2

119 1 0
                                    

Lamborghini Urus yang berwarna silver grey itu memecut laju di atas jalan raya. Radio yang membingitkan telinga Nael ditutupnya, apa benda lah Rizq ni. Dari rumah dah sampai ke destinasi lagu yang sama iaitu lagu Didi and Friends. Faiq dan Aisy pula terkumat kamit turut melayan lagu yang indah itu.

"Wey! Lepasni lagu bingo lah! Asal kau tutup!" marah Rizq. Pantang betul lagunya ditutup. B-I-N-G-O! Meow!

"Lagu kau ni semak lah, telinga aku ni sakit lah tau tak!" jelas Nael selamba. Tangannya masih berada di stereng.

"Tak fun lah kau nyet! Dah lah, kereta kau ni tak ada apa- apa. Kalau kereta aku dah bersepah dengan gula-gula" Aisy turut menyampuk. Nak kenal barang mereka semua cukup mudah dan tak pernah sekalipun mereka tertukar barang sebab masing-masing ada warna tersendiri.

Contohnya, Raid ialah hitam. Nael, Silver atau grey. Aisy, putih dan Faiq pula biru gelap. Manakala selain 4 warna tu semua yang Rizq. Mamat tu memang tak tetap pendirian kejap nak kuning lepastu merah lepastu hijau. Dasar Rizq tak ada matlamat hidup!

Segala barang, kereta dan semuanya kecuali pakaian semua ikut kod warna masing-masing. Kalau nak cakap tertukar kereta tu tak mungkin kerana nombor plate semuanya nama masing-masing kecualilah ada yang cuba nak sabotaj dan pelakunya ialah Rizq, the troublemaker.

"Ergh, trauma pulak aku bila teringat lipas terbang dalam mustang kau haritu. Wuish , sekarang ni pun bulu roma aku ni masih meremang. Pengotor!" sembur Faiq.

"Suka mak nenek kau je nak cakap aku macamtu. Kau tu elok sangat?" balas Aisy. Faiq membuat muka.

"Lama lagi ke? Spoil lah lagu didi aku kena potong" bebel Rizq. Nak pakar earpod pun semalam dia goreng habis berkecai tak sempat nak beli baru.

"We're here" ucap Raid yang dari tadi senyap sunyi duduk di sebelah Nael. Mata mereka terus melihat ke arah rumah agam di hadapan mereka. Tak ada lah sampai mata mereka terlopong lihat rumah baik istana itu. Masing-masing dah biasa dah pun tengok semua ni.

Jejaka berlima itu terus turun dan melangkah masuk ke rumah itu. Hari ini walaupun cuti mereka tetap bekerja dari rumah. Kalau nak sembang kerja memang tak akan pernah habis tapi diluangkan juga masa untuk datang ke majlis ini. Rizq hanya memerhati sekeliling dari belakang, dia melihat ke arah muka Aisy yang dah merah menyala kerana panas. Heh, dasar pondan manja!

"Panas nyet" ucap Aisy sambil mengipas mukanya kalah diva. Baru jalan sikit dah macam tu, tapi tak ada yang bahaya pun. Dari kecil lagi dia memang macamtu.

"Ni majlis tahlil, sebabtu kau panas. Semua orang tengah mengaji kau kan syaitan sebabtu kau panas. Orang lain ok je tak de macam kau" sampuk Faiq. Rizq tertawa puas.

"Cet...tan" ajuk Rizq dengan senyuman lebar di bibir.

"Kau—"

"Assalamualaikum ,Tengku" ucap Raid lalu dia bersalaman dengan seorang lelaki linkungan 70 tahun tertawa dan berpeluk dengan Raid. Senyuman mahalnya tergaris di bibir nipisnya yang merah jambu itu.

"Waalaikumusalam Sir Raid" jawabnya.

" Tengku, jangan lah ber'Sir' dengan Raid. Kekoklah" ucap Raid masih dengan senyuman.

"Kamu pun tak payah nak ber' Tengku' dengan Tok Papa. Kamu semua ni cucu Tok Papa tau tak? Nael, Faiq, Aisy ni Rizq apa khabar? Handsome dah semua sekarang" puji Tengku Adam.

"Tahap handsome Rizq ni konsisten Tok Papa. Faiq dengan Aisy yang on off. Nael fikir dia rambut panjang macam tu handsome sangat lah tu. Jangan puji melebih takut Faiq tak mandi sebulan, perit" ucap Rizq dengan tawa.

"Macam-macam lah Rizq, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Ni tak payah gaduh kat luar, gaduh kat dalam" ucap Tengku Adam. Mereka mengangguk dan memasuki rumah itu. Segenap ruang tamu sudah dipenuhi dengan lelaki yang berpakaian putih dan beberapa orang lelaki yang berkopiah.

"Mia, sini kejap" panggil Tengku Adam. Seorang gadis yang berambut paras bahu itu terus menuju ke arahnya. Dia terus membetulkan selendang di lehernya.

"Kenapa Opa?"tanya Mia. Matanya melihat ke arah 5 orang jejaka di hadapannya. Semuanya cukup kacak dan dia terus kembali melihat ke arah Tengku Adam.

"Panggilkan Lia, Tok Papa nak kenalkan kamu berdua dengan mereka" ucap Tengku Adam. Mia mengangguk dan dia terus naik ke tingkat atas. 5 minit kemudian dia turun bersama seorang gadis yang memakai jubah berwarna baby blue. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas begitu sahaja. Selendang masih terletak di kepalanya.

"Opa saja je kan nak suruh Lia turun? Lia dah cakap kan tak nak. Lia tak berminat kenal dengan tetamu Opa atau sesiapa pun. Banyak cakap kang ada orang cakap biadap lah pulak!" bebel Aulia sambil berpeluk tubuh. Mata gadis itu hanya memandang ke arah Tengku Adam.

"Banyaknya mulut, maaf ye. Anyway, ni Tok Papa nak kenalkan Lia dengan cucu sahabat Tok Papa masa kat London dulu. Hah, ni cucu-cucu perempuan Tok Papa" ucap Tengku Adam.

"Ni Aisy, Faiq, Nael, Rizq and Raid" tambahnya lagi. Mereka berlima hanya mengangguk dan tersenyum segaris kecuali Raid. Mia membalas dengan senyuman ramah.

"Mia Arisa" ucap Mia. Mereka mengangguk. Aulia pula mengeluh apabila Tengku Adam melihat ke arahnya. Dia je belum kenalkan diri. Semuanya dah.

"Lashira Aulia. Please make yourself comfortable , gentlemen. Enjoy" ucapnya senada dan dia terus kembali mendaki tangga dan berlalu pergi. Tengku Adam mengeluh dari kecil lagi macam tu nak buat macam mana.

"Kalau Zafrel anak Tengku Amir. Arisa dengan Aulia tadi anak siapa?" tanya Rizq. Mia terus melihat ke arahnya, lah dia panggil Arisa? Tak pernah lagi orang panggil Arisa.

"Rizq" tegur Raid. Tengku Adam hanya tertawa.

"Tok Papa kan ada 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Aulia anak kepada Arif, anak sulung Tok Papa Zafrel pula anak Amir, anak kedua dan Mia pula Auni. Anak bongsu Tok Papa. Lia umur 25 tahun, Mia sama umur dengan Rizq, Zaf pula sebaya dengan Raid dan Nael. Aisy dengan Faiq kelompok Lia" ucap Tengku  Adam.

"Opa, Mia naik nak tengok Lia. Nanti majlis start Mia bawa Lia turun eh" ucap Mia. Tengku Adam mengangguk dia terus menjemput jejaka berlima itu ke ruang tamu dan menunggu majlis kesyukuran itu diadakan. Raid hanya diam dan beriak selamba apabila dia melihat Zafrel dan Tengku Amir mendekatinya.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now