Episode 27 [RASUAH]

31 15 0
                                    

4 BULAN BERLALU

Mereka dalam ketenangan tanpa gangguan. Masih lagi difasa tenang.

Setiap kali bosan, Namjoon mengajak Taehyung untuk pergi menconteng bersamanya.
Kalau ada guard datang, mereka berdua lekas berlari dengan gembiranya. Dah biasa dah main kejar-kejar ni.

Banyak platform mereka gunakan untuk menconteng.
Kalau tengok disana-sini ditempat awam penuh dengan hasil karya mereka berdua. Ada saja benda nak tulis dan lukis.

Disuatu malam, Namjoon dan Taehyung menconteng didinding berdekatan subway.

Tak ada orang disitu masa tu, jadi diorang hanya menconteng dengan tenang. Menconteng itu dan ini tanpa faedahnya. Kalau Jin tahu sah-sah dia dah membebel macam mak-mak.

Tiba-tiba tanpa perasan sebuah kereta polis datang tanpa siren berhenti dibelakang mereka.

Beberapa orang polis keluar dari kereta mula menyerbu.

Taehyung dan Namjoon mengangkat kedua-dua belah tangan.
Polis datang menangkap mereka dan menggari tangan mereka berdua.
Dah banyak laporan tentang dua orang lelaki yang serin menconteng disana sini.

Sambil ditolak tertiarap pada dinding untuk menggari tangannya, Taehyung tersenyum.
Dia ditangkap polis.
Polis.
Apa yang ditakutinya telah terjadi.
Apa boleh buat. Dah kena tangkap pun.
Dia ketawa kecil. Hal itu menggeletek perasaannya.

Namjoon memandang kearah Taehyung, dia senyum. Budak tu betul-betul gila.

Akhirnya mereka dibawa kebalai.
Apabila disuruh menghubungi waris, Namjoon menghubungi Hoseok untuk mewakili.

Dikeranakan nama Taehyung ada dalam maklumat kesalahan balai polis, dia dimasukkan kedalam sebuah bilik untuk disoal siasat oleh seorang pegawai polis.

Taehyung memandang polis dihadapannya. Akhirnya dia terpaksa melalui semua ini.
Perkara yang paling tak diingini ibunya.

"Kamu Kim Taehyung yang membunuh ayah kamu Kim Tan, pada tanggal 17 March jam 10:23 malam. Dipercaya kamu menggunakan alatan tajam untuk menusuknya."
Ujar polis tersebut.

"Entah."
Taehyung menjongketkan bahunya.

Polis itu menunjukkan dua keping gambar diatas meja.

"Ini gambar kesan tusukkan diperutnya.
Dilihat pada kesan tusuk ni kamu pasti menggunakan sesuatu benda tajam yang lebih kurang seperti botol arak."
Ujar polis itu lagi.

"Entah."
Taehyung menjongketkan bahunya.
Ya, betul la tu. Memang dia guna tu pun.

"Selepas melakukan pembunuhan kamu larikan diri dari rumah. Jadi, betul apa yang saya cakapkan?"
Soal polis itu.

"Entah."
Jawab Taehyung lagi.
Dia tak mahu gunakan sebarang jawapan selain 'entah'.

"Kamu memang tak membantu."
Keluh polis itu lalu mencapai sebotol soju nya dan diminum.

Melihat polis itu minum, Taehyung teringat pada ayahnya yang minum arak didepannya.
Kegeraman mula hadir kembali didalam dirinya, dia mencungkil meja kayu itu dengan kukunya dek terlalu geram dan cuba untuk menahannya.
Taehyung terus menoleh kearah lain. Dia tak dapat move on dari apa yang telah terjadi.

*
*
*

Taehyung termenung sendirian didalam penjara. Kata polis, dia akan dikurung untuk sementara disitu dan lepasni dia akan dibawa menghadap dimahkamah.
Lepas dari mahkamah pasti dia akan dihukum mati!

Taehyung hanya pasrah. Memang kesalahannya.

Tiba-tiba seorang pegawai polis datang membuka kunci pada pintu penjara Taehyung lalu memanggilnya keluar.

Taehyung hairan. Untuk apa dia keluar? Tak cukup 24 jam lagi.

Taehyung akur, dia bangun dan melangkah keluar.
Ehtah apa yang diperlu lakukan.

"Taehyung!"
Jungkook berlari kearah Taehyung lalu memeluknya erat.
Tebal rasa risau dihatinya memikirkan Taehyung.

Taehyung masih terpinga-pinga. Kenapa?

*
*
*

"Kau rasuah?!"
Taehyung terkejut.

"Habistu? Kau nak aku biar ja kau duduk dalam penjara tu lepastu mati macam tu ja? Ah.. jangab risau, bukan duit aku pun. Duit ayah aku. Chill chill sudah.."
Ujar Hoseok selamba menghirup jus orennya.

"Ahh..... aku bebas."
Taehyung bersandar pada kerusi dan melihat kearah langit dengan gembira.

Kesnya kini dibayar oleh Hoseok untuk ditutup dengan kebenaran dari Puan Kim dan Taemin.
Mereka akhirnya mengutarakan tentang sifat-sifat dayus Kim Tan pada pihak berkuasa lalu menceritakan hal sebenar-benarnya.
Dengan itu, kes Taehyung ditutup dan dia dapat bersenang-senang dengan kehidupannya.

*
*
*

Yoongi keluar dari rumah, hari ini dia ingin berjoging jadi dia hanya membawa telefon dan earphone.
Sambil melangkah keluar dari pintu pagar rumah Hoseok, sebuah kereta putih berhenti didepannya.

Seorang lelaki keluar dari kereta memandang kearah Yoongi.
Yoongi hanya diam. Tiada sebarang riaksi.

"Ayah tau kamu tak terkejut."
Min Yang menutup pintu kereta.

Puan Song keluar dari kereta juga dengan wajah serba salahnya.

"Yoongi."
Min Yang memegang tangan Yoongi.

"Ayah minta maaf. Ayah tahu ayah salah. Semua orang melakukan kesalahan dalam hidupnya dan semua orang pasti akan kesali kesalahan yang dah dibuat. Jadi ayah salah seorang daripadanya. Maafkan ayah."
Pinta Min Yang.

Yoongi tidak menjawab. Dia hanya tunduk.

"Ayah takkan bawa kamu kalau kamu tak nak. Ayah cuma nak bawa kemaafan dari kamu. Ayah tau ayah silap, ayah tak patut bawa Woozi dengan ayah. Ayah silap."
Min Yang mula teresak-esak teringatkan Woozi. Dia juga mengesali kematian Woozi yang dikeranakan dibuli disekolah barunya.

Puan Song datang mengusap lengan Yoongi.

"Ibu, bukan ibu kandung kamu. Tapi ibu adalah seorang ibu. Ibu adalah orang yang melahirkan Woozi, jadi ibu faham perasaan kamu bila kehilangan dia sebab ibu pun rasa. Ibu mengandungkan dia, ibu melahirkan dia, ibu membesarkan dia, jadi ibu lebih rasa peritnya kehilangan dia. Kamu, walaupun ibu tak mengandungkan kamu, ibu sangat sayangkan kamu dan berusaha minta restu kamu terima ibu seadanya."
Ujar Puan Song.

"Tengok, sekeras mana kamu tolak, kami akan tetal minta maaf pada kamu, sebab kami sayangkan kamu. Cuba kamu yang tak nampak betapa berusahanya kami cuba cari cara nak pujuk kamu."
Sambung Puan Song.

"Yoongi, akhirilah dengan kebaikan. Untuk diri kamu sendiri jugak. Maafkan ayah dan kita gembira bersama macam sebuah keluarga. Boleh?"
Soal Min Yang.

Setelah berfikir masak-masak, Yoongi tahu bahawa dia tak ada masalah lain selain ibu dan ayahnya.
Dan masalah itu yang buatkan dia rasa tertekan. Kalau dia masih tidak memaafkan mereka dan berdendam pada mereka, dia sendiri akan depression berterusan.

Perlahan Yoongi mengangguk membuatkan Min Yang terus memeluknya penuh rasa syukur.

"Terima kasih.."
Ucap Min Yang terharu.

Puan Song juga memeluk penuh kegembiraan. Tak sangka hati Yoongi terbuka untuk memaafkan mereka dan menerima mereka dalam hidupnya.

Yoongi tersenyum, hari ini sangat indah.

Akhirnya dia pergi berjoging bersama ayahnya, ibunya tinggal dirumah Hoseok memasak bersama Jin yang juga pro memasak.

Akhirnya Yoongi tenang, keluar dari masalahnya. Permintaan Taehyung diwaktu ulang tahunnya betul-betul menjadi.

'Semoga semua penderitaan berakhir.'

   BERSAMBUNG

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now