Aulia bermain dengan jarinya di dalam kereta sambil dia menunggu Raid mengambil ubat . Selepas kejadian itu dia terus mengheret Aulia ke hospital. Puas Aulia menolak tapi Raid sejenis pantang kalau orang tak dengar cakapnya, dia terus mencepung tubuh Aulia keluar dari butik. Aksi itu disaksikan oleh pekerja Aulia. Mukanya dah tebal menahan segan tapi kudratnya tak mampu melawan Raid.
Aulia melepaskan keluhan berat, sudah lama dia tak hadap benda sebegini. Sejujurnya dia dah terbiasa tapi dah lama dia tak hadapi situasi sebegini di hadapan orang lain. Dia sering muntah darah sebegitu tapi hanya disaksikan diri sendiri. Hal ini hanya diketahui Mia , mata Aulia melirik pada Raid yang memasuki kereta. Jujur dia tengah cuak, dia takut Raid mengadu pada Tengku Adam.
"Nah, ubat kau" ucap Raid lalu diletakkan ubat itu di atas paha Aulia. Blazernya dibuka dan dia terus meletakkan di badan Aulia. Aulia mengigit bawah bibirnya, kenapa dia rasa sedih tapi bercampur geram. Dia tak nak Raid pandang rendah padanya. Dia hanya membisu apabila Raid mula meruskan perjalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Suasana di dalam kereta hanya sepi tanpa sebarang bunyi. Lagu pun tak ada.
" Thank you Raid, I minta maaf sebab susahkan u dan I harap u tak cakap apa-apa dekat Opa" ucap Aulia makin perlahan apabila mereka sampai di hadapan condominium milik Aulia. Raid pula sampai ke atas mengikuti Aulia, dia ingatkan sampai ke lobi.
"Eh! Raid! Raid! Ish! Suka hati dia masuk rumah orang!" ucap Aulia apabila Raid terus melanggarnya dan memasuki rumahnya memandangkan Aulia dah buka pintu. Raid pula selamba je, kasutnya dibuka dia terus menuju ke dapur.
"Kau duduk sorang? Mia?" tanya Raid. Aulia sudah pun mengulingkan bola matanya. Pekak eh?
"Mia duduk dengan Abi dengan Umi dia lah. Kalau I ada keluarga pun dah tentu I duduk dengan family I jugak" balas Aulia. Dia melabuhkan pungungnya di atas kerusi di dapur. Tubuhnya terasa lemas dan dia juga penat.
"Habistu kenapa tak duduk dengan family kau, kau bukan tak ada family" ucap Raid lagi.
"Ibu dengan Baba I dah lama meninggal" jawab Aulia mudah. Segala ubatnya diletakkan di atas meja.
"Kau ada Tok Papa, Tengku Amir, Puan Maria, Zafrel, Mia, Tengku Auni , Megat Malik" balas Raid membuatkan Aulia tertawa sendiri sambil melihat ke arah Raid.
"Raid, U tak kenal I. Apa yang u nampak bukan apa yang u fikir. Dunia I ni hipokrit sangat, I tahu U baik walaupun u punya personaliti beku. Don't step in my world, it's full of drama. Balik lah, terima kasih sebab bawa I pergi hospital tadi, i'm okay i'm used to it" ucap Aulia dengan senyuman.
"Apa dah jadi sebenarnya? Aku tak faham, aku tak pernah tengok doktor yang pelik macam tu. Aku yang nampak kau batuk-batuk darah sampai baju kotor lepastu doktor tu selamba cakap luka? Kerongkong luka? Tak logik" ucap Raid.
Dia masih tak puas hati dengan jawapan doktor di hospital itu, mahu saja diberhentikan kerja nasiblah Aulia menahan jujur dia bingung dengan apa yang tengah jadi sekarang ni.
"I tak perlukan ihsan dari u ,Raid. I dah biasa sendiri. I mati ke I hidup ke tak ada orang nak kesah pun. U tak payah nak jadi prince charming dalam hidup I . Nobody wants me, u tak patutnya masuk campur dalam hidup I. I tak nak apa-apa jadi dekat u. Kita dah besar, u faham kan apa maksud I?" ucap Aulia perlahan.
"Semua ni ada kena mengena dengan rumah Tok Papa ke? Kenapa kau suruh aku baca doa tu sebelum makan? Ada apa-apa ke dalam makanan tu? Ada apa-apa yang tak kena dengan rumah tu?" tanya Raid.
"Raid, stop. Tolong lah, U tak faham lagi ke hah? Tak payah layankan rasa nak tahu u tu! Tak ada apa yang special pasal I. Tak ada apa-apa, I tak ada niat apa-apa pun suruh u buat macam tu. Raid, tolong lah pergi. I penat lah, I tak suka u banyak cakap macam ,I tak selemah yang u fikirkan. Please, I still teringin nak jumpa Nia jadi jangan rosakkan hubungan kita macam ni" ucap Aulia lagi.
Raid tersenyum senget dan dia menuangkan air ke dalam gelas untuk Aulia. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu namun dielak agar Aulia nampak , lalu dia terus meletakkan air itu di hadapan Aulia. Aulia hanya memandangnya.
" You're so mysterious Lashira Aulia. The mystery of life isn't a problem to solve but a reality to experience. The less you reveal, the more people can wonder. Minum air ni sampai habis, jangan lupa makan ubat" ucap Raid lalu dia terus berlalu pergi. Aulia melepaskan keluhan berat.
Raid , Raid jangan buat aku tak tentu arah macam ni!
YOU ARE READING
RAID'S QUEEN
RomanceHidup dalam kemewahan menjadikan seorang Lashira Auliya biadap. Tambahan pula dari kecil dia sudah kehilangan ibu bapanya dan oleh itu dia tak diberikan didikan yang baik. Hasilnya dia menjadi seorang gadis yang cantik namun personalitinya menyimpan...