Bab 10🍂

11 2 0
                                    

Jungkook pulang ke rumahnya dia melihat sang ibu yang sedang memasak dengan senyuman manis dia mendekati si anak.

"kook-ah penat ke?" soal Puan Jeon. Jungkook mengangguk sudahlah dihukum, ditambah pula waktu belajar nanti malam dia kena kerja dikafe hyungnya. Kim Seokjin.

"kamu tak perlu kerja nanti Jungkook, rehat." kata sang ibu memujuk anaknya. Jungkook mengeleng.

"tak mengapa eomma, Jungkook okey.. Cuma kena hukum je, jangan risau Jungkook takkan lewat tidur lepas balik kerja nanti." jawab Jungkook. Puan Jeon sangat kenal anaknya yang kedua ini. Persis seperti ayah mereka rajin dan tekun.

"kalau itu kamu mahu eomma tak boleh halang. Mari makan?" ajak Puan Jeon.


Pukul 2 kafe Seokjin akan dibuka dan beroperasi hingga 12 tengah malam. Kafe ini menyediakan makanan laut.

Jungkook masuk ke dalam ruang dapur, Seokjin chef dan Jungkook akan membantunya. Menyediakan bahan yang perlu dimasak. Memotong ayam, dan akan memasak jenis makanan yang senang.

"Jungkook-shi kerja bersemangat sikit kenapa nampak macam letih saja ni?" kata Seokjin.

"susah kan nak jadi berjaya ni" perlahan sahaja suara lelaki itu menyapa telinga pendengaranya Seokjin.

"kenapa kamu ada masalah ke? Takkan susah lah kalau kamu betul-betul ingin jadi seperti apa yang kamu mahu." kata Seokjin. Jungkook tersenyum kecil.

"terima kasih hyung." ucap Jungkook.

"sama-sama, jangan putus asa make your dreams come true." kata Seokjin.













Jam 9 pagi menandakan waktu rehat buat pelajar. Semua pelajar berpusu-pusu menunju ke kantin sekolah. Dengan pengawas yang menjaga barisan agar tersusun. Jungkook seperti biasa dia akan membawa dulang makanannya menuju ke meja hyungnya.

Zaman sekolah zaman yang takkan kita lupakan dimana kita bertemu dengan ramai sekali jenis peranan dan perwatakkan manusia.

Kawasan kantin itu sedikit bising kerana pelajar yang berbual dan bermain dengan dengan rakan sekelas. Jungkook dan Hyungnya juga begitu mereka berbual beberapa perkara tentang pertandingan mereka.

Tiba-tiba pandangan mereka terarah pada sekumpulan pelajar perempuan kononnya cantik didalam sekolah ini.

"pergh.. Cantik" puji Taehyung. Jimin mengeleng kepala.

"cantik pun cantik, tapi kalau otak pun cantik takpa lah ini budak kelas corot kau nak juga." balas Jimin. Taehyung memandang Jimin.

"aku cakap je tak nak makna aku nak lah."

Jungkook diam dan pandangannya masih ke arah satu meja. Meja Jieun dan Aruen duduki.

Sekumpulan gadis ini mendekati meja itu lalu duduk dengan Jieun dan Aruen.

"hai.. Mintak duit boleh?"

Jieun memandang Nara, gadis ini memang tidak suka akan dirinya. Dia suka membuli dan meminta wang dari Jieun. Kerana Jieun anak orang kaya dan tidak berani merepot kes mereka pada guru disiplin.

"aku takda duit lah Nara, aku dah pakai untuk meli makanan aku. Kau nak minta pagi tadi" balas Jieun. Nara memutarkan bebola matanya kemudian dia berdiri.

"kalau macam tu, thank you for buying me food" kata Nara menarik lengan Jieun. Aruen terus berdiri.

"kau jangan melampau Nara!" marah Aruen. Jieun mengeleng tanda dia tidak mahu kantin kecoh kerana Nara dan Aruen.

SACRIFICE OF LOVEWhere stories live. Discover now