Aariz melangkah masuk ke dalam cafe dengan bersahaja, sudah 1 minggu dia berada di Dubai dan dia baru sahaja tiba di Kuala Lumpur bersama Raid. Aisy, Faiq dan Nael masih berada di Itali. Langkahnya terus berhenti apabila dia melihat seorang gadis yang dikenalinya.
" Kak! Kak! Kakak tak lawa, saya jual tisu jamban nak beli tak? Segulung 60 sen je kak, beli lah kak" ucapnya di sebelah Mia. Suara serak dibuat-buatnya.
Fuh, pandai aku berlakon. Patutnya , aku jadi pelakon.
"Rizq! Hesh! Awak ni buat saya terkejut tau tak! Awak buat apa kat sini?" ucap Mia. Patutlah lah macam familiar sangat dengan suara tadi. Aariz membuat muka dan terus duduk di hadapan Mia tanpa dipelawa. Muka tembok macam ni lah.
"Kau jadi doktor macam mana eh? IQ kau rendah. Aku datang sini nak jual tisu jamban lah , takkan nak gali kubur" balasnya.
"Hish, orang tanya leklok boleh pulak dia loyar buruk. U pergi mana? Lama sangat hilang" tanya Mia. Jejaka itu memang sibuk di Dubai. Sepatutnya sebulan dia di sana tapi memandangkan Raid dan yang lainnya menyusul dia ke sana dia terus curi tulang dan pulang ke Malaysia bersama Raid. Nael, Aisy dan Faiq kan ada, ehek!
"Kau kalau rindu aku tu cakap je, telefon canggih ada tak pandai nak call orang? Kau hidup zaman batu? Nia yang 5 tahun tu pun pandai face time dengan aku, malu lah" ucap Rizq lagi, sengaja nak mengusik Mia.
"Saya? Rindu? Siapa? Awak? Lambat lagi, perasan!" balas Mia dengan tawa mengejek. Rizq menjuihkan mulutnya.
"Kau buat apa kat sini? Obviously lah kau datang nak minum nak makan tapi selain tu? Kau nak mengawa—eh tak maksud aku, kau nak dating eh? Wuuu, ada jugak orang nak dekat kau kan?" ucap Rizq lagi.
" Nak makan ke nak minum ke nak tidur sekalipun kat sini bukan masalah awak lah! Memangnya kalau saya nak dating apa kaitan dengan awak? Tak menyusahkan awak pun lah. Menyibuk je" ucap Mia geram.
"Memang lah tak menyusahkan aku , kau kencing ke berak ke bukan aku yang cuci bukan aku yang cebok so tak ada kaitan pun dengan aku tapi aku nak tengok jugak lah mamat mana yang terpikat dengan kau. Nak cakap takziah, eh tahniah" ucap Rizq lagi.
"Awak ni kan mema—-"
"Mia"
Mata Rizq dan Mia terus beralih pada seorang wanita yang berdiri di hadapan mereka. Wajah Rizq terus berubah dan menjadi dingin. Tangannya mencapai iced latte milik Mia lalu diteguk.
Cool Rizq Cool!
Sabar ,sabar.
"Aunty Zara, jemput duduk" ucap Mia lembut. Puan Zara terus melihat ke arah Rizq. Matanya berkaca , mata Rizq menikam tajam anak mata Puan Zara.
"Don't.touch.me." ucap Rizq memberi amaran. Puan Zara menurunkan tangannya. Mia terus mengeleng kepalanya ke arah Rizq. Rizq menguak rambutnya ke belakang, hatinya tak berhenti beristighfar. Tidak mahu salah tingkah.
"Rizq, Rizq sihat sayang?" ucap Puan Zara ramah.
"Sayang? Siapa sayang? Kau bawak makcik mana ni? Kau gila ke? Kau minat dekat sejenis? Kotor lah kau ni, macam lah tak ada lelaki dalam dunia ni. Dah expired ni" ucap Rizq selamba.
"Rizq, kenapa cakap macam tu? Dia kan Mama awak jugak syurga seora—"
"Arisa, aku dah tak ada Mama. Mak aku dah lama mati, jom balik" ucap Rizq lalu dia terus berdiri dan ingin pergi. Mia terus mencapai lengan Rizq. Rizq melihat ke arahnya.
" Tak nak balik? Suka hati kau lah, kesah pulak aku" ucap Rizq lagi. Mia terus berdiri dan melihat ke dalam mata Rizq. Rizq hanya melihat ke arah gadis itu dengan tenang.
"Please, stay with me. Please, Rizq? Please?" rayu Mia. Rizq tersenyum senget dan Mia terus menarik Rizq duduk di sebelahnya. Puan Zara tersenyum hambar.
"Aunty, duduk lah. Aunty nak minum apa? Rizq tolong order air untuk Aunty. Aunty nak minum apa?" tanya Mia ramah. Rizq melihat ke arah Mia yang di sebelahnya.
" Are u sure? Kau pilih nak aku masukkan racun tikus ke racun anjing dalam minuman dia?" ucapnya tenang. Mia menepuk paha Rizq. Rizq hanya beriak tenang.
"T-takpe Mia. Tak perlu. Tak perlu. Aunty dah minum dah tadi. Tak perlu susah-susah, Mia sihat ke? Aunty ganggu Mia ke? Maaflah kalau aunty menyusahkan Mia" ucap Puan Zara serba salah.
" Sihat ke? memangnya nampak macam mati?" sembur Rizq selamba.
"Rizq Aariz! Watch your manners! Sorry sangat aunty, Rizq tak ada niat pun nak cakap macam tu. Dia gurau" ucap Mia, Puan Zara tersenyum.
"Cut the crap. What the hell are you doing here?" sampuk Rizq. Mia dah meraup wajahnya. Anak apa cakap dengan ibu kandung dia macam ni?
"Rizq, keep calm. I'm so sorry okay? Mana balik sini sebab Mama rindukan anak-anak Mama. Mama nak tebus segala dosa Mama pada Rizq, Raid. Mama tau bonda dah banyak buat salah dekat korang berdua. Mama nak tebus segala dosa Mama, Mama dah dapat balasan yang setimpal Rizq, suami Mama curang dengan Mama dan sekarang Mama sakit. Masa Mama dah tak lama, sebabtu Mama nak sangat jumpa Raid, dengan Rizq. Mama nak mintak ampun dengan korang berdua, Mama salah" Puan Zara sudah teresak- esak. Mia memandangnya dengan pandangan sayu. Rizq melihat ke arah Puan Zara dengan tajam, entah kenapa dia sangsi.
YOU ARE READING
RAID'S QUEEN
RomanceHidup dalam kemewahan menjadikan seorang Lashira Auliya biadap. Tambahan pula dari kecil dia sudah kehilangan ibu bapanya dan oleh itu dia tak diberikan didikan yang baik. Hasilnya dia menjadi seorang gadis yang cantik namun personalitinya menyimpan...