Jungkook berjalan keluar dari kedai 24 jam. Sebenarnya hari ini dia tidak bekerja kerana Seokjin menyuruh Jungkook agar berehat dia baru sahaja pulang dari pertandingan pasti Jungkook kelelahan.
Malam-malam begini dia keluar kerana dia terasa ingin makan ramen cup.
Selesai membeli ramen Jungkook berjalan keluar dari kedai itu lalu menuju ke arah lorong jalan rumahnya.
Sekarang sudah pukul 9, dari pukul 8 tadi dia ingin makan ramen tetapi malangnya hujan.
Sebuah kereta hitam Hyundai KIA biru gelap melintasi Jungkook dengan ninjak air lopak. Membuatkan Jungkook lantas memandang kereta itu lalu menjerit.
"kurang ajar betul oii!!!"
"heh berhenti! Berhenti!"
Keluar si pemilik kereta dengan pemandunya. Jungkook dengan basah mendekati orang tersebut.
"kau rupanya! Tahu lah kereta kau mahal agak-agak lah aku perjalanan kaki ni!!"
Jieun terkejut saat mendengar suara Jungkook menteriakinya.
"aku minta maaf, mungkin dia tidak sengaja. Maafkan kami" kata Jieun lagi. Dia yang baru balik dari hotel dinner dengan rakan-rakan ayahnya.
"buat aku takda mood betul!!"
Jungkook terus pergi meninggalkan dua orang itu terkebil-kebil melihat Jungkook. Jieun jujur tidak pernah marah sebegini. Kerja lelaki itu kalau bertemu dengannya pasti mengusik atau menyindirnya.
Jungkook menghempas geram beg plastik ramennya tadi. Siapa sahaja tidak geram? Sudahlah malam sejuk selepas hujan lagi-lagi dibasahi dengan secara tidak sengajanya.
"Jungkook?"
Tuan Jeon melihat anaknya yang sedang marah.
"tak ada apa-apa" jawab Jungkook hilang selera makannya dia masuk ke biliknya dan membuka baju yang sudah basah tadi. Kerana Jungkook tidur bersama dengan abangnya, lelaki itu turut terkejut dengar bunyi tapak kaki Jungkook memerpah masuk ke bilik mereka berdua. Dalam rumah ini hanya dua bilik sahaja untung sama-sama lelaki.
"kau ni macam marah ni kenapa?" soal Junghyun. Jungkook hanya diam memakai baju lalu baring di sisi abangnya.
"tadi ada orang langgar aku. Rupanya budak perempuan yang aku selalu cerita kat kau tu." kata Jungkook. Junghyun terus berminat mendengarnya.
"waeyo? Dia ke yang langgar kau? Dia bawa kereta?"
"bukanlah hyung... Dia dengan driver dia." kata Jungkook. Junghyun mengangguk.
"budak perempuan yang kau cakap dulu kau benci sekarang dah jatuh cinta tu...." kata Junghyun. Jungkook menjeling abangnya.
"ya.. Dialah. Karma betul ada saja masalah atau setiap hari aku jumpa dia mesti gaduh. Siang tadi dia duduk kat perhentian bas pandang aku." kata Jungkook mengingatkan wajah Jieun yang memandangnya.
Ya, dia tahu gadis itu sedang curi-curi lihat dia. Tetapi kerana Jungkook tidak berminat untuk bercinta kerana dia hanya berfikir cari waktu untuk tidur. Yalah, pagi hingga tengah hari bersekolah. Balik tidur sekejap pukul 2 pulak dia kena bangun turun kerja sampai tengah malam.
Penat benar, kerana tidak mahu membiarkan ayahnya sahaja bekerja abangnya dan Jungkook turut membantu.
"jadi?"
"tak tahu lah.. Orang kaya macam dia tak pandang orang macam kita ni sedang-sedang sahaja." kata Jungkook.
Junghyun ketawa.
"besar dah kau kan.. Betul juga apa kau cakapkan itu. Tapi usahlah berfikir lagi wahai adikku sayang jom teman hyung makan" kata Junghyun.
Jungkook bangkit mengikuti abangnya.
Pagi begini Jungkook duduk di lobi kerana dia bosan lalu dia mengambil kesempatan untuk membaca buku. Jungkook personaliti dia berbeza dengan pelajar lain. Dia baru lagi di sini dan dia hanya berkawan dengan hyungnya, Jimin, Taehyung, Namjoon dan Hoseok.
Jimin dan Taehyung tingkatan 5, Namjoon dan Hoseok tingkatan 6. Dia ada seorang lagi hyung selain dari Seokjin lelaki ini sibuk belajar diluar negara.
"Jungkook.." panggil satu suara, dengan cepat Jungkook menjeling. Dia lihat Jieun berdiri dengan senyuman.
"saya minta maaf pasal semalam." kata Jieun dengan menunduk sedikit tubuhnya.
"takpa aku maafkan. Dah lupakan." kata Jungkook. Kembali membaca bukunya. Jungkook merasa Jieun masih belum beredar dari tempat dia berdiri.
"kenapa? Ada apa lagi?" soal Jungkook. Dia memandang Jieun hairan.
"kalau saya nak jumpa awak waktu rehat nanti boleh?" ujar Jieun sebenarnya dia malu.
"hem.. Yelah kat mana?" soal Jungkook. Jieun memandang lelaki itu.
"kat perpustakaan. Depan perpustakaan." kata Jieun lalu pergi begitu sahaja..
Waktu rehat Jungkook berjalan ke perpustakaan seperti yang dia janjikan dengan Jieun.
Dia lihat Jieun berdiri dengan gugup memandang kiri kanan. Sambil memandang tangannya.
"hem kenapa?" soal Jungkook memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"I have crush on you" jujur Jieun bicara segan masih ada dalam diri sebab itulah dia tidak mahu bertentangan mata dengan Jungkook.
Diam. Kemudian Jungkook ketawa kecil mendekati Jieun lalu mengusap lembut rambut gadis itu.
"aku tahu.. Aku pun suka kau" kata Jungkook senyum dipamerkan buat Jieun dia senang kalau gadis itu menyukainya juga.
"hem kau taknak makam ke apa?" kata Jungkook dia lihat ini perpustakaan bukan kantin.
"nak.. Tapi saya kan nak jumpa awak dulu." kata Jieun. Jungkook ketawa lagi.
"saya.. Awak.."
Jungkook mengusap dagunya seperti sedang berfikir sesuatu.
"bagaimana kalau, sayang? Hah sayangku...."
Done double update💜.
Maaf atas segala typo yang ada dalam typo ini.
YOU ARE READING
SACRIFICE OF LOVE
Romance"why you doing this? Why?" JEON JUNGKOOK ft. LEE JIEUN. 2020.