Episode 11 [FUNFAIR]

56 24 0
                                    

Hari ini Jimin check out dari hospital.
Mereka gembira menantinya didepan pintu hospital.

Jungkook datang dengan memapah Jimin keluar.

Mereka bersorak gembira melihat Jimin. Akhirnya dia baik-baik saja.
Jimin senyum malu. Kawan-kawannya memang tiada otak, bersorak didepan orang ramai.

Hoseok, Jungkook, Jimin, Yoongi dan Namjoon masuk kedalam kereta Hoseok.
Taehyung menaiki kereta Jin.

Mereka memulakan perjalanan menuju kerumah Hoseok.
Hoseok membenarkan sesiapa saja datang tidur dirumahnya memandangkan rumahnya besar dan hanya dia bersendirian.

Sambil Jin memandu, dia sekali-sekala menoleh memandang Taehyung yang hanya diam.
Dah lama dia mendiamkan dan mengasingkan diri.

"Ada masalah? Boleh cerita? Ada kita dua ja."
Soal Jin sambil senyum.

Taehyung menoleh memandang Jin.
Hanya Jin satu-satunya orang yang tak punya masalah berat dikepala.

Taehyung tunduk. Ya, dia ada masalah.

"Aku... membunuh."
Beritahu Taehyung sambil tertunduk.

Jin senyum.

"Aku tau."
Jin mengangguk sambil matanya melihat jalan.
Memandu perlulah memberikan tumpuan dengan baik supaya tidak kemalangan.

Taehyung memandang Jin. Hebat.
Dia dapat meneka masalah Taehyung semudah ABC.

     FLASHBACK

Kim Tan memukul isterinya dengan kuat tanpa belas kasihan.
Dikeranakan Puan Kim tidak dapat memberikan suaminya uang, dia terpaksa menghadapi hukumannya.

Taehyung tak dapat berdiam lagi. Dia terus keluar dari biliknya dan melindungi ibunya.

"Woi! Kau nak jadi macam mak kau jugak?!"
Kim Tan menolak Taehyung jatuh kelantai.

"Taehyung!"
Puan Kim ingin mendekati Taehyung namun Kim Tan menariknya dan menampar wajahnya dengan kuat.

Taehyung melihat ada satu botol kaca iaitu botol arak milik ayahnya yang berdekatan dengannya.

Kim Tan memukul lagi dan lagi.

"Arghhh!!"
Taehyung lekas bangun lalu menyucuk perut ayahnya dengan botol arak yang dipecahkannya tadi.

Kim Tan melopong dengan mata yang besar.

"Taehyunh!"
Puan Kim terkejut dengan tindakkan Taehyung.

Taehyung terpinga-pinga. Dia melakukan kesalahan?
Dia melihat kedua-dua telapak tangannya, dipenuhi cecair merah.

"Apa?"
Taehyung menggigil.
Tangannya dilap pada t-shirt putihnya.

"Huh?"
Taehyung gelabah.
Dia salah? Apa dia buat?

Kim Tan rebah kelantai tak sedarkan diri.

"Tan!"
Puan Kim menyambut suaminya.
Meskipun jahat, itu suaminya. Tanggungjawabnya.

Taehyung terkedu. Dia tak tahu apa yang merasukinya tadi.
Tanpa sebarang kata, dia terus melarikan diri.

"Taehyung! Taehyung!"
Panggil Puan Kim berkali-kali namun Taehyung tetap melarikan diri keluar dari rumah.

     END FLASHBACK

"Sebabtu lah kau tak datang sekolah?"
Teka Jin.

Taehyung mengangguk perlahan.
Memang dia salah. Dia membunuh ayahnya sendiri.
Tapi, demi menjaga namanya kini ibunya mengatakan pada polis bahawa ibunya yang membunuh sang suami akibat tertekan.
Dan akhirnya ibunya dihukum penjara atas kesalahan Taehyung sendiri.
Ibunya tidak bersalah!

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now