"Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined."
🌸
Syaf mengatur langkah perlahan. Penat berlari. Dia berehat sekejap untuk mengatur nafasnya. Hampir setengah jam juga dia berlari tanpa henti. Angin malam yang datang menerpa dinikmatinya. Dia memang suka exercise malam-malam. Udara dikawasan perumahannya itu sangat nyaman.
Perumahan yang tersusun cantik tidaklah jauh dari tengah bandar tapi banyak pokok hijau yang tersusun cantik. Mata dia pejam mendalami lagi perasaanya. Hilangkan stress.
Dia melabuhkan punggungnya dikerusi taman perumahannya sebelum meneguk air dalam botol. Keringatnya dia lap.
"Penat sangat tu." Syaf yang masih mengelap keringat diwajahnya mendongak memandang orang dihadapannya. Dengan hoodie hitam, seluar track hitam dipadankan dengan kasut hitan. Serba hitam.
"Pervert. " Fairuz terus melabuhkan punggunya dikerusi yang sama. Jarak tetap dijaga.
"Eihhh benda lah. "Syaf membuat roll eyes. Bibirnya diketap. Sedar yang dia dah scan Fairuz dari atas kebawah yang berkali ganda handsome. Pakai apapun dah handsome. Sis tak kuat la. Lemah jantung.
"Hmm jogging jugak ke? Eh tapi asal sampai sini? Bukannya rumah kau 10Km ke sampai sini? "Syaf bertanya pelik. Takkanlah dia jalan kaki ?
"Tau pulak kau jarak rumah aku 10km. Stalk aku ke? "Fairuz mengecilkan matanya memandang Syaf. Sampai jarak rumah pun dikiranya .
"Euwww takde maknanya. Dah ketua pengawas terpampang la profil dekat majalah sekolah. "Sekali lagi dia membuat roll eyes. Memanglah kita on crush dengan dia tapi takdelah sampai nak stalk macam tu sekali.
Takdenya nak curi maklumat dia. Seketul Syaf ni takde daya selain mencuri pandang sahaja wajah kacak lelaki itu.
"Hemm dah jom balik. Aku hantar kau balik. "Fairuz terus berdiri dari duduknya. Mengajak Syaf untuk pulang.
"Siapa kata aku nak balik? Aku nak sambung jogging. " Syaf turut berdiri dihadapan Fairuz.
"Dah lewat ni. Kau tu perempuan tak elok balik lewat. " Fairuz berkata serius. Matanya masih memandang Syaf yang menekur rumput.
"Aku dah biasa. "Cuek sahaja jawapannya. Padahal dari tadi dia menahan hati. Fuhh sabarlah wahai hati.
"Aku taknak orang yang aku sayang ada cacat cela." Tenang sahaja Fairuz berkata.
'Arghhhh dia baru cakap yang dia sayang aku ke? Huarghhh tak kuatlahh macam ni'
"Hmm dahlah jom aku hantar balik. "Sedar akan keterlanjurannya, dia terus Cuba untuk menutupi. Boleh pulak terlepas cakap erghh.
Syaf hanya mengangguk dan berjalan disamping Fairuz. Hanya bunyi derapan kaki yang terdengar sepanjang perjalanan. Masing-masing mengunci bibir. Sampai sahaja dihadapan rumah Syaf, Fairuz terus pamit untuk pulang.
"Sebelum tidur jangan lupa cuci kaki, baca doa. " Sempat lagi dia berpesan sebelum berlalu pergi.
Macam mimpi.
Syaf yang telah mengunci pagar terus memegang dadanya yang dari tadi berdegup kencang. For the first time jalan berdua dengan Fairuz ditemani angin malam. Siapa je tak teruja hm.
'Nasib baiklah taman dekat je. Kalau jauh dah terkeluar jantung aku. Fairuz ni pun satu. Tak boleh lagi kacak ke? 'Dia sungguh teruja apatah lagi bila memikirkan yang mereka mempunyai hobi yang sama iaitu exercise di malam hari. Lepastu tadi Fairuz cakap yang dia sayang Syaf. Makin lebar senyumannya.
YOU ARE READING
kerana T A K D I R [OG]
Random[SLOWUPDATE] . Disaat kau pergi segalanya berubah. Semakin aku mencuba, semakin sulit untukku. "Memang aku yang patut disalahkan"- "tu semua takdir"- Bahagia yang ku dambakan hanya derita yang mendatang.Sesakit inikah takdirku?. "Aku kan dah janji...