Bab 19🍂

10 1 0
                                    

Awal pagi lagi aku sudah bangun, dan aku meminta izin untuk keluar berjoging di sekitar kawasan pulau ini. Aku memandang sekeliling hijau dengan tasik yang cantik.

Kerana leka memandang kiri kanan aku terkehel batu.

"adui.. Yang batu ni kenapa kau kat tengah jalan orang nak melintas hah? Ish!" kataku mencarut geram pula. Kakiku terseliuh aku tahan kurang ajar punya batu sakit nau ni.

"adui.. Jauh lagi nak balik ni kenapa pula aku tak nampak batu jahanam ni tadi!"

Aku mengambil keputusan untuk mengurut kaki aku dahulu.

PIT PIT !

Aku terkejut bagai nak mampus bila aku terdengar bunyi hon kereta Mustang Merah.

Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook, dia kemudian keluar dari keretanya. Dia berjalan kearahku. Dengan pandang poker face.

"kau kenapa duduk kat sini?"

Aku tidak menjawabnya, dingin sangat soalannya kata-katanya itu mengingatkan aku zaman kami masih lagi baru bercinta di zaman universiti lagi.

Aku terjatuh kerana berlari cepat untuk hadiri kelasku. Secara tidak sengaja terpijak batu lalu terjatuh.

" tulah lain kali jangan rush sangat." ujar Jungkook.

"saya betul-betul dah lambat."

Jungkook kemudian bangun. Dia berjalan dahulu dariku.

"eh? Taknak tolong saya ke!? Jungkook!"

Jungkook memandangku. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

"jalan lah sendiri macam mana pula kau boleh duduk kat situ tadi" kata Jungkook terus berjalan meninggalkan aku.

"yah!! Jantan tak guna!" aku dengar Jungkook ketawa mengejekku.

Aku mengeluh mengingatkan saat bahagia itu. Aku pun bangunkan dan berjalan meninggalkan Jungkook tanpa menjawab pertanyaan Jungkook. Kakiku tidak lagi sakit seperti tadi, kerana urutan tadi aku boleh sikit berjalan.

Jungkook tidak pula menolong dia hanya menjadi pemerhati sahaja.











Sampai aku dirumah aku terus masuk ke bilikku untuk menukar pakaian. Pelik. Hari ini rumah ini sunyi. Lama sangat kah aku keluar tadi sampai tiada seorang pun dalam rumah ini.

Selesai aku membersihkan diri, aku pun keluar dari bilikku. Saat aku memandang sekeliling aku di sapa oleh pembantu rumah.

"cik Lee.. Tuan muda Jeon panggil."

Aku senyum tanda aku faham. Aku pergi ke arah kolam berenang di belakang villa ini. Alangkah terkejutnya aku melihat Jungkook dan Mia sedang berpelukkan dan bercumbu.

Nafasku seakan terputus. Sesak. How can he easily forget all sweet moments.

Aku larikan pandanganku dari terus memandang mereka. Sesekali aku curi pandang aku lihat mereka selesai dan berbual sesama sendiri.

"Ehem."

Aku pandang Jungkook dan Mia. Wajah Jungkook ceria bertukar serius. Sungguh aku rindu bila lihat dia tersenyum manis seperti ini.

"ada apa awak panggil saya?" soal ku.

"hm.. Eomma dengan appa aku dah balik sebab ada urusan yang mereka perlu hadiri. So kau akan ikut aku balik ke Seoul nanti. Tumpang." kata Jungkook sambil mengeratkan lagi pelukkan pada pinggang Mia.

Gadis itu tunduk tanpa rasa bersalah, jujur aku rasa sakit bila lihat lelaki yang aku belum rela lagi untuk tinggalkannya sedang bermesra dengan perempuan lain.

"baiklah, saya masuk kemas apa yang patut." ucapku tersenyum paksa. Aku tidak mahu tunjukkan kelemahan ku lagi pada Jungkook.














Sepanjang perjalanan kami pulang, aku diam duduk di belakang sambil mereka berdua bercerita. Kami berhenti di kafe. Jungkook keluar berserta dengan Mia.

"keluar"

Aku turuti saja. Aku melangkah dari belakang pasangan sejati ini. Berganding tangan masuk ke dalam kafe.

Selesai kami mengambil oder, Jungkook meminta diri untuk ke tandas.

"Jieun kan?"

Aku mengangguk kepala ku.

"saya minta sangat tolong lepaskan Jungkook." pintanya. Aku deruan api membara dalam diriku. Wajahnya polos dan seperti baik sangat dia seperti boleh menjadi dua karakter baik serta jahat sekaligus.

"apa yang awak cakap ni? Hubungan kami hampir masuk 7 tahun!"kataku meninggikan sedikit suaraku.

"But you cheated on him. " ucapnya tenang. Aku terdiam. Aku tidak curang. Aku baru sahaja ingin membalas namun Jungkook sudah keluar dari tandas dan berjalan mendekati ke arah kami.

"what you guys talk hem? Ladies thing?"

Aku sabar sahaja, Jungkook seakan menganggap aku tidak wujud di depannya. Oh Tuhan tolong akhiri cepat segala penderitaan ini.


2 jam kami menempuh jalan raya, Mia sudah dihantar pulang oleh Jungkook terlebih dahulu. Dan sekarang giliran aku.

Aku ingin keluar. Namun pintu dikunci oleh Jungkook.

"aku terima perkahwinan bodoh ini bersebab... Eomma aku kepunnan sangat nak bermenantukan kau."

Aku tersenyum, terselit bahagia jika dia menerimaku. Aku terus buka pintu lalu keluar menarik bagasiku.

"terima kasih sebab hantar saya balik." ucapku dengan senyuman. Aku terus berjalan menuju ke lif.

Jungkook berdecit, dia benar-benar gila otaknya berfikir bagaimana wanita itu masih tenang sedangkan dia sudah cuba untuk membuatkan Jieun menderita. Tanpa dia sedar memang dia membuatkan gadis bermarga Lee itu tidak tentu arah.

Jungkook menerima bukan kerana ingin tahu kepastian kerana Puan Jeon yang sudah mulai mendesaknya. Jungkook tidak mahu derhaka pada ibunya. Dan ibunya juga tidak pernah begini.

"seronok la itu sebab dapat kahwin dengan aku, jangan senyum sangat lah. Tunggu saja nasib kau macam mana"

Sifatnya yang baik dan lemah lembut hilang sekelip mata. Jungkook sudah berubah menjadi lelaki yang egois. Hanya kerana benda yang ia dengar dahulu. Segalanya masih belum terungkai. Jieun juga bukan selemah itu untuk mengalah mempertahankan cintanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SACRIFICE OF LOVEWhere stories live. Discover now