"aku perlukan masa sedikit. Kau dah buat aku berubah dengan impian kau. Mula-mula aku sokong tapi buat untuk kau ambil kesempatan untuk cari kebahagiaan lat sana." kata Jungkook menarik tangannya dari dipegang olehku.
Air mataku sudah gugur. Dia malah tidak memujukku atau memelukku. Kami tidak pernah begini. Jika aku menangis Jungkook pasti akan memelukku sentiasa mengucapkan kasih sayangnya padaku.
Aku terus keluar dengan mengelap air mataku yang terus berterusan mengalir. Aku pandu keretaku dengan kadar sederhana laju.
Aku memandu menuju ke taman yang selalu aku dan Jungkook duduk berbual. Aku duduk di bangku dengan keadaan sungai Han yang indah.
Air mataku terus mengalir.
Aku hidupkan semula telefon aku. Sesudah itu aku terus mendail nombor telefon Areun.
"hello?"
Aku menahan isakkan tangisku.
"a-areun.. Dia dah benci kan aku ke?" soal aku seperti orang hilang akal. Sendu sahaja suaraku.
"kau bergaduh ke dengan Jungkook? Kenapa menangis ni?.. Cerita kat aku." kata Areun dari dalam talian.
Aku bangun awal pagi seperti biasa. Aku rasa hidupku kosong sahaja. Selalunya aku akan dapat mesej dari Jungkook dengan ucapan 'selamat pagi cinta' namun sekarang semua itu tiada lagi.
Areun kata kalau itu salah kau berikan Jungkook masa untuk dia tenangkan diri mungkin dia terlalu marah padaku.
Aku bangun dan mencapai telefonku.
Aku lihat jam sekarang pukul 8 pagi. Mesti Jungkook baru turun untuk bekerja.
Aku pun bersiap.
Aku berada di pejabat Jungkook sekarang, Mia pun tidak ada diluar. Aku gugup, aku benar-benar ingin memeluk Jungkook.
Aku berjalan keatas meja aku tidak lihat lagi gambarku yang selalu ada diatas meja Jungkook dia gantikan dengan frame gambarnya.
Aku mencari frame gambarku dan aku jumpa.. Aku terkejut saat gambar aku yang bersebelahan dengan Jungkook, frame itu sedikit retak.
Aku kemudian dengar tawa canda Jungkook dengan Mia. Aku lihat mereka ketawa sambil bergurau senda.
"kau buat apa kat sini??" tanya Jungkook tanpa menunjukkan riak terkejut. Mia sudah pergi duduk di meja kerjanya. Jungkook berjalan ke meja dan merampas gambar frame tadi. Lalu dicampakkan kedalam tong sampah.
Aku terkejut dengan tindakkan selamba dia.
"k-kenapa awak b-buang frame itu Jungkook..." kataku perlahan.
"rosak. Tak boleh guna lagi."
Aku mengeluh lalu mengambil semula frame itu. Jungkook hanya jadi pemerhati.
"takpe.. Biar saya yang simpan. Gambar istimewa buat saya. Mungkin tidak buat awak Jungkook. I will keep it." kata aku lalu keluar dari bilik pejabatnya.
Air mataku sekali lagi mengalir, tergamak dia buang gambar yang menjadi kegemaran Jungkook sendiri.
Yang paling sakit aku sendiri saksikan ialah, Jungkook bahagia di samping Mia. Dia bergelar ketawa bila bersama dengan gadis itu.
Jungkook pulang ke apartmennya, dia duduk di sofa dengan memejamkan matanya.
Mindanya mengulang tayang kisah mereka mula pertama menjadi pasangan kekasih. Jieun sangat obeses dengan Jungkook. Mereka menjalini hubungan bahagia dengan tawa senda. Jungkook pula sangat mencintai Jieun saat itu. Namun sekarang segalanya sudah berubah.
Hati Jungkook semakin hari semakin menjauh. Terkadang dia perfikir apakah dia benar-benar keterlaluan pada Jieun.
Setiap kali Jungkook lihat raut wajah Jieun yang berubah ketika Jungkook menyahut atau memandang Jieun dengan tatapan dingin dan balasan dingin.
Gadis itu seakan sedih dengan sifat Jungkook yang berubah.
"give me some more space Jieun. I'm hurt when you always care about your dreams."
Pagi ini Jungkook dan Mia sarapan pagi bersama Jungkook seperti biasa tiada mood di pagi hari. Wajah Jungkook pula serius.
Sekarang mereka di lobby syarikat.
"kenapa kook awak ada masalah ke?" tanya Mia. Jungkook mengeleng.
"lalu kenapa awak sedih?" kata Mia. Jungkook memandang Mia, mata gadis itu memandang ke arah Mia.
"I don't know everytime aku jumpa dia mesti aku takda rasa apa-apa selain sakitkan hati dia."
Mia bingung. Siapa?
"siapa?"
Jungkook tetap memandang Mia. Mia pula gugup kerana Jungkook memandangnya begitu.
"jom kahwin dengan aku." ucap Jungkook tanpa dia sedar jika dia masih perlu selesaikan segala hal.
"h-hah??"
"I don't love her anymore. I can feel it when I am with her." kata Jungkook dengan lirikkan matanya memandang bibir Mia.
Dengan itu Jungkook menarik pinggang Mia lalu menciumnya. Lembut, dan nikmat.
Mia duduk dengan membuat kerjanya, Jungkook keluar lalu membongkokkan sedikit tubuhnya.
"jom lunch aku lapar" ajak Jungkook dengan bunny smile dia.
"tak boleh lah Jungkook, awak ada lunch dengan Tuan Jeon." balas Mia. Jungkook menyengetkan sedikit kepalanya.
Hairan?
"kenapa Tuan Jeon call awak susunkan temu janji dia dengan saya?"
Mia mengangkat bahunya. Jungkook menarik nafasnya panjang.
"jom, kita berdua pergi sama-sama."
"tak boleh, awak lunch dengan family awak. I'm n-"
Jungkook mencium bibir Mia, untung sahaja pekerja syarikat Jungkook tiada di syarikat.
"you gonna part of my family too." bantah Jungkook. Mia diam seribu bahasa saat Jungkook memotong percakapannya dengan menciumnya.
Sampai di restoran Jungkook dan Mia menuju ke bilik VVIP. Saat dia bukak pintu dia lihat. Puan Jeon, Tuan Jeon dan Jieun.
Jungkook mengeluh ini peluang untuk dia memutuskan segalanya. Dia tidak mahu lagi menunggu.
"Jungkook?" tegur Puan Jeon.
"this my n-new future wife. Dan Jungkook akan kahwin dengan dia. I fall in love with her." kata Jungkook memandang kedua ibu bapanya.
YOU ARE READING
SACRIFICE OF LOVE
Romance"why you doing this? Why?" JEON JUNGKOOK ft. LEE JIEUN. 2020.