"Allah has purpose for your pain, a reason for your struggles and a reward for your faithfulness. Don’t give up.Pray to Allah and be confident of a response."
🌸
Langkah kaki diatur menelusuri koridor, menuju ke taman sekolah. Semalam Syafiq mengirim WhatsApp kepadanya. Katanya ingin bertemu kerana ada hal yang penting ingin dibicarakan. Entah apa yang ingin dibicarakan.
Dari jauh dia sudah melihat kelibat Syafiq yang berdiri dibawah pokok. Kawasan redup dibawah panas yang terik. Dia berdiri membelakanginya.
Langkahnya dilajukan."Ada apa nak jumpa aku? " Terus dia menyapa Syafiq yang berdiri membelakanginya. Syafiq yang baru tersedar akan kehadiran Rayyan terus memusing tubuhnya menghadap lelaki itu. Tangannya dikepal membentuk sebuah penumbuk sebelum tumbukan dihayunkan padu
Buk
Terus terteleng lelaki yang ditumbuknya itu. Matanya tajam memandang lelaki yang mengusap bibir yang baru ditumbuk dan memberi pandangan aneh kepadanya. Mungkin dia tak puas hati.
"Apahal pulak ni? "Dia menjilat tepi bibirnya yang terasa perih. Padu tumbukan yang diberikan. Dia berdecit sakit. Bibirnya luka. Sempat dia melirik kawasan itu. Nasiblah waktu ini yang lain sudah pulang.
"Macam aku cakap. Aku taktahu apa kau dah buat dengan Hana tapi bila aku dapat tahu apa yang kau dah buat, Aku sendiri akan hancurkan kau!." Kuat suaranya. Dia mencerlun tajam ke arah Rayyan.
"Kau patut dengar penjelasan dari semua pihak." Serius pandangan diberikan. Tika ini semua orang akan memandang serong padanya.
"Aku tak perlu dengar penjelasan dari orang macam kau ini!" Giginya diketap. Panas hatinya memandang orang dihadapan. Tangannya bersedia melayangkan penumbuk kedua.
"Syafiq! Apa kau buat ni?kita kan dah sepakat nak bincang elok-elok." Terhenti tumbukan yang hampir terkena wajah Rayyan untuk kali kedua.tangannya ditahan dihadapan wajah lelaki itu.
"Kan Ami dah cakap apa yang Ami cerita tu bukan semuanya.ada lagi yang kita tak tahu."Keluhan dilepaskan.Abangnya itu memang baran.
Cepat saja naik angin. Padahal semalam mereka sudah berbincang untuk menanyakan hal sebenar.
"Aku cuma nak tebus salah aku. Lagipun uncle dah bagi izin. Aku ada sebab sendiri. Cuma tolonglah permudahkan urusan aku." Dia tidak boleh memujuk Hana kalau sepupu Hana ini menentangnya.Pasti rancangannya susah untuk dilaksanakan.
"Tanam jelah niat kau tu.Hana dah ada orang lain." Senyum sinis diberikan.Dia pasti sepupunya itu keluar dengan lelaki lain kebelakangan ini. Jangan harap dia akan memihak dengan orang yang dah buat Hana seperti itu.
"Apa maksud kau?."Dia mengerutkan dahinya. Tidak mungkin Hana sudah ada orang lain. Dia yakin dengan hal itu.
"Lately ni dia selalu keluar rumah. Jumpa orang rasanya. Tak tahu la siapa tapi sejak tu. Dia macam OK sikit. Kau faham kan maksud aku? Mood dia jadi OK dari sebelum ni. Mungkin orang tu dah ceriakan hati Hana? " Syahmi cuba menyampaikan. Betullah apa yang dia ucapkan. Dia sendiri melihat perubahan itu.
"Tolong aku cari tahu tentang lelaki tu. "Dia harus mencari tahu tentang lelaki itu. Jika dibiarkan saja pasti susah untuknya untuk mendapatkan Hana semula.
"Bagitau aku alasan kenapa kau nak dapatkan Hana semula. Itupun kalau kau nak dibantu. " keningnya diangkat dia ingin tahu apa motif lelaki itu. Mustahil hanya ingin meminta maaf sampai beriya kesini.
YOU ARE READING
kerana T A K D I R [OG]
De Todo[SLOWUPDATE] . Disaat kau pergi segalanya berubah. Semakin aku mencuba, semakin sulit untukku. "Memang aku yang patut disalahkan"- "tu semua takdir"- Bahagia yang ku dambakan hanya derita yang mendatang.Sesakit inikah takdirku?. "Aku kan dah janji...