jantungnya. Dia takut untuk berpaling, namun dia perlu berpaling.

Perlahan-lahan kepalanya digerakkan. Sorotan matanya terus disapa renungan seorang lelaki. Cukup tajam. Cukup serius. Cukup untuk membuat Haira hilang pertimbangan warasnya untuk sejenak.

Lututnya melemah. Lelaki itu hanya memakai jubah mandi warna putih. Rambutnya masih basah, dan bau syampu rambutnya sudah berbaur dengan bauan sandalwood tadi. Bibir Haira bergerak untuk berkata sesuatu, namun dia gagal membentuk perkataan. Waktu seperti telah berhenti.

"Hello, baby girl."

Bergerak-gerak bibirnya. Tersentak seluruh sel-sel di dalam tubuhnya. Perasaannya tidak sama seperti ketika Abang Amran menyebut panggilan manja tersebut. Tidak ada kemesraan. Tidak ada keserasian. Yang ada cuma rasa tidak selamat.

Haira tidak menunggu lama. Tubuhnya dipusingkan dan pemegang pintu terus ditarik. Bergegas dia keluar dari bilik tidur tersebut. Dia tidak kenal lelaki itu. Mungkin pencuri! Mungkin penjahat! Mungkin perogol bersiri!

Dalam keadaan tergopoh-gapah, dia terus menuruni anak tangga. Dua kali dia nyaris jatuh gara-gara tersilap langkah.

Haira berpaling setelah mendengar bunyi pintu tertutup. Bulat matanya melihat lelaki tadi sudah berada di luar pintu bilik. Salah, bukan lagi berada di luar bilik, tetapi lelaki sedang mengejarnya. Bukan main deras langkah lelaki itu menuruni anak tangga. Lebih deras berbanding Haira.

Berderau darah Haira. Otaknya sudah memberi arahan untuk lari menyelamatkan diri.

"Tolong!" jeritnya tanpa sedar. Kelam-kabut langkahnya menuruni anak tangga. Dia sempat menyumpah kenapa mesti ada begitu banyak anak tangga. Dari belakang, dia dapat mendengar dengan jelas bunyi derap kaki lelaki itu mengejar. Semakin lama semakin dekat. Semakin lama semakin menggerunkan.

Ketika dia sudah begitu hampir dengan pintu utama, lengannya disambar. Cukup kuat pautan lelaki itu. Tubuhnya seperti melayang.

"Lepas!" teriaknya kuat. Ilmu taekwando yang sempat dipelajarinya sewaktu di sekolah menengah digunakan. Berhasil untuk membuat lelaki itu terkejut. Berhasil untuk membuat pautan tangan lelaki itu terlepas. Peluang tersebut digunakan sebaiknya untuk menjarakkan diri.

Dalam keadaan genting itu, Haira sempat mengambil kunci keretanya. Setelah melihat lelaki itu sudah mula mendekat semula, segera dia melibas kunci keretanya. Tepat mengenai pipi lelaki itu. Darah terus keluar.

"Jangan dekat!" - Okey dah. Sambung dalam buku pulak nanti 😝

WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH. Kami jual kombo jer ❤️
➡️ 6010 449 7835

Sinopsis/ Blurb:
"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.

"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai isteri saya untuk tangkap pembunuh tu."

Berita apa ini? Tak mungkin Abang Amran dibunuh. Namun setelah bukti dibentangkan dan suspek utama adalah ayahnya sendiri dan Abang El, Haira jadi terdesak. Demi sebuah kebenaran, Haira mempertaruhkan dirinya. Lamaran Leon diterima.

Tetapi benarkah Abang Amran dibunuh? Atau seperti kata Abang El, ini semua konspirasi Leon untuk memerangkapnya? Tetapi kenapa mesti dia yang diperangkap? Salahnya apa?

"Awak langsung tak faham saya, Haira. You have been nothing but self righteous and entitled since I met you. Awak persoalkan semua keputusan saya. Awak tak percayakan saya!"

Memang Haira tidak percayakan siapa-siapa lagi, termasuk suaminya sendiri. Leon juga suspek. Tetapi kenapa Leon mesti selalu ada ketika dia kesusahan? Leon itu mahunya apa?

Keresahan Haira memuncak setelah Kate muncul. Kate si permata hati Leon. Sedangkan Haira pula, cuma perhiasan di rumah Leon.

"Saya takkan ke mana-mana," luah Leon dengan lirikan yang payah untuk Haira tafsirkan.

"Awak boleh cuba ketepikan saya.." Kedua-dua belah pipinya disentuh pula. Lama sebelum lengannya dipaut dengan cukup erat. Kemudian lelaki itu menundukkan wajah. Membiarkan dahi mereka bertembung. Membiarkan nafas mereka bertembung.

"Tapi awak takkan berjaya. Awak perlukan saya, Haira.. dan saya lebih memerlukan awak," luah Leon setenang-tenangnya. Tegas dan sepenuh pengertiannya. Mendera dan dalam masa sama menggoda. Jadi, Kate mahu dicampak ke mana?

Haira mahu melupakan semua yang menyesakkan sanubari. Namun kejahatan yang mengekorinya, tak pernah lupa pada konspirasi mereka.

"Dalam masa 365 hari, Haira akan lenyap dari muka bumi ni."

Jadi betul, dia menyerahkan hatinya pada pembunuh? Jadi betul, dia akan dibunuh?

"Siapa nama lelaki tu?" Suara ayah sampai ke telinganya.
"Leon, ayah."
"Lion?"

WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH.
➡️ 6010 449 7835

➡️ 6010 449 7835

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KONSPIRASI 365 | Best SellerWhere stories live. Discover now