Mereka mula mendaki bukit dengan posisi yang berbaris panjang, Zafrel di hadapan , Faiq , Aisy, Mia, Aulia, Yasmin, Rizq , Nael dan Raid di belakang. Aulia pula sudah lincah dari tadi, mata gadis itu tajam memerhati setiap halangan. Mereka juga berhenti beberapa kali kerana Yasmin masih belum biasa dengan pendakian sebegini. Lenguh, tak cukup nafas, dah nak pitam dan macam-macam lagi alasannya.
Mereka hanya menurut, Mia mengeleng kepalanya dia tak pelik kalau Aulia masih cool tapi 5 orang jejaka itu juga termasuk Zafrel turut cool. Seperti sudah biasa dan stamina mereka bukan main kuat lagi. Mia pun masih tercunggap- cunggap tapi tak adalah sampai tahap nak pengsan.
"Kau gila kan babe? Cakap kat aku last hiking 3 tahun lepas dari cara kau ni macam kau baru hiking 3 hari lepas tau tak! Ni ke penangan kau jogging setiap pagi? Workout hujung minggu?" ucap Mia. Aulia hanya tersenyum. Aish, tak payah cakap! Nanti riak pulak ahaks!
"Nonsense! Kau tu yang jarang bersenam" balas Aulia. Mia mengangguk, dia paling tak suka bersenam tapi badan dia boleh tahan juga walaupun tak bersenam.
"Arghhh!" tempik Yasmin. Mereka terus berhenti. Aulia terus berpaling ke belakang. Dia melihat ke arah Yasmin yang sudah terduduk di atas tanah.
"Again?" bebel Rizq. Nael mengetuk kepalanya perlahan.
"Kenapa pulak ni?" tanya Zafrel yang mula menghampiri Yasmin. Aulia melemparkan botol air kepada Mia dan memaksa gadis itu supaya duduk. Kasihan pada Mia yang dah mengah itu tapi jiwanya kental! Salute ah!
"K-kaki Min cramp!" ucap Yasmin. Zafrel terus memerhati sekeliling, telinganya menangkap bunyi deruan air yang tak berapa jauh dari mereka.
"Zaf, kita ni jauh lagi ke?" tanya Faiq.
"Tak jauh dah , dalam 5 minit macam tu kita sampai ke air terjun lepastu dah boleh turun" ucap Zafrel yang sedang mengurut kaki Yasmin. Berkerut-kerut wajah gadis itu menahan sakit.
"Sakit sangat ke? Tak boleh jalan?" tanya Aisy. Yasmin mengangguk. Raid mencuri pandang Aulia yang sedang menemani Mia berehat. Matanya melirik pada bandana yang dipakai Aulia. Kenapa lah bandana itu seperti sangat familiar baginya.
"Aid, dengar tak?" tanya Rizq.
"Huh? Apa?" tanya Raid kembali.
Haish , malu!
"Kau papah Yasmin dengan Aisy. Aku dengan Rizq kat belakang. Mia dengan Lia kat tengah. Kita dah nak sampai kat atas sana" ucap Nael semula.
"Aku?" tanya Raid, dah kenapa dia yang kena? Hadoi!
"Ye lah kau, cepat lah nyet. Arisa, okay tak? Nak kena papah jugak?" tanya Rizq pula. Mia mengangguk.
"Okay je" jawab Mia cuba untuk tenang, berderau habis segala darahnya. Arissa? Ehek, malu lah!
"Dah jom" ucap Aulia pula. Mereka mula meneruskan pendakian mereka. Tidak sampai 5 minit mereka tiba di air terjun. Aulia dan Mia dah teruja, begitu juga dengan yang lainnya. Zafrel tersenyum puas.
"Aisy , sini!" panggil Rizq. Aisy pula terus melepaskan Yasmin dan berlari ke arah Aisy. Raid menjelingnya tajam apabila Yasmin terjatuh padanya tangan Yasmin sudah memeluk lehernya. Raid pula cepat-cepat melepaskan tangan Yasmin dan membantu gadis itu duduk di salah satu batu besar.
"Terima kasih Abang Raid, kalau tak ada Abang ntah apa nak jadi dekat Min ni" ucap Yasmin, segala bulu roma Mia mula meremang. Kenapa rasa geli semacam ni? Dia terus mendekati Yasmin, backpack kecil miliknya dibuka.
"Semua tolong" balas Raid dingin.
"Betul lah tu kan ,semua tolong macam kelakar pulak bila Yasmin hanya berterima kasih dekat u je kan, Raid?" ucap Mia. Raid mengangguk bersetuju, Mia tersenyum dia terus melihat ke arah kaki Yasmin . Tak ada patah jauh terseliuh.
"Theraworx Relief Fast-Acting Spray for Leg Cramps. Ni je yang Mia bawak, in a few minute u akan okay" ucap Mia sambil menyembur spray tersebut.
"Terima kasih Mia sebab sudi rawat Min, Abang Raid pun terima kasih lagi sebab nak jaga Min" ucap Yasmin dengan senyuman lalu dia tertunduk malu.
"Jaga? Tak nak" jawabnya ringkas. Mia menahan diri dari tertawa. Sedingin-dingin Raid dia juga sejenis yang kelakar rupanya. Raid terus berlalu pergi tanpa berkata apa- apa . Mia tersenyum nipis.
"Sama-sama, duduk lah. Nak cuci tangan" ucap Mia. Yasmin mengangguk dan dia melihat ke arah spray yang dibawa Mia. Ditendang spray itu jatuh ke tanah dan muka ditahan supaya tidak menunjukkan emosi sebenarnya.
" Tengok ni daun kapal terbang!" ucap Aulia.
" Lili, it's Chromolaena odorata syn Eupatorium odoratum" ucap Mia. Aulia mengulingkan bola matanya. Doktor ni kan! Ada jugak nak kena ni.
"Daun ni untuk apa?" tanya Rizq pelik.
"Daun ni digunakan dalam perubatan tradisional, pokok ni dikategorikan sebagai sejenis tumbuhan rumpai dan dibuang atau dimusnahkan dalam sektor perladangan atau pertanian. Asalnya dari bahagian tropika benua Amerika" tambah Mia.
"Kat Malaysia, pokok ni bukan dikenali dengan nama daun kapal terbang, tapi dikenali dengan nama daun rumput Malaysia" tambah Zafrel.
" Ada jugak panggil rumpai Siam, Christmas Bush, Bitter Bush atau Baby Tea. Aku dengar bagus daun ni boleh ubat macam-macam penyakit nak buat pun senang, daun tu rendam dalam air panas sekurang-kurangnya dalam tempoh selama 3 jam. Selepas itu, air rendaman daun pokok kapal terbang minum sekali setiap hari, tapi rasa pahit" ucap Faiq.
"No no no! Jangan! Tak boleh!" halang Mia apabila Nael ingin memasukkan ke dalam mulutnya.
"Daun pokok kapal terbang ini sebenarnya berbahaya ditelan. Ini disebabkan oleh kandungan sebatian kimia dalamnya yang berasal daripada kumpulan alkaloid pyrrolizidine. Alkaloid pyrrolizidine adalah sejenis bahan karsinogen atau secara mudahnya, bahan yang boleh menyebabkan kanser, bahan kimia daripada daun ini boleh menyebabkan keracunan dalam jangka pendek dan boleh juga menyebabkan kanser hati dalam jangka panjang" terang Mia.
" Secara tradisionalnya,daun ni boleh digunakan sebagai salah satu rawatan bagi luka-luka kecil jika tidak terdapat akses terhadap ubat-ubatan moden. Tu pun kalau darurat.
Dalam daun tu ada tetrahydroxyflavone yang boleh buat pembekuan darah dan menghentikan darah daripada terus mengalir jika ada sebarang luka kecil. Cara dia, daun tu hancurkan dan tepek pada tempat luka pada tubuh badan" ucap Raid tenang."Cantiknya warna dia, wangi" ucap Aulia. Dia turut duduk mencangkung di sebelah Raid yang sedang mencampur daun itu bersama air. Aulia menyentuh buihan yang dikeluarkan daun itu di tangan Raid. Raid tersenyum dan mengangguk. Aulia menarik tangan Raid dan dihidunya. Comel! Mudah sangat excited!

YOU ARE READING
RAID'S QUEEN
Roman d'amourHidup dalam kemewahan menjadikan seorang Lashira Auliya biadap. Tambahan pula dari kecil dia sudah kehilangan ibu bapanya dan oleh itu dia tak diberikan didikan yang baik. Hasilnya dia menjadi seorang gadis yang cantik namun personalitinya menyimpan...