Prolog

611 43 16
                                    

Beberapa tahun yang lepas

Kun sedang berjalan sambil menatap bukunya. Sesekali dia menolak cermin matanya yang hampir terjatuh dari batang hidungnya.

Johnny menyuruhnya untuk tunggu di tepi padang hoki. Jadi, sekarang ni Kun sedang menuju padang hoki.

Kelihatan sekumpulan pelajar sedang main hoki di padang hoki. Kun tidak menghiraukan mereka lalu duduk di barisan bangku penyokong.

Suasana yang bising sama sekali tidak menganggu dia membaca buku. Maklumlah dia seorang yang ulat buku, kemana sahaja dia pergi, buku wajib dia bawa.

Tanpa dia sedar, satu bola hoki terbang ke arahnya dan kena dahinya. Keadaan terus kecoh sebaik sahaja bola hoki itu kena dahi Kun.

Buku yang dipegang oleh Kun terlepas dari tangan. Tangannya menggosok dahinya yang kena bola hoki.

Rasanya sakit.

"Wei, kau okay ke? "Tanya seorang lelaki, badannya jauh lebih kecil dari Kun. Kun menatapnya dengan tatapan tajam dan semestinya lelaki itu takut dengan Kun.

"Siapa punya kerja ni?!? "Marah Kun, lelaki itu terdiam. Semua teammate ny terdiam kecuali seorang lelaki yang tinggi dan berambut blonde.

Dia mengangkat tangan dan mendekati Kun. "Aku yang buat, jadi kau kenapa? "Tanyanya.

Tatapan mata mereka bertemu, Kun rasa tercabar dengan lelaki itu. Lelaki itu memandangnya selamba. "Tak nampak ke orang tengah baca buku kat sini. Sakit tau tak! "

Kun mengusap dahinya lagi. Lelaki itu membuat muka kasihan. "La.. Kesian.. Dah sini bukan tempat untuk kau baca buku, kenapa pula kau baca buku kat sini. "Ujar lelaki itu.

Kun mengigit bawah bibirnya tanda dia geram, matanya sempat melirik pada kemeja lelaki itu.

Dong Sicheng

"Takkan aku tak boleh baca buku kat sini?! Dan sepatutnya kau yang minta maaf sebab bola kau kena dahi aku! "Marah Kun lagi, lelaki yang bernama Sicheng hanya tertawa kecil.

"Aku minta maaf? "Kun mengangguk kepala, Sicheng mendekatkan wajahnya dengan wajah Kun dan itu membuatkan Kun terkejut. Teammate Sicheng turut terkejut dengan kelakuan Sicheng.

"K-kau buat apa? "Tanya Kun, Sicheng menjentik dahi Kun dan menjauhkan wajahnya dari Kun. "Buang masa aku nak minta maaf dengan kau, nak baca buku tu carilah tempat bagus. "Ujar Sicheng dan melangkah pergi.

Kun masih tidak puas hati, dia menyumpah serana Sicheng. Sedang dia syok menyumpah Sicheng, akhirnya Johnny pun sampai.

"Kau pergi mana tadi galah?! Lama aku tunggu kau. "Marah Kun dan melipatkan tangannya. Dia terus memandang ke arah lain dengan bibirnya dimanyunkan. Johnny tertawa kecil, kawan baik dia tu memang macam tu.

"Maaflah, aku tolong sir angkat barang tadi. "

"Yela. "Johnny perasan yang dahi Kun memerah, jadi dia pun bertanya. "Kenapa dahi kau merah? Kau buat apa kat sini tadi sampai dahi kau merah ni? "Tanya Johnny, masa tu mereka berjalan kaki balik ke rumah.

"Tu ar, budak main hoki tu pukul bola sampai kena dahi aku. Dahlah tak minta maaf, dia main blah je. "Ujar Kun, Johnny hanya mengangguk kepala. Dia hanya mendengar bebelan Kun tentang Sicheng dan berniat tidak mahu ambil tahu pasal siapa Sicheng.

To be continue..

Rawr. Hahahahah

Hockey Love (WinKun)Where stories live. Discover now