Episode 25 [SIOT]

32 13 0
                                    

Mereka duduk ditebing memandang kearah laut. Dah lama mereka tak kesini.

"Taehyung hilang lagi?"
Jimin senyum.

"Atas sana."
Jungkook menunjukkan kearah atas.

Taehyung berdiri diatas tempat terjun yang tinggi.

"Oi! Taehyung! Buat apa tu??!"
Jerit Namjoon.

"Bungkus nasi lemak!"
Jawab Taehyung.

Mereka ketawa.
Tak lawak mana pun tapi kawan kan.. layankan ja laa...

Taehyung merenung kearah laut sana.

Dia teringatkan kata-kata abangnya.
Dia tak boleh ditemui oleh polis. Apa perlu dia buat?

Dengan yakinnya dia membuat keputusan untuk terjun kedalam laut.
Tanpa permisi dengan rakan-rakannya, dia akan pergi.

Selamat tinggal.

Taehyung terus melompat masuk kedalam laut.

Mereka terpegun.

"Uish.. dia lompat!"
Mereka melihatnya masuk kedalam air.

Jungkook rasa seriau. Entah apa la yang diniatkan Taehyung tu.
Dah kira sampai lima tapi dia tak muncul-muncul kat permukaan air lagi pun.

Tanpa berfikir panjang Jungkook terus melompat masuk kedalam air.

"OII!!!"
Mereka terkejut.
Dah kenapa?!

Taehyung memejamkan matanya. Dia ingin berkesudahan seperti ini. Biar dia sendirian.

Tiba-tiba seseorang menarik tangannya.
Taehyung ditarik sampai ke permukaan.

"SEJUK SIOT!!"
Jerit Jungkook.

Rakan-rakan lain ketawa. Sejuk-sejuk pun terjun. Apalah..

Mereka masih tak dapat cam apa yang dilakukan Taehyung. Hanya Jungkook yang faham.
Jungkook menoleh memandang Taehyung.

"Kalau kau nak mati, mati lepas aku."
Pesan Jungkook.
Jungkook tak gila sampai nak bunuh diri. Jadi dia yakin dia tak mati dalam masa terdekat kecuali kalau dah ketentuan.

Taehyung hanya diam.
Terkantoi sudah...

Mereka berdua naik keatas lalu Jungkook baring sambil mengeluh. Apalah nasib.
Jin membuka jaketnya lalu menyelimuti Jungkook.

"Bagus."
Jungkook mengangkat ibu jarinya tanda 'good'.

"Padan muka kau. Dah tau sejuk pergi terjun jugak."
Ujar Jin.

Jungkook memandang Jin. Dia ni tak faham-faham lagi Taehyung nak bunuh diri.
Jungkook terus menendang kaki Jin jatuh kedalam air.

"OII!!!"
Mereka terkejut.

Jungkook ketawa besar. Padan muka! Rasakan!

"Argh! SEJUK!!"
Jerit Jin.

Mereka ketawa berdekah. Seronok tengok muka Jin.

Taehyung perlahan-lahan mendekati Yoongi. Dia dah lama geram dengan mamat sorang tu.

"JJANGG!!!"
Taehyung menolak Yoongi jatuh kedalam air.

Jungkook yang terbaring terus bangun.
Mereka terkejut.
Dia tolak Yoongi?
Serius?
Namjoon cuba ketawa untuk tidak menegangkan keadaan, namun kedengaran hambar.

"SEJUK!!"
Yoongi memeluk Jin.

"AHH!! TEPI LA! AKU PUN SEJUK ! TEPI!"
Jin cuba untuk naik namun Yoongi menarik kakinya dan jatuh kedalam air semula.

Kali ini mereka baru boleh ketawa.
Ingat ka Yoongi nak marah, nasib baik dia pun enjoy.

Hari ini menjadi hari yang gembira. Tak sangka boleh secepat ini mereka berubah.
Mereka dapat capai kebahagiaan lagi  setelah berkali-kali kehilangan kebahagiaan itu.

Yoongi menarik kaki Jungkook untuk masuk kedalam air bersamanya.

"AGHH!!! TAK NAK!!"
Jerit Jungkook.

Namun kerjasama diantara Jin dan Yoongi tak dapat dilawan lagi. Akhirnya dia termasuk lagi kedalam air.

"AGHH! SEJUK SIOT! AGHH!! SIOT!"
Jerit Jungkook.

Penat mereka ketawa pecah perut. Nasib baik tak pecah lagi perut tu.

"Entah-entah ada ikan jerung."
Kata Jimin yang berfikiran jauh.

Tanpa berkata apa-apa Jungkook, Yoongi dan Jin lekas berebut naik.
Takut pula bila dengar ikan jerung.
Yoongi tolak Jin, Jin tolak Jungkook. Habis tu macam mana Jungkook nak naik?!

Gelagat mereka tak pernah berubah, sentiasa macam budak-budak.

*
*
*

Diwaktu malam, mereka menyalakan unggun api. Mereka tak terus balik tapi mereka bermalam disitu.

Mereka berborak dan bergurau senda lalu mereka duduk mengelilingi unggun api kerana cuaca semakin sejuk.

"Nyanyi sikit Jungkook!"
Pinta Yoongi.

Mereka mula bersorak meminta Jungkook menyanyi. Setahu mereka Jungkook mempunyai suara yang bagus.

Jungkook malu-malu. Dah lama perasaan malunya tak hadir, harini tiba-tiba hadir pulak.

Setelah menarik nafas, Jungkook mula menyanyikan lagu Paper Heart.

Nyanyiannya disambut dengan lambaian dan tepukan tangan. Sangat merdu dan sampai kehati.
Bukan kaleng kaleng ini budak.

Setelah bergurau senda apa semua.
Mereka tertidur dibuai mimpi.
Masing-masing tidur mengelilingi unggun api.
Hari yang indah berserta kenangan yang indah.
Mustahil dapat dilupakan

    BERSAMBUNG

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now