"If you want to lift yourself up,
lift up someone else."🌸
Hening malam menemani Hana yang masih berjaga. Beberapa jam duduk di balkoni. Sudah menjadi salah satu rutinnya setiap malam. Termenung seorang diri di balkoni biliknya. Suasana yang dia suka. Tanpa gangguan sesiapa pun.
Buku dihadapannya diselak satu persatu. Membuka memori yang sentiasa menggangunya. Gambar ditenung satu persatu. Sungguh dia rindu. Tapi bukan kebolehannya untuk mengundur masa.
"Mommy kenapa kita bercuti dekat sini? Hani nak pergi Ottawa"Hani masih tidak puas hati dengan percutian kali ini. Dia memang nak ke Ottawa sejak tahun lalu.
"Sorry sayang daddy tak banyak cuti. Kita dekat sini pun sebab daddy ada kerja kan. Sekurang-kurangnya kita boleh bercuti. "Mommy cuba memujuk Hani yang masih cemberut.
"Alaaa nanti-nanti kita boleh pergi Ottawa tu. Hana janji nanti kita pergi sama-sama eh? Hana bawak Hani pergi Ottawa. "Hana pula yang bersuara.
"Betul ni?janji tau? "
"Iya janji"Hani terus memeluk Hana. Raut wajahnya bertukar ceria.
Click.
"Mommy"serentak mereka bersuara.
"So cute both of you. "Gambar ditayangkan kepada mereka.
"Thanks mommy" mereka bertiga berpelukan.
Gambar ditenung senyuman terukir dalam masa yang sama air matanya jatuh. Kali ini dia lemah. Mungkin kerana kehadirannya. Dia takut dengan perasaan sendiri.
.
Punggung dilabuhkan diatas batu taman sekolah. Favorite part dekat sekolah. Tenang. Walaupun kadang ada je belangkas yang datang. Dia memilih kawasan hujung. Dekat dengan tembok dan kolam ikan.
Sudah menjadi portnya disitu. Mencari ketenangan. Sunyi sikit.
"Hana." Teguran syaf mematikann lamunannya.
"Hana nak tanya boleh tak? "Syaf bersuara apabila berasa tidak selesa dengan keadaan disekelilingnya. Dari kemarin Hana tidak bersuara. Dia ada melakukan kesalahan atau Hana dalam masalah?Dia kena tahu.
"Hmm"
"aku ada buat silap ke? "Dia mencuba. Sejak kemarin mereka tidak bertegur. Sekarang pun mereka berada ditaman sekolah.
"Takde."
"Kau tak pernah macam ni sejak kita berkawan. Ada je benda kau nak sembur dekat aku. Masa kau mula masuk sekolah jelah dulu kau macam ni. "
Punyalah dia susah nak merangka ayat. Sepatah je temannya jawab.
"Kenapa kau tak pernah tanya pasal aku? "Hana memandang Syaf di sebelah.
"Hah? Maksud kau? "Syaf mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang Hana ucapkan.
"Fasal family aku. Parents aku. Kenapa aku dekat sini?kau tak pernah tanya pun."Hana mengalihkan pandangannya kehadapan semula.
"Sebab aku tunggu masa yang sesuai. Aku tunggu kau cerita sendiri dengan aku. Aku tunggu kau percaya dengan aku. Kau tak pernah tanya pasal family aku so aku taknaklah jadi busybody"Syaf senyum.
"Kau tunggu aku percaya kau? "
"Ya,aku tunggu kau percaya aku. Orang yang boleh jaga rahsia kau. Kadang aku rasa useless. Kawan yang tak guna. Aku tak jadi kawan yang baik untuk kau.
YOU ARE READING
kerana T A K D I R [OG]
Random[SLOWUPDATE] . Disaat kau pergi segalanya berubah. Semakin aku mencuba, semakin sulit untukku. "Memang aku yang patut disalahkan"- "tu semua takdir"- Bahagia yang ku dambakan hanya derita yang mendatang.Sesakit inikah takdirku?. "Aku kan dah janji...