Bab 1: Sumpah

2.6K 31 7
                                    

100 tahun dahulu...

"Hahahahahaahhahahahaha," ketawa besar makhluk yang setinggi 4 meter itu. Daeng Kahar berdiri di depan makhluk itu, melindungi dirinya dengan bacaan ayat2 Kursi. Anak2 buahnya ada yang bertempiaran lari dan ada yang masih kekal, cuma berundur dan melihat Daeng dari jauh.

" Engkauuuu Daeng Kahar yang khabarnya dari Sulawesi ituuuu!!! Buat apa kau ke mariiii. Apa sudah tiada orang di Selangor yang mampu mengalahkanku?!!!!" suara makhluk hitam itu bergema kuat memenuhi isi langit, menjentik kegerunan pada hati siapa2 di situ.

" Aku datang atas amanahku kepada orang2 di sini. Aku perintahkan kau jangan lagi menganggu orang2 di sini lagi! "Daeng Kahar masih tegak berdiri.

" Kalau aku tidak mahu, apa yang kau boleh buat??!!! "makhluk itu menggertak Daeng Kahar.

Daeng Kahar membaca sesuatu pada tangannya. Makhluk itu mula berasa gusar.

" Cisss!! Aku sumpah kau jadi buah binjai! "kata Daeng Kahar lalu membaling serbuk aneh pada makhluk itu. Makhluk itu menjerit dan mengecil lalu berubah menjadi buah binjai. Di dalam buah itu, makhluk itu merayu2 supaya dilepaskan.

" Tolong aku, Dato. Aku perlu lagi satu jiwa, Dato, "makhluk itu merayu.

" Dasar makhluk laknatullah. Tiada lagi jiwa yang boleh kau gugat selepas ini, "Daeng Kahar menggunakan kesaktiannya untuk membelah sebuah batu. Lalu dicampak ke dalam batu itu dengan hiruk pekik makhluk itu.

" Terima kasih, Dato. Kami ucapkan beribu2 terima kasih, "orang2 di sekelilingnya mula sujud pada Daeng Kahar.

" Jangan sujud pada aku, sujudlah pada Yang Maha Esa. Ayuh, bawakan aku kepada mangsa2 makhluk itu, " arah Daeng Kahar, membetulkan serban birunya.

"Baik Dato. Sini, Dato," yang lain memberi arah.

Kampung Ulu Binjai...

"Bagaimana, Dato?" tanya seorang lelaki. Terdapat seorang perempuan yang badannya seakan ada bekas lilitan yang kuat pada badannya, seakan2 kesan bisa obor2. Di sebelahnya adalah seorang lelaki, juga dengan kesan sama.

"Cukup kuat bisanya, Dato Penghulu. Alhamdulillah hamba mampu membuangnya, akan tetapi ada satu masalah," Daeng mengurut janggutnya.

"Apa masalahnya, Dato? Apa anak dan menantu saya tidak bisa diselamatkan? " tanya Dato Penghulu, risau.

"Tidak, Dato, tidak. Anak Dato dan suaminya boleh diselamatkan. Tapi hamba risau kampung ini terpaksa ditinggalkan," kata Daeng.

"Kenapa pula, Dato?"

"Makhluk itu telah menggunakan ilmunya yang akan kekal melekat sekiranya kamu dalam kawasan kekuasaannya. Walaupun aku sudah mengurungnya, tapi ianya sudah sebati dengan kalian seperti getah. Hanya dengan berpindah dari sini barulah kalian bisa bebas. Dan tanah ini tak seharusnya dihuni untuk beberapa tahun lamanya sebelum 'getah2' yang menyelubunginya hilang, "terang Daeng Kahar.

"Apa tidak ada cara lain, Dato?" tanya Dato Penghulu. "Ini tanah turun temurun kami."

"Begini sahaja, Dato. Hamba ada tanah seluas kampung ini hasil kurnia Tuanku di Jugra. Kalau Dato dan yang lain berkenan, hamba sudi menyerahkan hak milik tanah itu kepada kalian, dibahagi seperti hak kalian di sini. Hamba pun sudah lama mahu pulang ke Makassar. Atau kalau terlalu jauh, mungkin Dato boleh pindah ke bandar2 British berdekatan dan menetap di sana," katanya.

" Terima kasih banyak2 Dato. Budi Dato akan kami sanjung. Tapi izinkan hamba bertanya, apa memang sukar untuk Dato buangkan getah2 itu? "

" Sihir itu terlalu kuat Dato. Hamba pula sudah tua. Untuk membuang sahaja, hamba perlu sekurang2 2 orang lagi yang punya ilmu seperti hamba. Kalau Dato kenal mana2 orang pandai, nujum2 dan ulama2 yang boleh membantu, itu terpulang pada Dato, "kata Daeng Kahar.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now