Episode 20 [DILEMA]

36 15 1
                                    

Setelah beberapa hari kematian IU, mereka saling berdiam dan tak seperti dulu lagi.
Mereka lepak bersama namun suasana semakin sepi.

Seperti biasa, mereka mengunjungi bangunan lama tempat lepak mereka.

Jungkook berdiri ditebing bangunan sambil tersenyum memandang langit.
Dia menoleh, ternampak IU disebelah sambil tersenyum memandangnya.

"Awak jangan pergi lagi tau. Kesian saya sedih kat sini."
Ujar Jungkook.

"Tak lah. Saya tak pergi mana-mana pun. Sentiasa ada kat sisi awak."
IU memeluk lengah Jungkook.

Jungkook tersenyum gembira.

"Awak tau tak haritu semua nangis sebab doktor cakap awak meninggal. Kelakar betul."
Jungkook ketawa.

"Ya?"
IU turut ketawa.

Taehyung dan Namjoon mendongak memandang Jungkook diatas sana.

"Kesian dia."
Keluh Taehyung.

Setial hari Jungkook cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang, macam ada IU kat sebelah dia.
Angau teruk budak tu....

Jin tak datang, dah lama dia hanya menyendiri. Entah apa boleh buat. Mereka tak lakukan laporan polis malah hanya memberitahu Ja Sun bahawa IU dilanggar lari dan tak tahu siapa yang melanggarnya.
Terpaksalah...

Jungkook masih tertawa sendirian. Dah macam orang gila.

Namjoon tunduk. Dia pun tak tau nak buat macam mana lagi.

Tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh dan pecah. Sepertinya seseorang sedang mengamuk.

"Yoongi."
Taehyung terus melangkah namun langkahnya dihalang Namjoon.

"Jangan masuk campur. Biar ja dia. Nanti kau yang kena teruk. Nanti dia reda la tu."
Ujar Namjoon.

Taehyung hanya akur. Waktu Yoongi baran ni jangan la ada yang berani masuk campur.

Jungkook terdengar bunyi itu.

"Saya nak tengok Yoongi kejap. Awak tunggu sini tau."
Pesan Jungkook.

IU mengangguk akur.

Jungkook terus pergi menuruni tangga.
Dia masuk kedalam sebuah bilik yang dijadikan tempat istirehat mereka diwaktu hujan.
Habis pecah gelas, botol arak dan sebagainya. Berselerak lantai dibuatnya.

"Yoongi!"
Jungkook memeluk Yoongi cuba menghentikannya.

"KAU PERGILAH!"
Yoongi menolak Jungkook.

"Sudah!"
Jungkook kembali menahan Yoongi.

Yoongi menghadiahkan penumbuknya pada wajah Jungkook sehinggalah Jungkook terduduk tersandar dikerusi.

"Sebabkan kau IU meninggal! Sebabkan Jin! Sebabkan semua orang! IU dah meninggal bod*h! Semua salah kau!"
Marah Yoongi lalu terus keluar darisitu.

Jungkook terdiam. Dia kaku disitu. Dia melihat bilik yang 100% bersepah itu.
Apa yang Yoongi cakap tadi?
Betul ka IU dah mati?
Betul? Eh, tadi dia cakap dengan IU?
Kenapa diorang selalu pandang dia kalau dia bercakap dengan IU?
Dia salah ka?

Jungkook masih terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Dia salah?
Ada apa ni?

*
*
*

Na Ra masuk kedalam bilik IU. Dah sepi bilik tu tanpa penghuni.

"IU, esok aku dah nak kahwin. Kau tak dapat hadiri majlis aku lah nampaknya."
Na Ra duduk diatas katil IU.

FLASHBACK (Sedutan dari ep.16 LASER)

"Hey! Ji Eun! Ji Eun!"
Panggil Na Ra namun IU mengabaikannya dan masuk kedalam bilik.

"Tak guna punya budak. Mak dia datang dia boleh tak layan. Haih... siapalah ajar dia macam tu. Tak reti balas budi. Aku dah mengandungkan dia 9 bulan 10 hari, beranak kat dia, jaga makan pakai dia bila dah besar jadi tak betul pulak ya."
Bebel Na Ra.

"Dah la.."
Tegur Ja Sun.

"Salah kamu jugak. Dia memang dari kecil tak sukakan kamu."
Beritahu Ja Sun tenang.

"Dia fikir saya suka dia?! Budak tak kenang budi! Siapalah yang nak beranakkan dia kalau bukan saya. Terima ja lah seadanya! Ni tak, nak sangat ikut perangai ayah dia! Nak mati jugak kut! Tak sabar nak minta orang galikan kubur untuk dia!"
Balas Na Ra dengan amarahnya.
Dia sengaja cakap dengan kuat agar IU mendegarinya.

   END FLASHBACK

Na Ra menyeka air matanya yang mengalir sambil senyum menenangkan dirinya.

"Haihh... Ji Eun. Kau mati betul-betul ek. Aku cuma cakap, tak suruh pun kau mati betul-betul. Haihh..."
Na Ra bangun dari katil lalu keluar dari bilik IU.

Jauh disudut hati seorang ibu, meski dia membenci anaknya tetap ada rasa kasih.
Walau macam mana pun jua, kasih takkan hilang.

*
*
*

Jimin termenung didalam bilik latihan. Dia tak ada semangat untuk menari lagi.
Apa yang diajari IU tak dapat dia lakukan lagi.
Dia kehilangan.
Sangat banyak kehilangan.

Dia membuat keputusan untuk tidak lagi menari.
Menari membuatkan dia sentiasa teringat-ingatkan IU.

Ji Woo masuk kedalam bilik latihan sambil tersenyum mendekati Jimin yang termenung jauh.

"Minggu depan dah mula sesi audition. Semoga berjaya."
Ucap Ji Woo.

Jimin memandang Ji Woo.

"Saya tak boleh lakukan."
Ujar Jimin.

"Huh? Kenapa?"
Ji Woo terkejut.
Sebelum ni Jimin yang semangat-semangat.

Jimin bangun dari duduknya dan menghadap Ji Woo.

"Saya tarik diri."
Beritahu Jimin lalu melangkah pergi meninggalkan Ji Woo.

Tarik diri?
Kenapa?
Ada apa?

*
*
*

Hoseok duduk dibiliknya dan memasang lagu dengan kuat sampai terdengar diluar rumah.

Tiba-tiba musicnya dimatikan membuatkan Hoseok menoleh.

"Dah kenapa ni bukak lagu kuat-kuat?! Dah pekak?"
Soal Ji Woo.

Hoseok kembali menoleh tanpa memperdulikan kakaknya.

Ji Woo menghembus keluhan. Dia duduk diatas meja Hoseok memandang adiknya.

"Korang ada masalah ka? Tadi Jimin tarik diri dari penyertaan. kakak pelik, korang ada masalah?"
Soal Ji Woo.

"Jangan ganggu saya."
Hoseok terus bangun dan keluar dari biliknya.

Ji Woo ditinggalkan lagi.

"Kenapalah budak-budak ni."
Keluh Ji Woo.
Dia menoleh.
Ada sebuah frame sederhana diatas meja.
Gambar Hoseok bersama seorang gadis dibilik tarian.

   FLASHBACK

"Cepatlah! Penat aku senyum lama-lama!"
Marah Hoseok.

"Okay okay. Hana.. dul..."
Jimin mengambil gambar Hoseok bersama IU setelah mereka selesai belatih.

Dia cemburu mereka terlalu dekat namun dia harus buang perasaan itu.

Hoseok dan IU senyum selebarnya.
CHEESE!!!

     END FLASHBACK

Namun semuanya telah berakhir. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah dibawah.

"Apa tu?"
Ji Woo terus keluar dari bilik Hoseok.

Apa lagi yang jadi?

    BERSAMBUNG

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now