Sometimes you have no shoulder to cry on. But never forget that you always have a ground to put your head and shed your tears on.🌸
Kaki melangkah perlahan menaiki anak tangga. Dulang ditangan dipegang kemas. takut isi dulang itu tertumpah pula. Dulang yang berisi makanan itu disimpan diatas meja sebelum dia membuka pintu biliknya. Dia menyimpan beg sekolahnya terlebih dahulu.
Kemudian, dia mengambil semula dulang dan membawanya kebilik Ashraf. Tombol pintu dipulas perlahan dan terus dibuka.
Terlihat Ashraf sedang bertelefon dengan sesorang dan berbaring membelakanginya.
"Sorry Hana kita cancel dulu ya. Tak berapa sihatlah. Next time OK? "
Kaki berhenti melangkah mendengar butir bicara Ashraf dengan si pemanggil. Dia terkedu dengan apa yang didengarinya. Setahunya dia tidak salah dengar. Ashraf baru sahaja menyebut nama Hana.
Dia masih berdiri statik memikirkan segala kemungkinan. Sempat dia mengelamun sehingga tidak lagi mendengar butir bicara itu. Otaknya ligat berfikir tentang Hana.
"Aden? Sejak bila kau dekat situ ?." teguran Ashraf lantas menghentikan lamunannya. Terlihat Ashraf yang duduk bersandar di katil. Dia melangkah semula mendekat kearah Ashraf bersama dulang ditangannya.
"baru la jugak. Siapa call? " Rayyan duduk ditepi katil dan menyuakan dulang kepada Ashraf. Ashraf pula hanya memandang sepi isi dulang tersebut. Bubur Ayam dan Susu. Sampai bila dia harus menjadi seperti kanak-kanak.
"girlfriend aku.boleh tak nak makan benda lain?" Perkataan girlfriend yang didengar Rayyan hanya dianggukkan. Mana mungkin Hananya menjadi girlfriend orang lain.
"itukan memang makanan kau?. lagipun kami cuma ikut apa yang mama suruh." Segala pantang larang Ashraf sudah diberitahu padanya termasuk gaya pemakanannya. Dia hanya menurut perintah.
"nak aku suap ke?" Dia bersuara apabila melihat Ashraf masih memandang sepi makanan itu. pinggan mangkuk diatas dulang dicapai. Sesudu bubur disuakan ke arah mulut Ashraf.
"macam ni ke kau jaga orang sakit? " Ashraf bersuara pula apabila Rayyan menyuakan sesudu bubur dihadapannya.
"kenapa?" keningnya dikerutkan. Apa pula salahnya?
"kau nak bakar lidah aku ke?tak Nampak bubur tu berasap?maksudnya panas la kan? " serius dia memandang Rayyan. Entah dia buat tidak tahu ke apa.
"iya tak iya juga sorry aku lupa."senggihan diberikan. Dia terlupa pula.
"Aku makan sendiri." mangkuk dipegangan Rayyan terus dirampas. Jahanam lidah nanti. Lagipula macam Aneh saja dirinya disuap oleh Rayyan!
"Rilekla orang memang tak reti nak jaga orang sakit. Ini pun kira beruntung aku bawakan kau makanan tahu dengan aku ni pun belum tukar baju sekolah lagi. Kau tak bersyukur ke ada sepupu baik macamni?." membebel dia dihadapan Ashraf yang masih meniup perlahan buburnya.
"okay fine Terima kasihlaaa yaaa kau boleh pergi tukar baju sekarang " Dia melanjutkan suapan buburnya.
"kau dah okay ke? " risau pula nak meninggalkan sepupunya.
"aku dah okay sikit belum nak mati lagi. Jangan risau.kau dah boleh keluar ganti baju dan berehat. Asal kau tak tinggal aku sorang jelah dalam rumah ni. Cancel kau punya dating harini untuk aku." selamba dia berkata.
"amboii suka hati kau je. Tapi takpe memang nak mati sangat kan? Haa matilah cepat!" dia menjeling sepupunya sebelum menghempas pintu. Sepupunya suka bergurau pasal Kematian.
YOU ARE READING
kerana T A K D I R [OG]
Random[SLOWUPDATE] . Disaat kau pergi segalanya berubah. Semakin aku mencuba, semakin sulit untukku. "Memang aku yang patut disalahkan"- "tu semua takdir"- Bahagia yang ku dambakan hanya derita yang mendatang.Sesakit inikah takdirku?. "Aku kan dah janji...