KT1

123 5 0
                                    

"At times we can't control how our heart feels. It can weigh us down like a heavy burden. Ask Him to ease the feeling. He will grant peace."



🌸





Hana terbangun dari tidurnya apabila terdengar bunyi loceng.Rasanya baru sahaja terbuai. Tidur dekat sekolah memang takkan pernah puas!.

"Kenapa takde orang keluar?."Hana menyoal dalam keadaan yang masih mamai.ughh malas nak bangun. Kalau boleh nak tidur sampai balik nanti.

"Keluar buat apa pulak? "Syaf menyoal. Pelik dengan pertanyaan orang disebelah. Atau tengah blur?

"Keluar rehat la. Kan bunyi loceng tu. "Hana sudah bersedia untuk makan. eh?

"Rehat? Laa tu tadi loceng yang menandakan habisnya waktu rehat."

"Apasal tak kejut aku?."

"Orang kata jangan bangunkan singa yang sedang tidur."Syaf memandang kehadapan. Lambat pulak cikgu hilang skru ni.Nanti jadi singa betul pulak orang sebelah ni ah sudah.

"Kau nak kata aku singa?."

"Taklah kau serigala jadian. Singa tu perumpamaan je. Okayy sorrylah ni makan roti. Aku beli lebih tadi. "Syaf menayangkan sengihan. Rasa bersalah jugak.

"Takpelah kejap lagi cikgu hilang skru nak masuk. Nanti kantoi pulak. "

"Kau kan dah pro bab macam ni. Macam tak biasa. Kau banyak tipu helah kan."Syaf meletakkan roti diatas meja Hana. "Lagipun kau buat aku rasa bersalah."

"Yelah biasanya kan kau tak suka orang kacau kau tidur.Tadi aku tak kejut sebab biasanya kau memang tak rehat."Syaf menyambung apabila melihat kerutan diwajah Hana.

"Oh okayy ambil balik roti kau ni. Aku dah biasa kelaparan. "Hana meletakkan kembali roti dimeja Syaf.

"Hana janganlah macamni. Aku--"

"Dahlah aku bergurau. Aku bukan lapar pun. Cuma plan tadi nak jumpa cikgu masa rehat."Hana memotong percakapan Syaf melihat raut wajah Syaf. Sebek. Memang sajalah tu buat orang rasa bersalah.

"Anyway ada kerja rumah tak? "

"Takde.mood cikgu baik tadi. Kerja rumah takde. Tapi.. "Syaf mengantung ayat.

"tapi?"

"Tapi kerja sekolah ada. "Syaf senyum. Melihat muka Hana yang berkerut.serious je memanjang.Riak beku Hana ditayangkan.Tadi cikgu tu kenakan pelajar lain. Ni kenakan Hana.Tidur memanjang je.

Soalan sama akan diajukan bila Hana bangun. Ada kerja rumah tak. Taulah tempat dia paling best. Dekat jendela, paling hujung dan paling belakang.Memang tidur jelah dia.

Hana memandang jam dihadapan. Dah lewat 15 minit. Biasanya cikgu hilang skru ni yang paling sayang masa dia. Lambat 5 saat pun dah dapat denda.

"Aku rasa aku fikir benda yang sama. "Syaf bersuara. Hana memandang Syaf dengan kerutan.

"Cikgu tak dapat masuk. Ada emergency. Semua boleh buat hal masing-masing dalam keadaan senyap."Aizat mengumumkan pengumuman penting?. Soalan terjawab.

"Heaven. Nak sambung tidur."Hana terus menundukkan kepala diatas meja. 'Buat hal masing-masing dalam keadaan senyap' rasanya inilah yang paling senyap dan menyenangkan.







.







Hana meletakkan kasut di rak kasut yang tersedia. Dah besar ni kena pandai susun. Tak pandai kena belajar.Belajar sampai pandai.

kerana T A K D I R [OG]Where stories live. Discover now