KT9

28 3 0
                                    

"Sometimes the best things are right in front of you; it just takes some time to see them."





🌸






"Syafiq! kau bukak pintu ni sekarang! "Kuat dia mengetuk daun pintu. Macam nak tercabut pun iya.

"Kau apa hal? Tak boleh ketuk elok-elok ke?."dia yang keluar dari tandas terus membuka pintu.

"Apa kau dah buat dengan headphone aku? "

"Headphone mana satu? "

Dia bingung.

Kaki melangkah mengikut adiknya itu. Tanpa disuruh suruh dia melabuhkan punggung dikerusi adiknya.

"Headphone ni lah. Semalam kau pinjam kan bilik aku ni? "Headphone disuakan.

Oh ya semalam dia tak sengaja rosakkan. Headphone tu terhempas. Tapi tak tahu pulak sampai rosak.

"Chill la nanti kita repair. Ami boleh beli baru kan? "

"Duit engkau? "

"Alaaa duit banyak kan. Nanti Afiq belikan baru. "

"Masalahnya sekarang,  ni Mama yang kasi tahu tak?dahlah dua hari yang lepas kau baru je simbah air aku punya lukisan."itu Salah satu pemberian Mamanya.

Biliknya itu sudah berhamburan. Tunggang langgang dibuatnya. Belum selesai masalah lukisan,abangnya buat hal lain pulak.

"Ami lekla kau buat macam tu sekali dengan laptop kau rosak"

Selamba dia mengangkat laptopnya. Tak nampak ke cable tu nak tercabut. Bersepah semua peralatan melukis dengan meja belajarnya.

"Kau diamla. Benda ni pun satu hal. berat sangat pahal? dosa aku lagi ringan la sial. "

Bengang betul dia dengan abangnya itu. Suka hati dia je rosakkan barang orang. Dengan barang dia pun tak bagi kerjasama.

Annoying.

"Ami nanti kita beli baru. Ami banyak duit kan? Ami, abang boleh belikan."

"Ami, badmood ke tu? "

Dia masih menyakat adiknya.

"Dahlah kau bang. Malas do aku. "

Terus dia keluar dari bilik tersebut. Kaki melangkah ke ruang tamu bawah.

"Abang ikut. "

Kakinya turut melangkah keluar.

"Dah kenapa lagi ni? Macam Tom and Jerry je. Sikit-sikit  nak gaduh. "Mak Lia dari tadi mendengar mereka terjerit jerit.Bukannya baru mengenal mereka. Sudah lama dia berkerja dengan keluarga Hana. Jadi dia sudah tahu perangai mereka.

"Kau blah boleh tak? Aku dekat sini kau dekat sini jugak. "Dia menjeling abangnya yang sibuk menyendeng ditepinya.

"Alaa abang nak nonton TV jugak. "

"Dekat atas tu ada tv. Kau nonton jelah dekat atas. "

"Nak nonton dekat bawah. "

"Bengong la. Suka hati kau"

Dia meninggalkan ruang tamu itu.

"Eh nak ikut jugak! "

"Sudahla tu. Tak baik kamu buat macamtu dekat adik kamu. "Mak Lia menggeleng kepala melihat adik Dan abang itu. Ada sahaja bahan untuk digaduhnya.

"Alaa ni je peluang. Lagipun kejap lagi mesti mama call sebab dia mengadu. Anak manja. " Dia dah mengagak. Adiknya itu pasti mengadu.

"Suka hati kamu la. " Mak Lia turut beredar.








kerana T A K D I R [OG]Where stories live. Discover now