36

59 1 0
                                    

Aulia melemparkan tubuhnya di sofa di dalam bilik Raid. Selepas breakfast, mereka semua pulang ke rumah dan mata Aulia membuntang melihat rumah 5 orang jejaka itu. Dari luar hingga ke dalam semuanya moden, dia langsung tak menyangka ada juga rumah sebegini dah lah di bandar dan paling best tak ada jiran tetangga. Kata Raid, mereka bukan tak nak hidup berjiran tapi kalau dah balik rumah tu nak privasi.

Lagi pula , mereka berlima sejenis kurang ramah , kalau hidup berjiran nanti difitnah pula kerana tak bertegur sapa. Aulia pula hanya ikutkan saja, dia tak kisah walau sikit pun. Dia perasan perangai Raid yang tak suka dengan tempat ramai itu sama dengannya. Kalau ikutkan dengan kerjaya mereka berdua, mereka akan jumpa dengan banyak orang tapi mereka tetap rimas kalau berada di tempat yang penuh dengan orang.

We're the center of attention but hate attention.

Macam mana tu?

"Lia ! Lia ! Lia ! Cepat jerit mommy kuat-kuat" Aulia pula mengulingkan bola matanya. Bukannya dia tak dengar Raid memanggilnya. Suaminya itu sedang mendukung Nia di hadapan pintu. Aulia duduk tak sampai 1 minit Raid dah memanggilnya, sebentar tadi mereka sibuk tawaf rumah agam milik Raid. Rumah itu mewah dan cukup moden.

"Mommy" ucap Nia dengan nada comel, Aulia yang nak marah terus tak jadi. Aulia melebarkan tangannya ke arah Nia. Raid terus menghampiri Aulia lalu dia terus menindih tubuh isterinya. Dahi dan pipi Aulia digomol dan dicium tanpa henti.

"Ya Allah! Raid! Raid! Raid! Hahahha, geli lah! Berat lah! Raid!" terjerit-jerit Aulia. Raid tertawa dan dia terus bangun dari tubuh Aulia. Aulia masih terbaring. Lepas bapak dia anak dia pula mengomolnya. Raid tertawa kuat. Bukan dia sahaja yang geram pada Aulia, Nia pun sama je.

"Pengsan mommy macam ni , daddy macam tu Nia pun macam tu. Pengsan mommy" ucap Aulia sambil terbaring di katil bersaiz king milik Raid. Tilam pun bau Raid, hm wangi gila bau laki aku!

"Mommy buat drama lah Nia" ucap Raid lalu dia terus baring di sebelah Aulia. Nia pula diletakkan di atas perut. Aulia pula merapatkan kepalanya pada lengan Raid. Raid tersenyum lalu dia terus menjadikan lengannya bantal untuk Aulia. Aulia menyelesakan posisinya.

"Mommy, minggu depan birthday Nia tau! Daddy ingat tak? Semalam papa lupa birthday Nia" ucap Nia.

"Ingat lah, Papa kan dah tua. Daddy muda lagi sebabtu daddy tak lupa. Nia nak apa, tahun ni daddy rasa macam nak bagi kawan lah dekat Nia" ucap Raid.

Pakkk!!

Aulia menepuk lembut dada Raid, bukan dia tak faham apa yang Raid maksudkan itu. Kalau sebelum kahwin dia yang suka sangat menyakat Raid, sekarang terbalik lah pulak.

"Kawan? Mommy okay? Mommy panas ke? Muka Uncle Aisy selalu je merah macam tu sebab dia tak tahan panas" ucap Nia. Aulia tersenyum kekok, segan woi!

"Mommy okay, panas sikit. Nia nak apa untuk birthday ni? Cakap je nanti mommy kasi" ucap Aulia menukar topik. Raid hanya tersenyum senget. Aircond sampai 2 biji tapi dia boleh cakap panas? Propa je!

"Entah, nanti Nia fikir dulu. Nia nak turun, Nia nak pergi main dengan Uncle Aisy. Tadi dia janji nak main masak- masak dengan Nia" ucap Nia pula. Raid mengangguk dia terus mengucup pipi Aulia dan Raid lalu dia terus berlalu pergi. Pintu ditutup kemas, Raid pula terus memeluk Aulia dan dagunya direhatkan di atas kepala Aulia.

Mengantuk. Semalam tak boleh tidur sebab dia risaukan Aulia. Kalau tak silap dia hanya tidur dalam sejam. Mata dipejam rapat ,Aulia pula menepuk lembut belakang tubuh Raid. Dia tahu suaminya itu penat, biar lah dia tidur buat sementara. Sudah lah dipaksa kahwin, dipukul , dianiya nama pun kotor, kasihan Raid kerana terkena tempias.

"Raid, I nak jumpa Mia kejap lagi" ucapnya lembut dia mahu menyelesaikan masalah ini. Raid tak salah dan dia tak seharusnya dihukum sebegini. Aulia berkerut apabila Raid hanya diam . Kepalanya didongak dan dia melihat Raid sudah tertidur. Penat sangat ni.

"Haih, u ni kan tidur pulak? Tak pe lah, tidur okay, u rehat ye . I nak keluar ni, tapi—-Mama dengan Abi cakap tak boleh keluar kalau u tak izin. Tak pelah, nanti u bangun I minta izin okay? Rest well, hubby" ucap Aulia lalu dia mengucup pipi Raid. Tangannya melepaskan pelukan Raid. Rambut Raid diusap lembut dan dia terus membuka stokin di kaki Raid dan dia terus berlalu pergi.

Aulia melangkah naik ke rooftop. Matanya melihat ke arah kolam renang yang besar itu. Matanya terus beralih pada Nael yang bermain golf di rumput tiruan itu.

Kepalanya digelengkan apabila melihat kawasan yang luas itu. Dekat rumah pun ada lapangan helikopter mendarat? Tapi sejujurnya Aulia tak hairan 5 orang jejaka itu memang banyak duit. Sekeluarga jutawan.

"Nael" sapanya dengan senyuman. Nael membalas dengan senyuman , matanya melilau sekeliling . Raid kemana?

"Raid dah pengsan dalam bilik" ucap Aulia dah boleh agak apa yang Nael cari.

"I nak tanya Nia lah, dia tu asyik nak melekat je dengan u" seloroh Nael. Aulia tertawa, terus duduk di atas rumput, dah jadi tabiatnya bukan tak nak duduk atas kerusi tapi dah jadi habit duduk dekat bawah.

"Dengan Aisy, tengah main" jawab Aulia sambil bermain dengan bola golf milik Nael. Nael terus duduk di hadapan Aulia. Matanya melihat ke arah gadis itu.

"U cintakan Raid tapi kenapa I nampak macam u takut. Takut dekat apa?" serang Nael. Aulia tertawa sendiri.

"U baca I ke apa?" tanya Aulia pula.

"Lebih kurang? I banyak pengalaman dalam bidang psikologi ni. Kenapa Lia? U takut apa?" tanya Nael lagi. Tiba-tiba je soalan maut itu diajukan kepadanya.

"Kehilangan, I takut kehilangan Raid. Mula-mula I hilang Baba I, cinta pertama I, kedua I hilang Ibu I, syurga I lepastu I hilang Zafrel, abang sepupu yang prihatin dekat I dan sekarang I hilang Tok Papa. Semuanya I sayang dan I hilang diorang. I takut I hilang korang, I takut I hilang Raid tipu lah kalau I tak suka dekat Raid, walaupun dia paling annoying tapi dia buat I jatuh cinta ,Nael. Awalnya I dah was-was tapi lepas je kejadian dekat hutan tu , I yakin dengan hati I tapi I  serba salah sebab dia kena fitnah" jujur Aulia, selesa bercerita dengan Nael.

" Kehilangan? I akui yang kehilangan bukanlah hal yang menyenangkan. Tapi, kita diharuskan untuk belajar merelakan tanpa terus menyalahkan keadaan. Saat kita kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita mungkin kita akan marah and kecewa. But remember this Lia, akan ada saatnya Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik."

"Ikhlaskan Lia. Life must go on, u tak akan hilang siapa-siapa lagi. Raid tak akan tinggalkan u. Mungkin esok atau lusa dia akan buat silap tapi tu semua benda biasa, manusia tak lepas dari buat dosa dan diuji. I harap korang berdua kuat untuk satu sama lain" ucap Nael dengan senyuman, Aulia tersenyum dan mengangguk. Dia bersyukur Nael dan yang lainnya menerima dia dengan lapang dada.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now