Episode 15 [Kehilangan]

42 15 0
                                    

Music dihidupkan, hari ini menjadi hari pertama dan pertama kalinya Ji Woo mengajari Jimin tarian.

Jimin senang hati, akhirnya dia dapat merealisasikan cita-citanya sebagai penari.
Dia diajari oleh penari professional dari Luar Negara, tak mungkin dia akan gagal dalam audition nya nanti. Dia sangat yakin dengan usaha kerasnya.

Ji Woo senyum. Tak susah ajar orang yang betul-betul berusaha ni. Semangat Jimin membuatkan Ji Woo dapat mencipta choreography yang indah.

Hoseok masuk kedalam bilik latihan tarian
Dia menepukkan tangannya memberikan semangat.
Kakaknya walaupun keras kepala dan cerewet, dia kelihatan cantik ketika menari.

*
*
*

Yoongi pulang kerumahnya, dia menyapu lantai dan mengemopnya.

Sambil dia mengemas rumahnya, telefonnya tiba-tiba berdering.

AYAH

Yoongi mengabaikannya.
Nak apa telefon pagi-pagi ni? Tiba-tiba ja.

Tiba-tiba ia berdering lagi.

IBU

Yoongi merengus menyampah.

"Lepas ni siapa?"
Cemuh Yoongi.
Dia kembali mengemop lantai tanpa menjawab panggilan.

Telefonnya berdering lagi.

WOOZI

"Ha, baguslah. Lepasni siapa lagi?"
Yoongi meletakkan batang mop ditepi lalu menjawab panggilannya.

IN CALL

"Kau nak apa hah? Ayah telefon ibu telefon. Ada apa?"
-Yoongi-
"Yoongi, ni ayah."
-Min Yang-
"Em. Ada apa?"
-Yoongi-
"Woozi...."
-Min Yang-

*
*
*

Yoongi berlari selajunya setakat mana dia mampu.
Jauh di Busan sana dia harus pergi.
Air mata yang mengalir diseka.

  FLASHBACK

"Auu..auu!"
Woozi menahan sakit.

Yoongi meletakkan kapas yang sudah digunakan lalu mengambil kapas yang baru meletakkan ubat pada luka pada wajah Woozi yang telah dicuci.

"Terima kasih."
Ucap Woozi.
Ini kali pertamanya Yoongi bersikap baik padanya membuatkan dia agak terharu.

   END FLASHBACK

Terbayang senyuman Woozi dimatanya. Dia harus cepat kesana!

PIN PIN PIN PIN

Sebuah kereta 4x4 hitam berhenti dihadapan.

"Masuk!"
Jungkook membuka pintu.

Yoongi terus masuk kedalam kereta dan menutup pintu.

Jin menekan pedal minyak dan segera meluncur laju menuju ke Busan.

Yoongi meraup wajah. Kepalanya serabut.

Jungkook menepuk belakang Yoongi menenangkannya. Dia faham perasaan itu.

*
*
*

Mereka sampai dihospital.
Yoongi terus berlari mencari wad A-31.

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now