#Staysafe
#kitajagakitaJungkook berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Awal pagi moodnya tidak menentu semalam dia terbaca article tentang Jieun bahawa gadis itu sedang bermesra dengan seorang model lelaki. Orang sana pula tu. Bagaimana hatinya tidak bertambah panas lagi bila Jieun tidak menafikan kata-kata wartawan yang seronok menyatukan mereka.
Pintu bilik pejabat dibuka, matanya terpandang Mia yang berjengket mengambil sesuatu diatas rak failnya.
"cik Mia?" panggil Jungkook wajahnya serius. Mia berpaling.
Pernampilannya mengoda, singlet kuning di dalam, berserta coat kuning pudar dan skirt pendek bercorak kotak berwarna kuning susu.
"oh? Selamat pagi tuan Jeon s-saya nak ambil fail atas tu. Sebab semalam tuan Jeon sendiri suruh saya keluarkan rekaan lama tuan" ujar Mia. Jungkook mengangguk meletakkan telefonnya serta laptop yang dibawanya dari rumah.
"sini saya tolong ambilkan."
Jungkook mendekati Mia, gadis itu sedikit ke belakang. Aroma wangian dan bau maskulin kelelakian Jungkook terhidu sungguh harum. Jiwa wanitanya terusik.
"nah.. Tolong ambilkan saya kopi, saya mengantuk." kata Jungkook dengan nadanya sedikit ke lelah. Tidur malamnya tidak lena asyik teringatkan sang kekasih.
"baiklah" jawap Mia lalu keluar dari pejabat Jungkook.
Jungkook pula duduk sambil memejamkan matanya, hari ini saja dia akan datang 3 mesyuarat bersama dengan client dengan projek yang cukup lumayan.
Matanya terpandang gambar saat dia bersama dengan Jieun di waktu masih bersekolah gembira di antara mereka tiada derita sedih, jauh sekali bergaduh.
Frame gambar itu diambil dan diletakkan didalam laci kecil ditepi meja kerjanya. Masa untuk menenang fikiran sebelum dia bersua dengan wanita itu. Lagi 2 bulan Jieun akan kembali ke Korea.
"nah tuan Jeon." suara itu menyapa gegendang telinga Jungkook. Jungkook jeling sekilas ke arah Mia yang membawakannya kopi yang dipinta tadi.
"hari ini tuan ada mesyuarat dengan Tuan Yu, Tuan Han dan Tuan Jeong." kata Mia. Jungkook mengangguk.
"thank you" sebut Jungkook. Mia pun keluar dengan senyum manisnya.
"sekejap? Awak dah gunting rambut ya?" tanya Jungkook dia baru perasan kalau gadis itu sudah berambut pendek.
"aa.. Nae.. Rasa lebih kemas." ucap Mia. Jungkook mengangguk sahaja.
Tengah hari itu Jungkook dab Mia keluar makan bersama, Jungkook meminta Mia menemaninya kerana yalah selalunya Jieun yang menemaninya.
"tuan Jeon?" panggil Mia. Jungkook sedang makan memandang sekilas sambil bedehem.
"tuan takda kekasih ke?" soalan itu cukup berani Mia lontarkan tatkala dia seperti curiga dengan frame gambar tadi yang dia lihat dipejabat Jungkook.
"ada.. Tapi dia takda di Korea." jawab Jungkook.
"dia kat mana?" soal Mia.
"Australia."
Mia mengangguk dia juga tidak tahu bagaimana ingin menambat hati lelaki itu. Dia tampak serius dan seperti seseorang yang dingin.
"kenapa awak tanya?" soal Jungkook. Mia menelan liurnya.
"takda saya cuma ingin tahu lagi pun tadi saya ternampak frame gambar diatas meja Tuan Jeon, bila saya hantar kopi tiada pula." jawab Mia.
"em."
Aku selesai photoshop hari ini seperti biasa aku bersama dengan Jake.
"Jieun? Let's go out to dinner together? If you are willing?" ajak Jake. Lelaki itu tinggi serta putih, matanya berwarna biru.
"sure." jawabku. Kami pun beriringan keluar.
Sepanjang perjalanan ke restoran, aku dan Jake berbual banyak benda dia menceritakan keluarganya dan asal usulnya.
"how about you?" tanya Jake. Aku tersenyum.
"I'm from Korea, and .. I don't have many stories to let you know, it's not very interesting." kataku, Jake tersenyum.
"I love you, and I am also afraid that you will reject me. But why can't we be normal friends hem?" kata Jake, aku sedikit terkedu.
"you love me? How?"
"seen first day I see you. But now I think we better keep friends." balas Jake. Aku pula tersenyum manis.
"Have we reached? I am so hungry."
"We will arrive soon." jawab Jake. Senyuman dipamerkannya dia tidak pernah sekali pun tidak membawa aku keluar makan cuma sejak akhir-akhir ini dia kerap membawaku keluar makan malam.
Mia masih duduk dengan hujan yang sangat lebat. Dia terlupa membawa payungnya. Mia duduk di pondok bas.
Dengan deruan angin yang sejuk disebabkan hujan.
Tiba-tiba sebuah kereta Ford Mustang biru gelap berhenti di depan pondok dimana Mia duduk. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan mendekati Mia.
"t-tuan Jeon?"
Jungkook berdiri dengan payung hitam besar.
"kenapa kau masih kat sini?" tanya Jungkook. Mia memandang sekeliling benar-benar dia hanya seorang sahaja yang tinggal.
"hujan lebat tak da teksi pun lalu." jawab Mia.
"memanglah sekarang dah jam 9 malam. Marilah aku hantarkan kau balik."
"gwenchana.. Saya boleh tunggu sekejap lagi ada lah teksi agaknya" kata Mia menolak .
"tak pa.. Biar aku hantar. Cepat bangun" kata Jungkook, Mia terpaksa angkuh dia kemudian berdiri mendekati Jungkook saat itu juga mata kedua orang ini bertemu. Iris hazel Jungkook bertemu dengan hazel Mia.
Pandangan Jungkook memandang Mia yang rendah sedikit darinya. Pandangan Jungkook dingin, wajah Mia pula terkedu memandang Jungkook.
"jom" ajak Jungkook mengalihkan pandangannya.
Kacaknya.
Macam bosan pula hem?🤔 Maaflah kalau hambar.
Enjoy❤️
YOU ARE READING
SACRIFICE OF LOVE
Romance"why you doing this? Why?" JEON JUNGKOOK ft. LEE JIEUN. 2020.