KT3

61 3 0
                                    


"Sometimes Allah removes things from our lives for our own protection. Trust in Him."





🌸








"Hani tolong buat kerja rumah boleh tak? "Hana yang tadinya duduk dihadapan Hani datang menyendeng ditepi Hani.

"Kan selalu buat sama-sama nak tolong apanya ?. "Hani masih sibuk menulis kerjanya.

"Masalahnya Hana tak hadir kelas masa cikgu bagi kerja ni jadi Hana tak paham sangat. "Kertas kerja ditunjukkan kepada Hani. Muka kesian ditayang.

"Tapi kerja rumah tak sama. Kita kan lain kelas. "Hani mengerutkan dahi. Selalunya dia yang minta tolong ajarkan. Jarang pulak Hana minta ajar.

"Hani bagi je kerangka yang cikgu bagi tu. Nanti Hana buat sendiri. "Hana menayangkan senyumannya. Takpe sekali ni je.

"Tak boleh. Kelas Hana kan kena buat kerangka sendiri. Hana tak boleh malas. "Dia memandang Hana disebelah. "Hmm macam ni. Nanti Hani tolong mana yang Hana tak paham."

"Yeayy ni yang sayang ni. Cepat tau. "Hana memeluk Hani disebelah.

"Dahlah minta tolong suruh cepat pulak tu. Nasib baik sayang. "Hani membalas pelukan Hana.

Kerja dihadapan dipandang. Teringat memori bersama Hani. Seketika perasaan rindu datang namun cepat ditepis. Egonya mengalahkan segalanya.

Kerja yang tertangguh cuba disiapkan.Sejak beberapa jam yang lalu dia buntu. Masih tidak dapat menyelesaikan kerjanya. Telepon digapai. Number Syaf di dail. Dua kali berbunyi suara kedengaran.

"Helloo siapa ni? "

"Hana. "

"Hah!Hana mana? "

"Hana yang tukang gali kubur tu. Nak aku tolong galikan kubur?untuk kau free je. "

"Eii kau ni. Takdelah pelik pulak aku kau call aku ni. For the first time. Padahal aku bagi number aku dua tahun lalu kot. Baru sekarang kau call. "

"Aku nak tanya pasal kerja rumah ni."

"Oh iya kenapa kau tak hadir tadi?. "

"Esok aku cerita. Kau bagi tau aku cara buat kerja rumah ni. Tak payah banyak tanya. "

"Ok fine. Cakap kau jelah nak didengar. Make sure esok kau jawab persoalan aku. "

"Weyh apasal kau tak bagitau aku Syafiq tu cousin kau. "Syaf yang baru masuk ke dalam kelas terus bertanya. Belum duduk pun lagi.

"Kau yang tak tanya. Takde urusan aku nak bagitau. "Hana masih menundukkan kepalanya.

"Alaa kau ni kalau kau bagitau awal senang aku nak ngorat dia. "Syaf duduk dan menyusun alat tulisnya.

"Ciss!. Aku report Fairuz baru tau. Mana kau dapat tau dia tu sepupu aku?. "Hana membetulkan duduknya. Tangan dinaikkan keatas merenggangkan tulangnya. Baru bangun tidur.

"Kemarin dia datang kelas ni cari kau. So semua pelik la dia tu pelajar hot datang cari kau. Aku apalagi yang ada sifat ingin tau ni terus kejar dia keluar. Aku tanya la ada urusan apa. Lepastu dia terus cakap dia sepupu kau dan nak bagi barang dengan kau."Syaf Cuba menerangkan.

"Dekat rumah takde pulak dia bagi. "Dahinya berkerut. Pagi tadi pun tak cakap apa. Ke dia ni saja nak kenakan aku.

"Kau tinggal serumah dengan Syafiq?. "Syaf menyoal terkejut. Fuhh mesti best ada sepupu tinggal serumah. Hmm nak jugak ada sepupu.

kerana T A K D I R [OG]Where stories live. Discover now