28

60 1 0
                                    

"Daddy!" tempikan Nia membuatkan Raid tersenyum lebar dia dan yang lainnya sudah kembali ke Kuala Lumpur setelah zohor tadi. Walaupun mereka hanya meluangkan masa di vila selama 3 hari 2 malam , mereka sudah melepaskan tekanan sedikit sebanyak walaupun Raid dan Aulia hilang di hutan. Bagi Raid, masanya diluangkan dengan berharga terutamanya di hutan bersama Aulia.

Banyak kemungkinan mereka akan terus di sana jika Aulia dan Raid tidak hilang di hutan. Memandangkan Raid dah terseliuh kaki mereka terus postpone segala aktiviti yang pastinya mereka akan bercuti bersama-sama lagi.

" Daddy kenapa tak turun?" tanya Nia apabila Raid terus mengangkatnya masuk ke dalam kereta.

"Kaki daddy sakit sebabtu daddy tak turun, Nia dah salam Tok Umi ke huh? Atok ada?" ucap Raid.

"Dah! Atok tak ada, Atok ada jemputan dekat JB. Uncle Faiq tidur rumah Tok Umi eh?" tanya Nia.

"Ha'ah. See u later ,sugar" ucap Faiq lalu dia mengucup lembut dahi Nia. Nia terus menyalami tangan Faiq dan dikucup pipi Faiq. Faiq tersenyum dan dia terus menyatu penumbuknya dengan tangan Raid serta Nael.

"See u bro! Kirim salam dekat Umi, nanti kitaorang datang ramai-ramai" ucap Nael. Faiq mengangguk. Nael terus menekan pedal minyak . Rizq dan Aisy sudah berada di rumah , mereka berdua menghantar Aulia, Mia dan Zafrel ke rumah masing-masing.

"Daddy, kenapa kaki daddy sakit? Ada orang tolak daddy jugak ke?" tanya Nia polos sambil bermain dengan jari jemari Raid.

"Tak lah, daddy jatuh. Sikit je. Tangan Nia macam mana? Okay tak?" tanya Raid. Bandage juga sudah dibuka dari tangan Nia. Nia mengangguk.

"Dah! Tok Umi suruh nenek tu urus . Tapi kalau Mommy buat tak sakit pun" adu Nia.

"Urus? Urus tu apa ,sugar?" tanya Nael.

"Urus lah , like this like this" ucap Nia lalu dia terus mengurut tangan Nael. Nael dan Raid tersenyum.

"Urut lah ,urus tu arrange" ucap Raid memperbetulkan Nia.

"Ha ,ye lah tu. Daddy suruh mommy urut jugak lah" ucap Nia lagi. Raid tersenyum dan mengangguk.

"Nia suka ke dekat aunty Lia?" tanya Nael sengaja nak memancing Nia, mahu melihat kepekaan si kecil itu.

"Bukan aunty! Mommy! I love her! Mommy Nia cantik, Mommy Nia baik. Uncle Nael tak suka mommy Nia ke?" tanya Nia pula.

"Esh , kenapa tak suka pulak? Tapi , uncle rasa daddy lagi suka mommy dari uncle. Dah anak approve apa salahnya kalau masuk jarum, kosong tu" usik Nael.

" Yeke daddy?! Bagus lah kan!" ucap Nia teruja.

"Tak payah ajar benda pelik-pelik lah dekat anak" ucap Raid. Nael mengerling Raid dengan senyuman.

"Aku kenal kau lama, kau adik aku Aid. Aku kenal adik- adik aku macam mana. Sebagai yang paling hebat dan berpengalaman kat sini meh aku nasihatkan kau" ucap Nael. Jejaka itu lebih tua 2 tahun dari Raid dan pernah berkahwin namun isterinya sudah meninggal dunia.

"Jodoh adalah benda yang dah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tapi macam mana kita nak tahu dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi kita kena gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan."

"Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Betul ke macam tu?" tanya Raid.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now