Episode 8 [Yourself]

64 34 4
                                    

Diwaktu rehat, mereka pergi kekantin membeli makanan sambil berborak tentang Taehyung.
Pelik.

"Aku dah chat dia tapi tak balas pun."
Jin melihat telefonnya.

"Tu lah, aku call dia pun tak jawab."
Beritahu Namjoon.

"Rasanya masalah dia tak selesai lagi."
Jimin duduk diatas kerusi meletakkan hidangan sarapannya diatas meja.

"Selalunya dia akan datang rumah aku kalau dia ada masalah. Tapi semalam tak datang pun."
Hoseok hairan.

"Nanti kita pergi rumah dia?"
Cadang Jungkook.

"Okay beres!"
Mereka setuju tanpa berfikir panjang.
Buat apa nak fikir panjang-panjang, member sendiri tu!

"Maaf, saya ada hal kat hospital. Atuk saya minta saya temankan dia."
Beritahu IU.

"Ahh... tak apa. Kalau ada apa-apa kami bagitau."
Jin mengangguk.
Alah. Benda kecil ja.

Mereka menikmati makanan dengan lazat.
Tanpa diketahui, Taehyung tidaj menjamah satu makanan pun dipagi itu.

*
*
*

Taehyung duduk berjalan masuk kedalam satu pelosok hutan.

Hutan itu mengingatkannya pada rakan-rakannya. Mereka sengaja masuk kesitu kerana nampak ada satu jalan kecil yang ditebas semak samunnya.
Apabila masuk kedalam dan lebih dalam, ditengah-tengah sana mereka menjumpai satu bangunan lama yang terbiar bekas kebakaran.
Lalu mereka menjadikan tempat itu sebagai port mereka melepak.

Namun mereka meninggalkan tempat itu tahun lepas setelah diusir oleh pemilik tanah.

Sampai sekarang tempat ini tidak berubah. Masih sama, masih ada cap-cap mereka, tilam lama yang dijadikan tempat beristirehat mereka, tong-tong lama yang pernah dijadikan sebagai drum.

Taehyung tersenyum. Teringat kasih lalunya mereka merupakan orang yang tak masuk akal.

Taehyung mula mengemas tong-tong dan disusun ditepi.
Dia perlu mengemas tempat mereka semula dan dijadikan sebagai tempt lepas seperti dulu semula.
Disitu kenangan mereka.

*
*
*

Tamat sesi persekolahan, mereka berjalan keluar kearah pintu keluar. Didepan sana ada sebuah kereta besar berwarna hitam berkilat menunggu mereka.

"Aku pula yang rasa macam anak orang kaya."
Jin ketawa.

Namjoon senyum.

Disekeliling seperti biasa, pelajar perempuan yang tergila-gilakan pelajar hot seperti mereka tersengeh-sengeh dan memanggil-manggil.

Mereka berjalan keluar lalu masuk kedalam kereta keluarga Hoseok.
Ayahnya menjanjikan seorang driver padanya jadi dia akan memanfaatkannya.

Mereka terus menetapkan destinasi kerumah Taehyung.

*
*
*

Taehyung menarik tilam berat itu lalu diletakkan ditengah-tengah laman. Dia terus berbaring kepenatan. Dia melihat langit yang cerah sambil tersenyum senang.

Taehyung mengeluarkan sekeping gambar dari poket seluarnya.

Gambar dia bersama ibunya. Ya, dia sangat merindui ibunya.

Taehyung mencapai telefonnya lalu menelefon Jimin.

ON CALL

"Halo Tae! Mana kau menghilang hah?! Penat aku call kau tak angkat pun! Kau kat mana?" -Jimin-
"Hahaha.. aku kat tempat biasa. Datanglah cepat. Aku tunggu." -Taehyung-

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now