Episode 31 [MISSION COMPLETE]

33 13 0
                                    

Setelah selesai dengan Ji Myun, mereka bertolak kerumah makciknya pula.

"Aku tak yakin aku boleh lembutkan hati makcik aku."
Keluh Jimin.

"Belum cuba belum tahu. Kau kena ikhlaskan diri kau."
Ujar Hoseok.

"Keikhlasan bukan pada wajah, tapi pada hati. Kalau setakat nak selesaikan masalah untuk kesenangan diri sendiri, sumpah takkan menjadi. Tapi kalau kau betul-betul nak perbaiki keadaan untuk masa depan kau dan makcik kau, tak ada yang mustahil didepan."
Hujah Yoongi.

"Manalah tau kalau kau berjaya pujuk makcik kau, nanti kau boleh selalu melawat makcik kau. Jagakan makan minum dia, walaupun kau tak pandai masak. Sekurang-kurangnya kau pandai membeli."
Sambung Jin pula.

Jimin tersenyum. Jin ni betul-betul jujur. Tak pandai masak dimentionnya!

Akhirnya mereka sampai didepan rumah makcik Jimin.

"Berdebar."
Jimin memegang dadanya.

"CHAYOKK!!"
Mereka memberi semangat.

Jimin mengukir senyuman menenangkan diri lalu membuka pintu kereta dan turun.

*
*
*

Suasana sunyi sepi, sepertinya tiada orang dirumah. Jimin pun terus membuka pintu rumah, tak berkunci.

Dia melangkah masuk kedalam. Pelik. Pintu tak kunci tapi tak ada orang.

"Kau nak apa?"
Makciknya muncul membuatkan Jimin terkejut.
Betul-betul macam hantu.
Duduk atas kerusi roda, rambut kembang nak mampos, baju selekeh, muka tak puas hati. Memang 100% menyeramkan.

"Makcik.."
Jimin mendekati makciknya.

"PERGI! JANGAN DATANG SINI LAGI! KAU PEMBAWA MALANG! SEBABKAN KAU SUAMI AKU MATI! PERGI! KELUAR!"
Makciknya terus menolak segala barang yang ada diatas meja berdekatan.

Sementara itu Bangtan diluar betul-betul seperti mendengar drama versi audio.

"Makcik dia betul-betul pelakon wanita terbaik."
Hoseok ketawa. Macam seronok pulak dengar orang jerit-jerit ni.

Jimin terus mendekati makcik lalu dipeluknya.
Makcik itu menolak Jimin namun Jimin semakin mengeratkannya.

"Makcik... saya balik ni... saya ada kat sini.. saya tak bunuh pakcik, takdir yang bawa dia. Makcik... saya nak minta maaf ni."
Pujuk Jimin mengusap kepala makciknya. Baunya agak tengik tapi ditahan jua.

"Pergilah. Aku tak perlukan kau. Aku tak nak tengok muka kau."
Tangis makciknya.

Jimin terus meleraikan pelukan lalu menatap makciknya.

"Makcik, pandang saya. Walau macam mana pun makcik tak nak pandang saya, makcik tetap kena pandang saya. Kalau bukan saya kat sini, siapa nak tolong makcik?"
Jimin betul-betul dalam emosi drama.
Susah betul nak sejukkan hati makciknya.

"Biar! Biar aku sorang-sorang! Aku tak nak tengok kau kat sini lagi! Pergi!"
Marah makciknya lagi.

"Makcik! Kalau bukan sebab sayang sayangkan makcik, saya takkan datang sini! Saya pun tak nak tengok makcik yang selalu salahkan saya dalam semua hal! Makcik tuduh saya! Makcik bahagia bila saya kena pukul! Makcik suka tengok saya menderita sebab makcik bencikan saya! Tapi, saya sayangkan makcik. Sebab makcik satu-satunya orang yang saya dah anggap macam mak saya sendiri."
Jimin cuba menyedarkan.

"Sebab sayang, saya datang. Sebab sayang, saya nak bantu makcik. Sebab sayang, saya nak minta maaf. Sebab sayang, saya tak boleh tinggalkan makcik dalam keadaan macam ni. Saya tak boleh.. sesaat pun saya tak boleh bila tengok makcik macam ni."
Air mata Jimin mula mengalir. Entah berapa banyak air matanya yang keluar harini.

Makciknya menangis tersedu sedan. Sedih betul ayat si Jimin.

"Kalau makcik tak sukakan saya, saya tak kisah. Tapi saya cuma harapkan makcik cuba terima saya untuk bantu makcik, untuk selalu ada kat sisi makcik, untuk lakukan segalanya demi makcik."
Sambung Jimin.

Makciknya dah tak mampu nak bercakap. Sebak menyelumbungi hati.

Jimin memeluk makciknya, sedih.
Nasibnya baik, kali ini dia tak ditolak.
Makciknya menangis dibahunya, mungkin melepaskan segala hal sedih yang dipendam selama ini.

Setelah tak kedengaran bunyi jeritan, Yoongi mula menggeliat.

"Ahh... dah settle la tu."
Kata Yoongi.

"Mungkin."
Jin mengangguk-angguk.
Jin menoleh melihat kedalam kereta memandang Jungkook dan Taehyung.

"Oi! Patutlah macam orang bisu daritadi! Main game sampai tak ingat dunia!"
Tegur Jin.

"Shuttt.. sikit lagi sikit lagi."
Jungkook tumpukan perhatian pada gamenya.

"Main apa?"
Hoseok menjenguk.

"Kook! Kook! Kat belakang sana!"
Jerit Taehyung.

"Mana-mana?!"
Jari Jungkook tangkas meleret screen telefon.

"P.U.B.G. Pesatuan Untuk Budak Gila."
Kata Jin.

Hoseok dan Yoongi ketawa. Pandai-pandai ja Jin terjemah pubg.

Macam mana pun, mereka akan pastikan kegembiraan akan kembali menyerlah.

Jimin dan makciknya tersenyum.
Akhirnya dia berjaya.

Sekarang memang betul apa yang Taehyung ucapkan itu menjadi kenyataan seratus peratus.

"Semoga semua penderitaan berakhir."
Ujar Yoongi sambil tersenyum tenang.
Dia memandang langit yang cerah, hari akan berganti hari dan bahagia akan berganti bahagia.

    BERSAMBUNG

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now