"When the heart weeps for what it has lost, the spirit laughs for what it has found."
🌸
Matahari mula memunculkan diri.Namun belum ada tanda-tanda manusia diatas untuk turun bersarapan. Jam di dinding dilihat.
6.55 a.m
Mak Lia mula menaiki tangga. Niat nak memanggil kanak-kanak ribena diatas untuk turun. Takut kalau mereka masih terlajak tidur. Nanti ada jugak yang lambat pergi sekolah .
Baru beberapa anak tangga.Hana sudah memijak anak tangga paling atas. Langkah terhenti.
"Mak Lia dah siapkan sarapan. Ingatkan kamu tak bangun lagi. "Mak Lia memulakan bicara. Mengikut langkah Hana turun kebawah.
"Mak Lia kejutkan orang dekat atas tu. Rasanya dia tak bangun lagi. "Tau dengan sikap Syafiq. Lepas Solat subuh sambung tidur. Selalu terlajak. Setiap pagi mesti huru hara sebab lambat.
"Heii siapa cakap tak bangun lagi. Orang dari tadi siap tau cuma main game kejap. "Syafiq bersuara sebelum menarik kerusi. Dulu memang suka terlajak tidur sekarang sempatkan diri main ps4 sebelum pergi sekolah. Tapi kadang tu lambat jugak sebab dah asyik sangat main sampai tak tengok jam.
"Eh kejapla kita gerak sama"Syafiq melaungkan suara melihat Hana bergegas ke pintu utama.
"Hana memang macamtu. Selalu nak cepat. Kadang tu tak sarapan. Sarapan pun roti je. "Mak Lia membersihkan meja. "Oh iya kemarin lupa nak bagitau kalau ambil kunci jangan ambil yang ada keychain arnab tu. "
"Kenapa? Habistu kunci mana satu? "Syafiq menyoal ingin tahu.
"Sebab kunci tu Hana punya. Semua kunci ada kat situ. Ambil je kunci mana-manapun asalkan bukan kunci arnab tu.Kamu ni taknak ke sekolah?sekarang dah pukul 7:15"Mak Lia kemuadian mengangkat pinggan.
"Ohh lupaa oklah bye. "Nasib baiklah sekolah tak jauh sangat. Jadi bolehlah sampai sebelum pukul 7.30 fuhh. Ingat perempuan je yang selalu lambat sebab nak membawang dulu.
.
"Awal kau sampai. "Hana menegur Syaf. Selalunya dia yang sampai dulu. Lepas dia sambung tidur, bangun je Syaf dah ada. Tapi harini awal pulak.
"Akukan tak hantar kerja yang cikgu bagi kemarin so kenalah datang awal nak hantar."Hana mengangguk mendengar jawapan Syaf.
"Harini ada pelajar baru eh? "Syaf menyoal Hana yang membaca buku.Masa pertama nanti ada ujian. Jadi kena baca buku. Sikit pun takpe asal ada.
"Kau tanya aku apasal? Aku bukan pengetua. "Hana bersuara tanpa memandang Syaf.
"Aku tak cakap pun kau pengetua. Aku tanya je sebab kemarin ada cikgu yang cakap. "Syaf memutar bola matanya. Jawapan Hana selalu menyakitkan hati. Kalau meja atau buku ni boleh bercakap lagi baik bercakap dengan benda ni.
"Kau dengar cikgu cakap tu kan. Tanya aku buat apa?. Dah aku nak belajar ni. "Hana melekapkan kepala diatas meja.
"Nak belajar bukan macamtu. Mesti kejap lagi kau terlelap."Paham dengan perangai Hana. Syaf mengambil buku Hana. "Duduk elok sikit. Nak belajar pun ada adab tau. "Kemudian meletakkan buku Hana diatas meja.
"Terima kasih Cik Syaf atas tazkirah sebentar tadi. "Hana membuat suara meluat. Tulisan dibuku dipandang sepi. Bila berkaitan subjek sejarah rasa mengantuk je. Tolonglah melekat dekat otak .
Kringg~
Bunyi loceng terdengar. Menandakan masuk waktu pembelajaran pertama. Ujian sejarah. Buku ditutup dan dikemas rapi. Pesan cikgu bila bunyi je loceng buku kena dikumpul dihadapan sebelum cikgu masuk.
YOU ARE READING
kerana T A K D I R [OG]
Losowe[SLOWUPDATE] . Disaat kau pergi segalanya berubah. Semakin aku mencuba, semakin sulit untukku. "Memang aku yang patut disalahkan"- "tu semua takdir"- Bahagia yang ku dambakan hanya derita yang mendatang.Sesakit inikah takdirku?. "Aku kan dah janji...