Episode 13 [Bertemu]

47 21 0
                                    

Mereka sibuk mengemas rumah dengan pantas.
Lantai disapu dan dimop, meja di lap, sawang dipastikan tiada, hiasan-hiasan disusun rapi dan buku-buku dikemas dirak.

TING TONG

"Pintu! Pintu!"

Bunyi loceng rumah membuatkan mereka bergegas menuju kepintu dan beratur.

Hoseok membuka pintu.

"Selamat datang."
Ucap Hoseok dengan senyuman lebar.

"Wah... dah lama tak jumpa."
IU gembira.
Dia memandang satu persatu wajah yang tersenyum lebar padanya.

"Jom. Masuk masuk!"
Taehyung menarik tangan IU.

"Eh.."
Jungkook merungkaikan tangan Jungkook dari tangan IU.

"Cehhhh... piwwitt!"
Mereka mula mengusik, termasuklah Jin. Meskipun sakit hati dia terpaksa relakan jua. Lagipun itu menjadi keputusan IU, IU menyukai Jungkook bukan Jin.

*
*
*

Mereka berbual dengan rancaknya. Pelbagai hal yang dikongsikan IU sepanjang dia bersendirian setelah tamat persekolahan.

"Eh, mana Yoongi?"
Soal IU yang perasan daritadi Yoongi tiada disitu.

"Yoongi? Eh, kat atas kut."
Namjoon baru perasan.

"Tadi aku ada dengar bunyi piano. Bukan tadi la, dah lama."
Beritahu Jimin.

IU teringat tentang piano. Dulu dia sangat menyukai alunan piano dari Yoongi.

"Saya nak naik atas kejap."
IU bangun dari sofa.

"Eh, nak pergi mana?"
Soal Taehyung.

"Atas la."
Jawab IU.

"Surprise untuk Yoongi. Kan dah lama tak jumpa."
IU senyum segaris lalu pergi.

Namjoon senyum, dia tahu tentang Yoongi.
Dulu dia pernah perasan bahawa Yoongi selalu memperhatikan IU.
Sejak dari situ, Namjoon berfikir bahawa Yoongi menyukai IU.

IU membuka pintu balkoni besar. Dilihatnya bilik kecil dihujung sana.

"Mesti kat sana."
Teka IU.

Dia terus melangkah kesana.

Yoongi duduk tersandar didinding sambil meraup wajahnya.
Dia cuba untuk lupakan kisah lalu. Biarlah ia pergi seperti kenangan itu tidak pernah berlaku.

"Yoongi."
Satu suara menerjah dipendengaran Yoongi.

Yoongi mengangkat wajah.
Seorang gadis memakai blous biru, beg tangan putih dan berambut ikal mayang.

IU mengukir senyuman lebar.

"Dah lama tak jumpa."
IU menghulurkan tangannya.

Yoongi masih terkedu, dia memandang tangan IU yang dihulur padanya.
Ini bukan khayalan lagi?
Ini kenyataan?
IU dihadapannya?

*
*
*

"Lah, macam mana boleh pecah ni?"
IU melihat permukaan piano yang ada kesan pecah padanya.

Yoongi diam tidak menjawab.
Dia memandang kearah lain. Kerosakkan itu buatannya sendiri, tak mahulah mengaku salah.

"Ajar saya."
IU menarik lengan Yoongi.

"Em?"
Yoongi terpinga-pinga.

"Ajar."
Ulang IU.

Yoongi memandangnya. Betul ini bukan khayalan. IU senyum memandangnya. Senyuman itu bukan angaunya bahkan ia benar-benar ada didepan mata.

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now