Episode 2 [Buli]

87 39 6
                                    

Mereka berlapan berjalan menuju kekantin sambil berborak riuh.
Orang yang berselisih satu jalan dengan mereka semua terpaku.

Senyuman yang memukau.

Jungkook malu-malu, dia layankan saja karenah Taehyung yang tak masuk akal.
Bergurau senda tanpa henti.
Ya, itu pertama kali baginya mempunyai rakan-rakan yang masuk air.

Wah...tu budak barukan?
Wah... kacaknya dia!
Wah.. baru masuk dah join geng famous!
Crush!

Jungkook tunduk malu mendengar pujian-pujian kagum disekitarnya.
Indah rasanya apabila dikagumi.

Mereka sampai di kantin.
Dibarisan, orang-orang berginjak memberi laluan pada mereka.
Jungkook memandang Yoongi yang selamba berjalan menuju kemeja memesan makanan.

Oh, rupanya orang-orang membuka ruang padanya.
Mereka menggeruninya kerana riaksinya yang dingin.
Namun mereka menyukainya kerana dalam diam dia adalah orang yang caring.

"Jom."
Taehyung menarik Jungkook.
Buat apa beratur kalau dah dapat peluang free-free.
Mereka terus kehadapan tanpa beratur.

Namjoon, IU, Hoseok, Jimin dan Jin beratur dibelakang.

"Tak apa. Beraturlah."
Jin memegang kedua-dua bahu gadis dihadapannya sambil senyum manis.

Wahhh...
Wah....
Oppa saranghae.

Jin malu lalu terus pusing belakang menyembamkan muka pada bahu Namjoon.

Setelah selesai membeli, mereka berlima membawa talam makanan mereka menuju kearah meja Yoongi, Taehyung dan Jungkook.

"Wah.. harini kita dah tambah seorang."
Hoseok senyum memandang Jungkook.

"Dia comel lah."
Taehyung mencuit pipi Jungkook.

Jungkook hanya senyum. Dia masih tidak bercakap sepatah dengan mereka.
Malu lah katakan..

Tiba-tiba orang ramai melihat kearah luar pintu kaca sambil bercakap-cakap.
Jungkook menoleh, diluar sana ada seorang lelaki sedang dibuli oleh sekumpulan pelajar.

Jungkook teringat pada dirinya yang dulu. Dia dapat rasakan perasaan orang yang sedang dibuli itu.

"Oh, hari-hari macam tu."
IU memandang kearah sana juga.

"Budak baru nak up."
Jimin ketawa.

"Tak... tak tolong?"
Soal Jungkook memandang mereka.

"Nak tolong macam mana? Nanti diorang tu marah lah apa lah. Nanti bising-bising pula. Nanti kena panggil pergi bilik guru."
Keluh Jin.

"Makan."
Taehyung menepuk bahu Jungkook.

Mereka tidak mahu ikut campur hal tidak baik. Untuk menjaga nama mereka yang seperti bunga-bunga, mereka harus kekalkan sebagai orang yang lembut dan bergaya.
Tak mahulah nanti terkenal dengan keganasan.

Jungkook melihat pelajar lelaki itu dipijak-pijaknya.
Dia melindungi bekal makanannya didalam dakapannya.

Mesti mereka tak benarkan dia makan. Mereka akan mengambil makanannya, kalau sedap mereka akan makan kalau biasa-biasa mereka akan buang.
Ya, Jungkook juga pernah merasakannya.

Dia tak boleh duduk diam lagi. Jantungnya berdegup kencang. Kasihan melihat orang yang dibuli.

Jungkook terus bangun dari kerusinya dan berjalan kearah sana.

"JUNGKOOK! JUNGKOOK!"
Panggil mereka namun tidak dihiraukan Jungkook.

"Wah.. dia memang cari nahas."
Keluh IU.

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now