9

63 2 0
                                    

Raid melangkah ke arah meja makan bersama Tengku Adam. Di meja itu hanya ada Zafrel, Puan Maria, Yasmin dan matanya melirik ke arah Nia yang duduk di sebelah Aulia. Tengku Adam sudah mengambil tempatnya. Puan Maria membuatkan Raid memberhentikan langkahnya apabila dia hendak menuju ke arah Aulia atau lebih tepat ialah Nia.

"Raid ,duduk lah sebelah Min. Kosong jugak ni" ucap Puan Maria. Yasmin menunduk segan, Raid hanya beriak tenang tak tahu nak cakap apa. Apa motifnya nak duduk sebelah Yasmin. Set meja makan itu ada 12 kerusi dan kenapa perlu di sebelah Yasmin? Jangan dia nak dikenenkan dengan si pemalu itu sudahlah.

"Daddy, vieni qui e siediti accanto a me" ucap Nia petah. Aulia berkerut, pandainya Nia berbicara dalam bahasa Itali. Aulia boleh je faham tapi tak berapa boleh nak membalas, dia juga sering ke Itali nak cari ilham.

" Saya duduk dengan Nia" ucap Raid lalu dia duduk di sebelah Nia. Raid dan Aulia mengepit Nia. Aulia pula melihat ke arah muka tak puas hati Puan Maria dan wajah kecewa Yasmin. Keningnya terangkat, dah pahal ikan paus ni hah? Sentap je kerja.

"Duduklah mana-mana. Tak ada beza pun. Tadah tangan kita baca doa dulu" ucap Tengku Adam lalu dia terus membaca doa makan. Mereka mula menjamu selera.

" Eh tak apa lah, boleh  je sendiri" ucap Tengku Adam apabila Yasmin ingin mencedokkan nasi kepadanya. Namun , Yasmin tetap menolongnya dan hanya tersenyum lalu senduk dialihkan pada Raid.

"Cukup-cukup" ucap Raid selepas sesenduk nasi masuk ke dalam pingannya.

"Takut lagi dengan nasi?" seloroh Zafrel. Raid hanya mengelengkan kepalanya. Dia memang jarang makan nasi boleh kata semua keluarganya begitu.

" Lia? Awak nak banyak mana? Sama macam Sir Raid?" tanya Yasmin lembut.

" Tak perlu, I tak makan nasi takut gemuk macam ikan paus pulak. Sini lah, bubuhkan untuk Nia" ucap Aulia tenang. Yasmin hanya tersenyum nipis dan mengangguk.

"Menyindir ke?" ucap Puan Maria.

"Terasa ke?" jawabnya selamba.

"Hmmm, banyak lauk harini tapi biasanya makan sorang- sorang tapi sekarang ramai seronok pulak" ucap Tengku Adam setelah berdeham. Yasmin kembali ke tempatnya di sebelah Puan Maria. Puan Maria meneguk air di gelas, terasa dengan Aulia dan Tengku Adam.

"Kalau Raid cakap nak datang dah lama Cik Maria masak macam- macam. Tak pasal-pasal makan masakan bibik je lah. Harini sempat masak satu lauk je. Yasmin, hidangkan ayam masak sambal yang Mak Long buat" ucap Puan Maria. Segala jenis lauk di atas meja dimasak oleh tukang masaknya namun dia menyempatkan diri membuat ayam masak sambal untuk Raid.

"Tak pe lah Yasmin, Cik Maria ni  dah lah suruh Yasmin buat itu ini. Maid rumah ni berlambak kan? Kesian Yasmin nak makan pun tak tenang. Ayam masak sambal ek? Tak payah lah , Raid tak makan pedas nanti sakit perut" ucap Aulia selamba. Raid berkerut , sejak bila dia macamtu?

Wajah tenang yang dibuat-buat Puan Maria membuatkan Aulia senang. Lepas ni dia nak target siapa pula? Heh! Kalau Aulia ada tak pernah rancangannya berjaya. Aulia lebih pantas darinya. Mereka menjamu selera tanpa banyak bunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan sahaja memenuhi ruangan itu.

"Daddy, tangan Nia macam mana?" Tanya Nia sambil dia menunjuk ke arah tangan kananya yang ditampal dengan plaster. Tangan si kecil itu terluka terkena kertas sewaktu membuka buku-buku baru yang dibeli Nael.

"Sini, daddy suapkan" pelawa Raid yang belum menyuapkan makanan ke dalam mulutnya itu. Aulia pula terus menarik lemgan Raid lalu dibisikkan sesuatu ke telinga jejaka itu. Disebabkan Nia dekat dia juga turut mendengar apa yang disampaikan gadis itu.

"Bisik-bisik apa huh?" tegur Tengku Adam.

"Mintak izin daddy Nia nak suapkan dia makan" ucap Aulia dengan senyuman. Raid pula hanya diam membisu tanpa sebarang ekspresi di wajah kacaknya.

"Perlu ke bisik? Mengada" ucap Zafrel.

"Perlu lah ! I takut u jealous. Selalunya I yang buat kat u macam ni. Makan , baby girl" ucap Aulia tenang. Zafrel hanya diam dan meneguk air dengan keluhan. Kenapa nak throwback? Kita tak hidup dalam masa lalu!

Puan Maria menjeling ke arah Aulia dan Nia. Siap bersuap- suap bagai dah lah pakai tangan. Kalau Nia sukakan Aulia macam mana? Hancur harapannya nak jadikan Raid suami Yasmin. Dia cukup berkenan dengan jejaka itu, walaupun tak banyak cakap tapi hartanya tak boleh dikira. Jutawan muda tu! Rupa pun ada , nasiblah dia tak ada anak gadis.

"Nia dah 5 tahun kan, dia tak ada mintak mama ke?" usik Tengku Adam. Raid hanya mengeleng dan tersenyum nipis lalu dilihat Nia yang sedang makan sambil bercerita. Dasar mulut murai kesayangan.

"Busy lah Tok Papa, tak ada masa nak dekat dengan siapa- siapa. Kalau Raid busy, Rizq boleh jagakan Nia. Kalau Rizq busy jugak Faiq , Aisy, Nael semuanya ada kalau dah semua busy Nia duduk dengan family Faiq. Selama ni macamtu je. Okay je Nia membesar, setakat complain daddy dia busy tu biasalah budak-budak" ucap Raid.

"Anak ni mana nak cakap. Nia tu kecik lagi, kasih sayang ayah dengan ibu ni lain. Raid kalau nak cari isteri, cari yang pandai masak, boleh uruskan rumah dan anak. Boleh jaga makan pakai Raid dan kuat agama. Tak boleh main asal pilih je"  tambah Puan Maria berbaur memuji Yasmin yang mengulum senyuman.

"Memangnya kau ready ke?" sampuk Zafrel.

"Kau rasa?" Soalan dibalas soalan membuatkan Tengku Adam tersenyum. Macam-macam lah budak-budak ni dah umur 26 tahun tu dah layak nak bina keluarga, bukan hal duit menjadi masalah kerana Raid terlebih mampu begitu juga dengan Zafrel. Bila ditanya dia hanya membalas tak sampai seru lagi. Itu sahaja modalnya.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now