"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai iste...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Haira..."
Dia mendengar ketukan di pintu biliknya. Suara Leon Ismail. Haira terus lupa pada ego yang dijunjungnya. Dia terus membuka pintu.
"Elektrik tak ada. Saya dah call TNB, ada kecurian kabel. Tapi technician dah ke sana."
Haira menganggukkan kepalanya dalam samar-samar cahaya itu.
"Awak nak ke bilik saya? Saya ada lampu kecemasan dan kipas pun banyak."
Haira menganggukkan lagi kepalanya. Jadi sekali lagi dia berada di dalam bilik tidur Leon Ismail.
"Tidurlah kalau awak nak tidur. Saya tidur atas sofa." Haira menurut. Dia sudah mengambil kipas kecil yang dipasang pada power bank. Tidaklah dia terasa terlalu panas.
“Haira.” Suara itu diabaikan. Leon Ismail yang memanggilnya
“Saya tahu awak belum tidur. Can we talk?”
Haira masih juga membeku. Dari tempatnya berbaring, dia mendengar keluhan Leon Ismail.
"Tentang Katrine, saya kenal dia sejak saya kecil. Selepas mak saya lari tinggalkan saya, saya tak ada siapa-siapa kecuali Katrine. Dia banyak tolong saya.”
“Leon, awak tak perlu cerita semua tu. Itu hal awak dengan Katrine. Saya tak nak masuk campur."
Haira mendengar Leon Ismail mengeluh lagi. Haira fikir perbualan mereka telah tamat. Mana tahu, ruang kosong di sebelahnya bergerak. Laju dia memusingkan tubuh.
"Awak kata awak nak tidur atas sofa tu."
"Saya baru tahu saya tak biasa tidur atas sofa. Belakang saya sakit."
"Kalau macam tu biar saya yang tidur atas sofa."
"Haira," larang Leon Ismail. Cukup dengan memanggil nama Haira sahaja dia sudah berjaya menghentikan niat Haira mahu bangun.
"Jangan sia-siakan effort saya malam ni."
Effort apa pula ni?
“Bagi saya tidur dengan tenang malam ni. Tak kesejukan dan tak rasa bilik ni terlalu besar.”
Masalahnya, suasana terlalu panas sekarang. Dan bilik ini sudah terlalu kecil untuk dua jiwa.
"Haira, janganlah gerak-gerak. Nanti lain jadinya. Tutup mata dan tidur."
Selagi stok masih ada ya kawan-kawan. Jangan cari di kedai buku. Memang tak jumpa 😁❤️ WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH. Nanti boleh dapat VOUCHER SUMANDAK bernilai RM 5. Boleh tebus terus semasa menempah AYAH SAYA DUDA 👍
▶️ +6010 449 7835
*** Tiada di kedai buku *** 𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯: "Marry me." Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.
"Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai isteri saya untuk tangkap pembunuh tu."
Berita apa ini? Tak mungkin Abang Amran dibunuh. Namun setelah bukti dibentangkan dan suspek utama adalah ayahnya sendiri dan Abang El, Haira jadi terdesak. Demi sebuah kebenaran, Haira mempertaruhkan dirinya. Lamaran Leon diterima.
Tetapi benarkah Abang Amran dibunuh? Atau seperti kata Abang El, ini semua konspirasi Leon untuk memerangkapnya? Tetapi kenapa mesti dia yang diperangkap? Salahnya apa?
"Awak langsung tak faham saya, Haira. You have been nothing but self righteous and entitled since I met you. Awak persoalkan semua keputusan saya. Awak tak percayakan saya!"
Memang Haira tidak percayakan siapa-siapa lagi, termasuk suaminya sendiri. Leon juga suspek. Tetapi kenapa Leon mesti selalu ada ketika dia kesusahan? Leon itu mahunya apa?
Keresahan Haira memuncak setelah Kate muncul. Kate si permata hati Leon. Sedangkan Haira pula, cuma perhiasan di rumah Leon.
"Saya takkan ke mana-mana," luah Leon dengan lirikan yang payah untuk Haira tafsirkan.
"Awak boleh cuba ketepikan saya.." Kedua-dua belah pipinya disentuh pula. Lama sebelum lengannya dipaut dengan cukup erat. Kemudian lelaki itu menundukkan wajah. Membiarkan dahi mereka bertembung. Membiarkan nafas mereka bertembung.
"Tapi awak takkan berjaya. Awak perlukan saya, Haira.. dan saya lebih memerlukan awak," luah Leon setenang-tenangnya. Tegas dan sepenuh pengertiannya. Mendera dan dalam masa sama menggoda. Jadi, Kate mahu dicampak ke mana?
Haira mahu melupakan semua yang menyesakkan sanubari. Namun kejahatan yang mengekorinya, tak pernah lupa pada konspirasi mereka.
"Dalam masa 365 hari, Haira akan lenyap tak bersisa dari muka bumi ni."
Jadi betul, dia menyerahkan hatinya pada pembunuh? Jadi betul, dia akan dibunuh?
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH. Nanti boleh dapat VOUCHER SUMANDAK bernilai RM 5. Boleh tebus terus semasa menempah AYAH SAYA DUDA 👍 ▶️ https://wasap.la/rumahpk ▶️ +6010 449 7835