8

59 1 0
                                    

Seminggu kemudian...

Mata Aulia sudah meliar ke arah istana Tengku Adam, dari pagi dia sudah di sini kerana Tengku Adam memerlukan pertolongannya dan sekarang dah malam. Mia pula dah mula masuk kerja dan yang tu kalau dah mula kerja susah nak mintak cuti. Aulia terus menuruni tangga dan kakinya terus terhenti apabila seorang budak perempuan melanggarnya.

"Ow ow. Sorry ,Nia tak sengaja" ucap si dia yang bernama Nia itu. Aulia tersenyum dan dia terus menyamakan tinggi dengan Nia. Gadis berambut panjang melebihi paras bahu dan bermata hitam bulat itu dilihatnya. Cantik, boleh jadi model ni. Ehek!

"Nia buat apa kat sini? Datang dengan siapa?" tanya Aulia , hairan nak kata anak Puan Maria tak mungkinlah. Si Paus tu mana ada anak, Zafrel pun anak tiri. Di rumah Tengku Adam mana ada budak kecil.

"Nia datang dengan daddy, tadi daddy ambik Nia dekat nursery lepastu Atok call suruh datang" ucapnya petah. Aulia berkerut. Daddy? Atok? Siapa pulak ni?

"Emmm, daddy? Daddy dengan atok dekat mana?" tanya Aulia tertanya-tanya. Anak Zafrel ke? Tak ada rupa Zafrel pun. Rambut Zafrel hitam pekat budak ni pula brunette brown. Muka pun lain, hello polis anak siapa hilang ni?

"Boleh! Jom" ucap Nia lalu dia terus menarik tangan Aulia. Entah kenapa gadis itu cukup suka kan budak-budak. Nak cakap ada adik tak ada jauh lagi anak. Tapi budak-budak yang menjadi model jenamanya semua sukakan dia. Dia juga selesa dengan budak-budak. Kalau tak nak kahwin tapi nak anak je boleh ke macamtu? Berangan je lah!

Aulia hanya tersenyum apabila Nia menariknya hingga ke ruang tamu. Mata Aulia hampir membuntang apabila dia melihat ke arah Raid yang berada di situ bersama Tengku Adam. Malunya belum habis lagi dengan Raid.

"Daddy! Nia jumpa angel, aunty ni cantik"

Aulia hanya beriak tenang, alolololo cakap titew angel lah pulak dah! Si Nia ni memang petah berkata-kata tapi dia panggil Raid , Daddy? Raid dah kahwin? Siap ada anak sorang? Patutlah jual mahal, milik orang rupanya.

"Eh , Nia jumpa Aunty Lia rupanya. Tu Aunty Lia, cucu atok. Lia dah maghrib?" tanya Tengku Adam, Aulia tak membalas pertanyaan Tengku Adam, dia masih cuti. Tak kan nak cakap kat sini kan? Depan Raid pulak tu.

"Atok? Daddy? Nia ni anak u?" tanya Aulia , soalan dibalas dengan soalan lepastu bila nak habis kalau dah macam ni? Heh!

"Atok lah, Nia anak angkat Raid. Raid pun cucu Tok Papa jugak. Nia panggil Tok Papa , Atok. Cicit kan" ucap Tengku Adam. Aulia terus menarik Nia lembut. Anak angkat? Belum kahwin lah ni?

"Opa, don't say like that. Nanti kalau Nia terasa macam mana? Anak angkat ke anak kandung ke tetap je anak tak boleh beza-bezakan bila kita dah berniat nak jaga dia" ucap Aulia , Raid hanya tersenyum sinis. Pandai pulak bercakap.

"Hehehe , aunty sayang Nia ke? Nia okay lah, Nia dah tahu lama dah, Daddy jaga Nia masa Nia baby lagi" ucap Nia.

"Ouh. Mestilah sayang, siapa tak suka dengan Nia huh? Tak orang pun tak sayang Nia, semua sayang Nia" ucap Aulia dengan senyuman ikhlasnya. Tengku Adam melihat ke arah cucunya dengan senyuman yang lebar. Aulia memang keras hati tapi tak bermakna tak ada sikit pun rasa ihsan dalam dirinya cuma jarang ditunjuk.

"Nia ganggu aunty ke?" tanya Raid sedikit tegas. Aulia dah mencebik ingin mengejek, dengan anak pun garang ke?

"No,daddy" jawabnya jujur.

"I yang terserempak dengan dia masa nak turun, bukan salah dia pun" ucap Aulia senada, masih segan dengan hal tempoh hari. Nia mengangguk, Raid pula dah membuka tangannya ingin menyuruh si kecil itu kembali padanya.

"Sir, Tok papa maaf kalau menganggu tapi makanan dah siap. Mak Long cakap dinner lah kat sini dulu sebelum balik" Aulia berpeluk tubuh, sejak bila si ustazah ni ada ek? Seingatnya pagi tadi belum ada,kesah pulak aku.

"Eh apa dinner pulak ni? Tok Papa, Raid dah cakap kan tak payah susah-susah" tolak Raid lembut. Nia pula masih tak melepaskan gengaman di tangan Aulia, Dia senang dengan gadis itu, cantik, baik memang sempurna untuk si kecil itu idolakan.

"Alah dinner je pun, kamu dah susah payah datang sini tolong Tok Papa. Kalau tak ada kamu , sia-sia lah kerja yang Tok Papa dengan Lia buat. Selagi perut tak kenyang Tok Papa tak izinkan balik. Lia, ajak Nia makan" ucap Tengku Adam.

"Tapi Opa, Lia pun turun ni sebab nak balik. Nanti- nanti je lah lagipun Lia tak lapar" ucap Aulia pula.

"Kamu pun sama, Lia. Jangan balik selagi tak dinner.Lapar ke tak ke belakang cerita. Kurang-kurang teman Nia makan tu hah. Dinner je bukan suruh membunuh ke apa" Tengku Adam dah keluarkan kuasa veto.

"Tapi dapur tu boleh jadi medan pembunuhan kalau Lia ada. Jom baby girl" ucap Aulia lalu dia mendukung tubuh Nia dan menuju ke dapur. Raid hanya diam, Nia pun satu selamba je dengan Aulia. Tak takut ke apa budak tu? Hish, Nia tu anak kau Raid, takut? Puih.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now