Episode 3 [hadiah]

78 37 2
                                    

Jungkook berdiri di bastop menunggu bas menuju kesekolahnya.
Tak ramai orang disitu yang menaiki bas, kebanyakkannya adalah orang yang bekerja.

"Selamat pagi."
Woo Bin dan kawan-kawannya memandang Jungkook.

"Wah.. dah berubah. Mana cermin mata kau? Wah.. rambut baru."
Woo Bin mengacau Jungkook.

Jungkook hanya diam tidak melakukan apa-apa. Dia serik dibuli dahulu.

"Hoi. Sejauh mana kau larikan diri, aku akan pastikan aku tetap ada bawah kaki aku."
Ujar Woo Bin sinis.

Bas datang parking dihadapan.
Jungkook lekas kearah bas untuk dinaikinya.

Woo Bin menarik beg Jungkook membuatkan langkahnya terhenti.

"Jumpa lagi."
Ujar Woo Bin lalu pergi bersama rakan-rakannya menuju kesekolah.

Jungkook tidak membalas, dia naik bas dan mencari tempat duduk.
Malas nak menjawab, tak pasal-pasal harini dia tak kesekolah pula.

Jungkook merenung keluar tingkap.

Wah... itu kan Jeon Jungkook ahli baru Bangtan? Kacaknya!
Eh, dia pelajar baru sekolah kitakan?
Wah... aku suka dia.
Pelajar baru jadi ahli bangtan? Dia memang awesome!

Jungkook hanya diam tidak melayan pujian-pujian gossip dari pelajar perempuan sekolahnya.
Baginya, dia hanya ingin menjadi dirinya. Dia tidak mahu menjadi famous hanya dikeranakan dia murid baru yang masuk geng terkenal disekolah iaitu  Bangtan.

*
*
*

Jungkook berjalan masuk menuju kearah bangunan kelasnya, A1.
Yang menjadi masalahnya bila pelajar-pelajar perempuan datang menghampirinya.

"Maaf, saya bukan artis."
Jungkook melajukan langkah sambil tunduk.

Ahhh.. dia pemalu!
Comelnya!
Jeon Jungkook!

Jungkook menggeleng-geleng. Mengalahkan diva rasanya.

Dia masuk kedalam kelasnya. Pelajar dari kelas lain tak boleh masuk kedalam kelas mereka.
Itu menjadi satu perjanjian diantara Hoseok dan peminat-peminat mereka.

"Wah... Jungkook bawa peminat."
Usik Jimin.

Jungkook hanya senyum dan tunduk malu. Dia mengorak langkah ketempatnya.

Nasib baik kelasnya tenang tidak diganggu. Lagipun pelajar-pelajar kelasnya semuanya hipster-hipster dan sibuk dengan hal masing-masing kerana masing-masing merupakan senior terkenal.

Jungkook duduk ditempatnya dan meletakkan beg ditepi.

"Nah."
IU meletakkan satu kotak kecil diatas meja Jungkook.

"Huh?"
Jungkook memandang IU. Eh, tiba-tiba.

"Bukalah."
Ujar IU.

Jungkook membukanya. Ada satu kotak lens yang mempunyai power dan sebotol air lens.

"Wah.."
Jungkook tersenyum lebar.
Tahu-tahu saja dia tidak mahu memakai cermin mata.

"Saya tak tau berapa rabun awak jadi saya belikan yang power 200 ja. Kalau kurang maaflah."
Beritahu IU.

"Tak apa, terima kasih."
Jungkook gembira.

"Aku pun ada satu nak bagi."
Hoseok datang meletakkan satu kotak kasut diatas meja Jungkook.

"Wahh..."
Jungkook kagum.

"Aku bukannya apa, aku kesian tengok kasut kau. Simpanlah ya kasut tu, kesian dia sakit-sakit. Pakai yang baru."
Ujar Hoseok.

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now