"it’s crazy how the memories that make you smile all day can also be the same memories that make you cry at night."🌸
Langkah kaki laju menyusuri koridor yang sunyi. Tiada kelibat seorang pun dikawasan tersebut. Rasanya dia orang yang pertama datang harini ini. Mana Taknya belum pukul 6 dah ada depan pagar sekolah.
Loker segera dibuka. Buku diambil dan terus duduk di hadapan lokernya. Dia harus segera menyiapkan kerja sekolah yang diberi kemarin. Nasib punya badan. Boleh pulak tertinggal buku dekat loker. Dahlah kena hantar hari ini.
Hampir setengah jam akhirnya dia berjaya menyiapkan kerjanya. Nafas dihembus lega. Nasib baiklah kerja ni senang jadi cepat jugak siap. Dia kembali berdiri untuk mengunci lokernya. Baru sahaja pintu loker ingin ditutup, beberapa helaian kad jatuh ke lantai.
Hana terus mengutip kad yang berterabur dilantai. Dahinya terus berkerut. Pelik dari mana datangnya kad tersebut. Perasaanya tadi kad itu tidak ada atau mungkin dia yang tidak perasan?. Perasan jap banyak peminat hiks.
Dia membelek semua kad tersebut atau lebih tepatnya kad ucapan. Tidak ingin melayan perasaan panasarannya dia membuka satu kertas. Dahinya dikerutkan lagi, kad punyalah besar tapi satu huruf je yang tertulis. Huruf R.
Tidak puas hati dengan apa yang dia lihat. Dia membuka satu persatu kad tersebut. Tapi semuanya sama. Hanya saja beberapa huruf yang berbeza. Masih tidak puas hati dengan itu, dia membelek lagi kad tersebut sehingga dia menemukan angka.
Kad kemudian disusun mengikut angka sehingga terbentuk perkataan. I ' M S O R R Y. Itu yang dia dapat. Buang masa!. Dia terus membuangnya kedalam Tong sampah berdekatan. Menyampah. Siapa ntah yang minta maaf ni. Banyak sangat manusia buat Salah dengan aku. Ntah mana satu yang minta maaf.
Loker dikunci kemudian jam dibelek. Oh my dah lambat. Menyesal membuang masa melakukan kerja bodoh tadi. Dia terus berlari menuju ke bilik guru.
.
"Kau dah kenapa? "Syaf yang pelik melihat Hana seperti orang kehilangan nafas terus bertanya.
"Takdelah tadi aku kelam kabut hantar homework. "Hana menjawab dengan nafas Yang masih tercungap-cungap.
"Bukan kau datang awal ke tadi? "Syaf menyoal pelik. Keningnya hampir bercantum.
"Aku kemas loker tadi. Banyak pulak SAMPAH dalamtu. Lepastu tak sedar pulak masa berlalu."perkataan sampah ditekan.
"Oh. Aip sampah? Bukan loker kau paling bersih ke? Habuk pun takut nak singgah?. "Syaf menyepetkan matanya memandang Hana.
"Siapa ntah letak sampah dalam loker tu. Dahlah malas nak sembang pasal tu. Ni kau balik ni terus balik ke singgah library dulu?. "Hana terus menukar topik. Menyakitkan hati betul! .
"Kau jangan nak tukar topik pula. Ros putih tu ada tak dekat laci? " Paham betul dengan manusia ni. Suka tukar topik.
"Tak perasan pulak. Tadi banyak sampah so tak nampak. Balik ni singgah library okay? " Hana masih dengan library nya.
"Ouhh. Babe kita ada kelas tambahan la lepasni sampai pukul tiga kan?. Kau lupa?. "Syaf menjongket kening.
"Oh my. Aku lupa. Takpela baru je nak ajak kau lepak library kejap sebab nak cari maklumat yang sir suruh tu. "Hana meraup wajahnya. Kenapalah boleh lupa pulak ni?.
"Google jelah. Nanti WhatsApp je. Zaman sekarang dah mudah. "Syaf selamba bertutur.
"Aku takde WhatsApp" Hana bersuara tenang. Mata dihalakan ke kehadapan.
YOU ARE READING
kerana T A K D I R [OG]
Acak[SLOWUPDATE] . Disaat kau pergi segalanya berubah. Semakin aku mencuba, semakin sulit untukku. "Memang aku yang patut disalahkan"- "tu semua takdir"- Bahagia yang ku dambakan hanya derita yang mendatang.Sesakit inikah takdirku?. "Aku kan dah janji...