6

64 1 0
                                    

"Ahhhhhhhh!!!"

Mata Aulia membulat apabila tiba-tiba sebuah ferari merah memotong laluannya dan tiba-tiba berhenti di hadapannya. Nasib baik dia sempat menekan pedal brake kalau tak dah satu masalah kat sini. Dah lah , waktu pagi macam ni orang berpusu-pusu nak pergi kerja. Dia pun nak pergi butik tapi sebelum itu dia ingin menghantar kereta yang dipinjamnya.

"U dah gila ke?! Kalau I tak brake tadi macam mana?!" marah Aulia apabila Raid membuka pintu. Jejaka itu hanya mengeluh dan matanya melihat ke arah Aulia yang lengkap dengan blazer dan skirt pendek berwarna khaki itu. Di dalamnya dia hanya memakai singlet satin berwarna putih. Rambutnya diikat, makeup nya tak ada lah tebal.

"Move" ucap Raid senada.

"Kenapa pulak? U nak marah sebab I pinjam kereta kawan u? I nak pergi hantar lah balik dekat Raid. U ni tak payah lah nak over sangat. Ingat I sengaja ke? I ada sebab" ucap Aulia. Raid berkerut, dia ni lupa ingatan ke macam mana?

"Jangan banyak cakap boleh tak? Aku rushing ni" ucap Raid. Belum sempat Aulia menjawab Raid dah menolak Aulia ke seat penumpang. Pintu ditutup setelah dia masuk ke dalam perut kereta Nael. Pedal minyak ditekan dan dia memecut laju, Ferari merah yang dipandu Rizq sudah pun pergi.

"U nak buat apa ni?! U nak buat apa dengan kereta Raid ni? Kalau Raid tahu, dia mesti marah dekat u" ucap Aulia berpeluk tubuh. Raid hanya diam membisu, Raid kat depan mata kau lah!

"Memangnya apa je Raid tu boleh buat, bukannya dia buat apa-apa. Seatbelt" ucap Raid senada.

"Hmm—marah u? Alang-alang u dah ada kat sini, I ni sebenarnya nak balikkan kereta ni. Put a good words for me dekat Raid eh. I bukan apa , Opa I tu lah sibuk suruh I mintak maaf dekat Raid. Buat apa I nak mintak maaf— I mean patutnya I mintak maaf lah sebab I salah tapi itulah I tak sengaja. Semalam kacau sangat" bebel Aulia.

"Aku cakap pakai seatbelt bukan membebel. Kau yang cari pasal kau lah bertanggungjawab. Kalau kita salah kita kena mintak maaf" ucap Raid , banyak pula modalnya harini.

"Hmm, betul but macam mana kalau bukan salah kita perlu ke kita minta maaf?" tanya Aulia ,masih tak pakai seatbelt.

"Memangnya luak ke harta ataupun tenaga kau kalau minta maaf walaupun kau tak salah?" pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Aulia tersenyum senget.

"Mr—lupa dah nama apa. U dengar eh, tak semua orang ada hati yang baik. Boleh jadi maaf kita tu dianggap kita mengalah dan I bukan sejenis perempuan yang telan je apa yang orang cakap dekat I. I tak akan biarkan siapapun pijak maruah I. Berani kerana benar, takut kerana salah" ulasnya.

"Aulia, minta maaf bukan bermaksud kau salah dan orang lain betul. Tapi dengan cara tu menandakan bahawa hati kita lebih tinggi dari ego kita. Akan ada kebaikan setelah ada kata maaf dan selalu ada kebahagian untuk sesuatu yang di maafkan" ucap Raid lembut namun berbaur tegas.

Aulia terkedu, dia terkejut dengan tindakan Raid yang terus menarik seatbelt dan dipakaikan seatbelt itu untuknya.Mata kelabunya bertentang dengan anak mata coklat Raid. Dia terus tidak bernafas. Raid hanya melihatnya dan terus memandu. Leia menyentuh lehernya menahan segan.

Seketika kemudian mereka tiba di syarikat The Harier's Group. Raid terus keluar dari kereta dengan tergesa-gesa dia terus menuju ke seat belakang. Fail berwarna hitam dan border berwarna emas di ambilnya.

"Eh! I nak jumpa Raid!" halang Aulia apabila Raid ingin masuk ke lobi. Raid mengeluh dan dia terus melihat ke arah jamnya, dia masih ada 2 minit tersisa.

"Ikut aku, cepat jangan jalan macam itik aku tinggal" ucap Raid lalu dia terus menuju ke lif. Aulia pula terkocoh-kocoh mengikut Raid. Sesampainya di tingkat 30 mereka terus spontan berhenti.

" Mr Umar dah sampai?" tanya Raid pada seorang wanita di meja.

"Dia dah on the way naik. Sir tak terserempak ke dengan dia?" soalan dibalas soalan hesh!

"Layan dia, ikutkan je semuanya. Saya nak masuk meeting" ucap Raid. Wanita itu mengangguk dan dia terus melihat ke arah Aulia yang bercekak pingang,penat lari ke sana sini dah lah company ni besar.

"Maaf Cik, Cik ada apa ye? Nak saya tolong?" tanya wanita itu.

"I nak jumpa Raid" ucap Aulia. Wanita itu berkerut , dah tadi dah jumpa Raid nak jumpa lagi? Dah kenapa?

"Emm—okay. Cik boleh tunggu dekat bilik Sir Raid" ucap wanita itu lalu mereka terus menuju ke bilik Raid. Mata Leia terus menangkap ke arah sebuah frame kecil di meja kerja Raid yang jatuh. Dia terus membetulkan frame itu.

"Aik—ni siapa? I bukan nak jumpa dia. I nak jumpa Raid" ucap Aulia apabila dia melihat gambar Raid.

"Hah? Tu lah Sir Raid, lelaki yang ada dengan Cik tadi tu Sir Raid lah. Ni bilik dia" ucap wanita itu.

"What?! Tak! I nak jumpa yang ni" ucap Aulia dia masih ingat muka Nael. Jarinya menunjuk ke arah muka Nael di frame satu lagi. Wanita itu mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aulia terkebil-kebil.

"Ni bukan Sir Raid—ni Sir Nael. Sir Nael, Sir Faiq, Sir Aisy, Sir Rizq dan Sir Raid" jelasnya sambil menunjuk ke arah gambar jejaka berlima seiring dengan nama mereka.

"What?!" ucap Aulia separuh menjerit, mulutnya dah ditutup dengan tangannya. Dah lepastu apa masalah Raid tak mengaku dia tu Raid? Macam mana dia boleh bertukar ni? Itulah , bila Tengku Adam kenalkan mereka Aulia tak kasi perhatian pun , kan dah tertukar!

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now