Flashback - this
Not flashback - thisJungkook baru sahaja selesai bermain dengan hyungnya. Mereka masih duduk dipandang dengan panas sedikit terik. Keenam jejaka ini bersembang mengenai pertandingan yang mereka sertai.
Jungkook kemudian bangun memandangkan dia baru 3 minggu berada di sekolah ini.
Dia budak baharu sebenarnya mereka memang berkawan tetapi biasalah Jungkook datang dari keluarga sedang-sedang sahaja. Dia juga kerja untuk membiayai keperluan sekolahnya.
"hyung.. Aku nak ke kantin dahulu." kata Jungkook dia pun pergi.
Dalam perjalanan menuju ke kantin, kerana petang begini adalah waktu aktiviti kokurikulum dimana ramai pelajar sekolah akan menghadiri kelab masing-masing. Seperti Jungkook dia menyertai kelab muzik dan badan beruniform Jungkook menyertai badan beruniform polis.
Jungkook menyerahkan wang tunai pada makcik kantin itu selepas itu Jungkook berpaling saat diberpaling dia terkejut melihat Jieun yang berdiri dengan memandangnya.
"kau tengok apa?"
Jieun menjeling sahaja. Jungkook berjalan menjauh dan meninggalkan kawasaan kantin.
"jangan benci sangat wei nanti jatuh cinta susah kau" kata Aruen. Jieun menjeling gadis itu.
"takda makna lah"
"dan kenapa dia tak datang kelab tadi?" soal Jieun. Aruen dan Jieun baru sahaja membeli dua botol mineral.
"dia ada aktivi bola keranjang dengan pasukan dia. Dia kan pemain terbaik sekolah kita! Apa lah itu pun kau tak tahu." jawab Aruen. Jieun mengangguk.
Petang berlalu tepat pukul 4 petang. Jieun menunggu ayahnya datang menjemput.
Sambil - sambil itu dia melihat ke arah pandang yang masih ada sekumpulan pelajar lelaki termasuk senior sekolah ini dahulu. Mungkin yang mengajar mereka?.
Jieun tersedar dengar bunyi hon kereta Encik Lee. Jieun tersenyum lalu berjalan mendekati kereta mewah itu.
"Jieun.. How your school today?" tanya Encik Lee. Jieun mengangguk kemudian menjawab.
"good.. Cuma letih sikit yelah kan sampai petang." kata Jieun.
Keesokannya Jieun datang seperti biasa dia sudah berjalan sendiri kerana dia sedikit terlambat tadi. Dan apa yang dia langsung tidak menyangka Jungkook juga turut dihukum kerana terlambat masuk ke dalam kawasan sekolah tepat pukul enam setengah pagi.
Jungkook hanya melirik sahaja, dia bukan tidak mahu melayan kelak jika dia melayan pasti mereka akan berperang mulut. Tak pasal-pasal masuk rekod disiplin.
"top best sukan sekolah pun kena hukum." sindir Jieun. Jungkook mengerut dahinya.
"kau pula? Top best student kena hukum mo? Marah?" sindir Jungkook balik. Jieun menjeling.
"sibuk!"
Jungkook ketawa kecil. "dia mulakan dahulu"
"dah diam! Kamu berdua ni tak boleh bertemu muka ada saja masalah yang timbul." tegur seorang cikgu. Jieun diam. Jungkook memandang Jieun.
"kamu semua akan dihukum bersihkan kawasan sekolah balik nanti arraseo!?" arah Cikgu itu. Mereka semua mengangguk.
Masa bersekolah sudah tamat, Jungkook dan beberapa budak sekolah yang datang lewat pagi tadi duduk dilobi sementara menunggu arahan cikgu. Dimana Jieun berada jauh sedikit daripada mereka.
" baiklah semua" panggil cikgu yang sudah pun memberikan hukuman pada mereka pagi tadi.
"saya nak kamu semua berpasangan dan bersihkan kawasan sekolah ini arahan saya boleh?"
"boleh!"
Usai membersih tugasan, Jungkook mengambil keputusan untuk bergabung dengan Jieun yelah sisa empat pelajar tadi adalah berkawan dan mereka juga sudah berpasangan.
"jom bersih kan pandang tu lagi cepat kita bersih lagi cepat habis." kata Jungkook, Jieun tidak banyak songeh dia menurut sahaja.
"kenapa awak lambat?" tanya Jungkook baik-baik. Jieun tidak menjawab mulanya kemudian dia akhirnya menjawab selepas diselubungi perasaan gementar.
"lambat bangun."
Jungkook mengangguk kepalanya. Mereka berdua cepat-cepat membersihkan kawasan padang yang ada sampah.
Selesai sahaja hukum mereka diarahkan balik. Kerana lewat ayah Jieun tidak sempat menunggu jawabnya Jieun balik jalan kakilah.
"oi.. Takkan awak nak jalan kaki? Jom saya hantar awak balik." kata Jungkook mempelawa.
"dengan motor capuk awak ni agak-agak lah." balas Jieun.
"heh ini bukan capuk heh tolong sikit, ni nama dia skuter jom naik saja aku takkan apa-apakan kau lambat lagi aku nak kat kau" perli Jungkook. Jieun benci benar dengan Jungkook ini suka sahaja mencabar keimanannya. Sekejap baik sekejap jahanam.
"yeah!"
Jieun naik motor bersama dengan Jungkook, Jungkook membonceng Jieun dengan kadar kelajuan yang sedang. Takut pula gadis itu menjerit kalau dia bawa laju.
"cakap mana rumah kau, takkan aku nak bawa kau balik kot." kata Jungkook. Jieun memutarkan bebola matanya.
Arahan selok belok diberikan oleh Jieun, Jungkook turuti. Sampai di depan pagar rumah keluarga Jieun. Jungkook sedikit tergamam melihat banglo yang mempunyai kawasan luas. Jungkook langsung tidak tahu kalau Jieun berasal dari anak orang kaya.
"terima kasih." ucap Jieun.
"hm.. Sama-sama."
Skuter yang Jungkook pandu itu pergi meninggalkan kawasan perumahan Jieun. Dia pernah berniat mahu belajar bersungguh-sungguh dan ingin membahagiakan kedua ibu bapanya. Jungkook anak yang baik. Dia sudah menanam cita-cita tinggi ingin menjadi usahawan muda berjaya suatu hari nanti.
Double update💜.
Beberapa bab kita akan tahu perjalanan cinta Jungkook dan Jieun 🥺❤️. Dari zaman sekolah hinggalah dewasa. Arraseo? 💜
YOU ARE READING
SACRIFICE OF LOVE
Romance"why you doing this? Why?" JEON JUNGKOOK ft. LEE JIEUN. 2020.