Faiq meletakkan sebiji epal yang belum dimakannya di atas meja. Lehernya diurut lembut, kini waktu di Amerika masih pukul 11:31 pm manakala di Malaysia 12:31 pm. Tangannya terus mencapai telefonnya, dia di sini bersama Nael dan Raid. Manakala Aisy , di Dubai. Matanya terus melihat pada gambar yang baru dimuat turun Aulia melalui lama sosialnya.
@LA
Liked by 2,987, 999
Regina + Principessa
Faiq mengaru kepalanya yang tidak gatal, kenapa wajah si kecil itu sama dengan Nia? Sejak bila Nia berjumpa dengan Aulia? Seingatnya, Nia pula pernah cerita tapi waktu itu di rumah Tengku Adam pakaian si kecil itu tidak seperti di dalam gambar. Faiq terus melihat ke arah Raid yang baru turun dari tingkat atas.
"Aid, kau cuba tengok. Apasal lah budak ni muka sama macam Nia eh? Hairan aku" ucap Faiq bingung.
"Nia?" tanya Raid. Faiq mengangguk. Telefonnya sudah bertukar tangan. Kening Faiq terus berkerut apabila Raid tersenyum melihat gambar tersebut. Nael yang berminat dengan gambar itu juga melihat ke arah telefon Faiq.
" Aik, bukan ke Rizq yang jaga Nia apasal dengan Lia ni?" tanya Nael hairan. Raid berdeham, terlarut dengan gambar itu buat seketika.
"Budak tu kan memang cari penyakit" ucap Raid lalu dia terus melemparkan telefon Faiq ke atas ribanya dan dia terus keluar sambil menelefon adiknya itu. Suka hati je kasi anak dekat orang lain!
Jam ditangan dikerling, waktu di Dubai mungkin dalam pukul 9 pagi . Kalau Rizq tak jawab memang cari nahas!
Rizq: Marhabaan sabah alkhyr!
Raid: Mana Nia? Nak cakap dengan dia.
Rizq: Ahhh—Nia girl dah pergi school
Raid: School? Tak pernah pulak kita hantar Nia pergi school kalau aku kat luar negara.
Rizq: Hah? Takk—-dia
Raid: Aariz , mana Nia?
Rizq: Ergh! Nia dengan Aulia. Haritu aku jumpa dia kat cafe. Mulut Nia tu kan menurun aku, dia cakaplah kita semua ada kerja. Dia siap cakap Walid dengan Umi tak sihat so Lia offer Nia duduk dengan dia. Alah, 3 hari je kot aku percayakan Aulia.
Raid: Aariz ni bukan soal Nia suka dekat Aulia atau apa. Ni hal hidup Aulia, kau fikir dia ada masa ke nak jaga Nia tu? Tak payah tambah kerja dia lah, takkan lah dia nak tolak dia mesti serba salah. Kau main selamba badak je nak suruh dia jaga anak aku.
Rizq: Aid, kau fikir Aulia tu macam perempuan lain ke? Dia tu kalau tak nak atau tak boleh dia cakap, tak adanya nak serba salah. Aku tengok Lia tu suka sangat dekat Nia, apa salahnya? Kalau Aulia jadi mommy Nia lagi lah tak ada salah. Dah lah, aku otw masuk office . Cauu
Raid melepaskan keluhan berat, hatinya tak adalah gusar sangat nak lepaskan Nia pada Aulia kerana dia cukup tahu bahawa Nia memang sah-sah sukakan gadis itu. Kalau tak , tak adanya hari-hari ditanya tentang Aulia.Raid menghantar pesanan ringkas pada gadis itu melalui whatssap. Macam mana dia dapat nombor Aulia? Rahsiaaaaaa.
Lashira Aulia
Oi , penculik. Nia macam mana?
Raid?
Okay je anak u bukannya I seksa pun. Pergi lama sikit biar masa I dengan dia panjang 🤪
Suka hati kau je culik dia, ikutkan sangat cakap Aariz
Halah, biar lah. Tak boleh ke kalau Nia jadi anak I jugak? I suka dia😫
Nia buat apa?
Layan movie, tapi dah nak zzzzz😴
Limit dia cuma sampai pukul 1 je, by hook or by crook make her sleep.
Eeeee, garang!
Dah ah, k byeh! Take care Raid, jangan balik lagi . One week eh Nia dengan I. Thank you😘
Raid tertawa sendiri dengan Aulia. Selamba badak je nak jaga Nia. Sikit pun gadis itu tidak kesah. Raid akui , Aulia lain dari yang lainnya. Puas dia ingin merungkaikan kisah seorang Lashira Aulia tapi sulit kerana Aulia sangat misteri.
Kalau nak ikutkan hati, dia boleh je dapatkan apa yang dia nak tahu tentang Aulia sendiri namun dia menghormati Aulia dan dia tak akan mengorek rahsia yang Aulia tak akan cerita padanya. Gadis itu suka pendam apa yang dirasainya dan sifat itu merbahaya. Satu hari sifat pendam itu boleh menjadi dendam kalau tak dibuang.
YOU ARE READING
RAID'S QUEEN
RomanceHidup dalam kemewahan menjadikan seorang Lashira Auliya biadap. Tambahan pula dari kecil dia sudah kehilangan ibu bapanya dan oleh itu dia tak diberikan didikan yang baik. Hasilnya dia menjadi seorang gadis yang cantik namun personalitinya menyimpan...