A/N : first of all, misha nak minta maaf sebab selalu sangat typo 😬 huhu mianhe.
--
Aku keluar dari hospital dengan disorong oleh eomma. Aku kemudian menunggu appa aku datang mengambil kereta. Aku sabar menunggu aku yang kini sedang menatap telefon yang aku pegang.
'Model rupawan Lee Jieun selepas dibedah kerana penyakit apendiks beliau setelah Jeon Jungkook CEO JK Furniture Holdings merupakan sang kekasih menemui Lee Jieun pengsan di kediaman miliknya semalam.'
Pelik tetapi benar pihak media masih belum tahu mengenai hubungan aku dan Jungkook sudah lama putus. Sebuah kereta berhenti di depan aku.
"Jungkook"
bicaraku saat aku lihat tubuh tegap sang cinta hati yang memakai baju kemeja hitam. Dia mengambil beg pakaian aku lalu diletakkan di bonet keretanya.
Jungkook kemudian mengangkatku dengan perlahan-lahan lalu diletakkannya aku di kerusi bersebelahan pemandu.
Kereta Jungkook berjalan selama 2 jam menuju ke kediaman keluargaku. Aku dan Jungkook sama-sama tidak berbicara sepanjang perjalanan kami. Hinggalah kami sampai.
Kelihatan Villa ini sunyi, adalah dua kali keluargaku menjenguk Villa ini.
Perut aku masih lagi sakit akibat dari pembedahan kecemasan semalam. Jungkook keluar mengambil beg pakaian aku. Sementara aku di dalam kereta.
Drrt..
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah tempat duduk pemandu aku lihat telefon milik Jungkook tertera nama Mia. Gadis yang kini menjadi pengganti aku.
Mia♥️
Babe, jangan lama eomma saya dah tunggu.Aku tersedar tatkala pintu kereta Jungkook dibuka olehnya. Dia memandang aku. Begitu juga dengan aku.
Pandangan kami bertemu, Jungkook kemudian lihat telefon miliknya berdering selama dua kali.
"aku tolong kau"
Aku didukung lalu diletak pada kerusi yang berada di luar. Jika aku banyak bergerak jahitan akan terbuka. Semalam aku dibedah hari ini aku meminta untuk keluar. Aku tidak betah tinggal lama-lama di hospital, bau ubat.
Usai Jungkook mengangkat panggilan dari sang kekasih. Dia mendekati pintu masuk Villa ini dan membuka rantai mangga. Sudah hampir 2 tahun kami kita datang menjenguk keadaan di Villa ini hanya Makcik Choi, pembantu rumah. Yang sering berkunjung kemari.
"kau nak duduk di sini atau kau nak masuk dalam?" soal Jungkook, aku diam lalu memandangnya.
"tak pa, lagi pun eomma dan appa tak lama lagi nak sampai." kata aku. Jungkook membalas pandangan aku.
"ada maid datang nanti, kau betul okey ke kalau kat luar sini? Aku kena balik. Aku ada urusan" katanya.
Aku mengangguk kepala aku.
"betul.. Awak pergilah rasanya Mia perlukan awak." kata aku.
Aku masih ingat mesej yang aku lihat dari lock screen telefon Jungkook tadi. Dia ada temu janji berjumpa dengan bakal ibu mertuanya.
Kemudian dua buah kereta memasuki kawasan Villa ini. Aku tersenyum tatkala aku lihat abang kepada Jungkook melambai kearahku.
"hi beautiful girl." sapanya mersa. Aku tersenyum tanda membalas sapaannya. Jungkook menyerahkan kunci mangga tadi kepada Junghyun.
"bro.. I think you shouldn't have to go there." pujuk Junghyun.
"kenapa? Dia penting! Jangan masuk campur urusan aku lah" bilas Jungkook. Aku hanya diam memerhatikan dua beradik ini.
"but she need you jungkook. Don't you have compassion?"
Jungkook memandangku, aku tidak membalas pandangannya. Aku sangat berharap kalau Jungkook masih ada rasa kasihannya terhadap aku, aku mahu meluangkan masa bersama dengannya.
Kerana aku benar-benar merinduinya.
Jungkook terus berjalan mengambil telefonnya di dalam poket seluarnya. Kemungkinan besar dia menghubungi Mia.
"okey.. Saya faham kook, sorry sebab ganggu percutian keluarga awak."
Mia kemudian menamatkan panggilannya bersama dengan Jungkook. Lelaki itu memberitahu kalau keluarganya ada percutian keluarga lalu dia terpaksa membatalkan segala urusannya.
Kecewa? Sudah tentu ia rasakan. Gadis bermarga Han ini kecewa dengan perubahan Jungkook dua menjak ini. Di pejabat lelaki itu tidak betah duduk di dalam bilik pejabat dia selalu sahaja keluar.
Keluar kemana Mia sendiri tidak tahu.
"kenapa sayang?" soal Puan Han kemudian menyentuh tangan anaknya.
"Jungkook kata dia tidak jadi datang." kata Mia, atau nama kelahirannya Han Eunji. Dia menundukkan wajahnya makanan malam yang di masaknya untuk Jungkook dia pandang.
"tak pa lah, dia bukannya pergi mana pun dia dengan keluarga dia kan? Memang patut dia patuh itu kan urusan keluarga." ucap Puan Han.
Mia tersenyum manis sahaja. Dia kemudian menghela nafas berat.
"Mia berharap kalau jungkook tak sia-sia Mia. I really love him."
Puan Han tersenyum, kalau bukan kerana paksaan sang ayah kemungkinan anaknya ini tidak akan menemui cintanya.
"betul ke kamu ikhlas? Sayangkan jungkook?" soal Puan Han.
"eomma cakap apa ni?" kata Mia. Dia sedikit marah kerana ibunya seakan tidak mempercayainya.
"bukan macam tu sayang.. Tengok ni" kata Puan Han.
Mia membaca artikel berkenaan dengan Jungkook. Dia membaling majalah tersebut dia merasa terancam kerana dia bakal kalah dengan Jieun.
"this can't be!" jerit Mia.
Puan Han sudah tahu kalau anaknya pasti akan mengamuk jika dia tahu tentang artikel ini. Perlahan nafas wanita itu dihelakan dia bimbang kalau anaknya berubah menjadi perosak hubungan orang.
Kerana dia tahu Mia seorang anak yang baik. Dia tidak pernah mengajar anaknya menjadi seorang yang busuk hati pada orang lain.
YOU ARE READING
SACRIFICE OF LOVE
Romance"why you doing this? Why?" JEON JUNGKOOK ft. LEE JIEUN. 2020.