Episode 9 [Masalah]

66 29 0
                                    

1 TAHUN BERLALU......

IU duduk diperpustakaan awam sambil membaca buku.
Kini dia seorang siswi di Kirin University.

Dia mencapai sebuah buku berkuli merah lalu dibukanya. Buku diarynya yang selalu dibawanya.

Dia mengambil sebatang pen lalu mula menulis.

Jungkook, selamat hari lahir! Semoga kita dapat bertemu dilain hari.
Awak tengah buat apa? Awak masih ingat pada saya? Dah setahun kita berpisah, saya rasa sunyi.
Sunyi sangat-sangat, saya tak dapat gambarkan betapa sunyinya saya tanpa kawan-kawan saya yang gila-gila.
Korang buat apa sekarang? Dengar cerita kes ayah Taehyung dah selesai, ibu dia masuk kedalam penjara semalam lepas didakwa membunuh suaminya tahun lepas.
Cuma berita tu yang saya dapat. Saya cuba cari korang semua tapi tak dapat.
Mana korang pergi?
Kenapa kita terputus talian? Kenapa tak contact saya lagi? Semua dah lupakan saya?
Tak apa lah, yang penting korang masih bersama sampai sekarang.
Tetaplah bersama, saya sentiasa doakan yang terbaik.
Salam kasih dari saya, IU.

IU menutup bukunya lalu merenung kearah tingkap.
Kini musim luruh, hari lahir si pemalu yang pernah tertambat dihatinya dahulu.

IU mengemas barang-barangnya. Dia terus bangun dan beredar dari situ.
Dah lama dia diperpustakaan, dia perlu pulang dan menjaga atuknya dirumah.

*
*
*

IU pulanv dengan berjalan kaki. Meskipun agak jauh, dia sudah terbiasa dan sangat menyukai berjalan kaki. Lagi-lagi sekarang musim luruh, dia dapat melihat suasana sepuasnya.

Langkahnya dihentikan apabila palang keretapi diturunkan.
Keretapi akan segera melintasi laluannya.

IU melihat jam tangannya, dia harus segera pulang. Atuknya pasti merisaukannya.

*
*
*

Jungkook termenung ditingkap keretapi. Hari ini dia pulang ke bandarayanya semula bersama rakan-rakannya Taehyung, Jimin, Jin, Hoseok dan Yoongi.
Namjoon tidak menyertai mereka ke Daegu kerana ibunya melarangnya melakukan sesuatu selain belajar.

Setelah setahun meninggalkan Daegu, dia teringatkan IU. Dia dan rakan-rakannya menghilang tanpa berita dan tidak memberitahu pada IU terlebih dahulu.

Mereka masing-masing terhimpit dengan masalah jadi mereka cuba pergi membuat hal sendiri ditempat yang orang tidak mengenali mereka.

Mereka ingin lari dari segala masalah namun gagal. Kali ini mereka pulang ke Daegu semula.

Entah apa yang akan jadi.

Keretapi melintasi jalan peguna kereta, motor dan pejalan kaki yang telah dipalang agar memberi laluan pada keretapi.

Jungkook masih termenung keluar tingkap.

Tiba-tiba dia ternampak satu kelibat lelaki yang amat dikenalinya. Sepertinya dia tak salah dalam bab meneka.

Dia menoleh, namun keretapi sudah jauh meninggalkan tempat tadi.

"Namjoon."
Ya, Jungkook nampak dia tadi!

Palang diangkat semula setelah keretapi lalu. Hanya ada dua orang pejalan kaki. Disebelah sana dan disebelah sini.
Masing-masing mengambil laluan berbeza.

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now