38

50 1 0
                                    

"Mommy" rengek Nia yang sedang tidur di dada Aulia. Aulia mengeratkan pelukan pada Nia.

"Shhhh, tidur sayang" ucap Aulia lembut sambil mengelus rambut Nia. Matanya beralih pada Raid yang menyentuh bahunya. Nael, Ridz , Aisy dan Faiq membontoti Raid. Mereka mengambil tempat di ruang tamu.

" Kenapa semua tegang je? Ada nak cakap apa-apa ke?" tanya Aulia cangung. Masa makan tadi elok je sekarang ni macam tegang je . Nael tersenyum dan mengeleng.

"Tak de lah. Saja nak kumpul , kita kan satu keluarga" ucap Faiq. Aulia tersenyum sendiri, keluarga?

" Gentlemen, come on. Tell me, what's wrong? Kalau ada benda nak bincang kita boleh bincang. I tak kesah pun" ucap Aulia tenang.

" Macam ni, Faiq dah hacked cctv rumah Tok Papa. Macam-macam kitaorang nampak, apa Cik Maria buat dekat kau masa majlis kesyukuran tu, semua benda yang jadi dalam rumah tu kitaorang tengok tapi footage kita datang rumah tu tak ada langsung. Macam benda tu tak pernah jadi pun, pelik kan?" jujur Raiq.

Aulia tertawa sendiri. 5 orang jejaka itu berkerut dan mata mereka melihat ke arah Aulia. Hairan apabila gadis itu hanya tertawa. Aulia dah tau ke macam mana?

"Hubby, I tau lah. Tu rumah Tok Papa I , segenap cctv kat rumah tu mati haritu. Sebabtu hari tu, I tak duduk diam. I pun pelik tiba-tiba cctv off sedangkan tak rosak pun. I dah suruh Abi check. Abi cakap tak ada masalah pun. Kalau u ingat I ambik phone u lepastu masukkan dalam pasu and I pun letak phone I dekat pasu lain"

"I sangsi bila u cakap u nak jumpa Zaf. Sedangkan kereta Zaf tak de pun dekat depan. Kat situ satu clue, second is masa bibik tu datang bawak air untuk u. I nampak dia tengah berdebar sangat, mata dia tu mainkan peranan walaupun dia nampak santai. Third clue, semua pekerja tak de, asalnya pekerja dekat rumah tu ada 15 orang tapi hari tu ada dia je. Tak logik langsung! Next clue, air yang kita minum. Dalam air tu ada sesuatu yang buat kita tak sedar. I dah suruh Mia check tu serbuk apa"

" Tolong connect dengan television" ucap Aulia lalu dia terus menyerahkan telefonnya dan telefon Raid pada Faiq. Faiq terus menyambung telefon itu pada televisyen dan mata mereka tajam melihat ke arah skrin.

Aulia melihat ke arah video yang dirakam melalui telefon miliknya dan Raid. Keluhan berat dilepaskan , bibirnya diketap apabila dia melihat Raid dipukul mengunakan besi. Raid menyentuh lembut tangan isterinya, dia tahu Aulia masih serba salah dengannya.

"Wowowowo, look at that!" ucap Rizq. Dia melihat ke arah 2 manusia yang sedang mengangkat agar terbaring di sofa. Butang baju Raid dibuka satu persatu. Rahang Raid sudah bergerak-gerak.

"Lelaki ke tu?" tanya Faiq bingung kerana dua makhluk itu berpakaian hitam dan muka mereka tak kelihatan kerana ditutup menggunakan kain.

"It's a girl, isn't it?" tebak Nael lalu dia melihat ke arah Aulia. Aulia mengangguk. Dia cukup faham dengan figura badan lelaki mahupun perempuan. Semua tu makanan dia.

"  See! Aku dah cakap Raid dengan Lia kena fitnah!" ucap Aisy apabila video itu tamat. Aulia hanya tersenyum, dia cukup salute pada kesetiaan dan kepercayaan mereka berempat pada Raid.

"Tapi masalahnya tu lah, kita tak tahu siapa yang buat semua tu. Muka diaorang pun kita tak nampak" ucap Aulia.

"Tak pe, benda tu mudah je. Aisy boleh cari tau siapa 2 mangkuk tu" ucap Nael. Aulia mengangguk.

"Tapi kala—-"

"Arisa call" ucap Rizq. Terkejut tiba-tiba telefonnya berbunyi. Rizq mengangkat panggilan dari Mia. Matanya digulingkan lalu dia terus membuat loud speaker sambil tangannya memegang telefonnya.

Rizq: Cakap lah, Lia ada ni.

Mia: Babe?

Aulia: Asal Mia?

Mia: Oh.my.gosh! Babe! It's a sleeping pills. Kau tau tak ramuan dalam pil tu boleh bawak maut kalau terlebih dos. Kau okay ke? Raid macam mana?

Raid: Sleeping pills?

Mia: Ha'ah! Positif! Siapa yang minum banyak sekali?

Aulia: Aku?

Mia: Kau datang hospital sekarang! Apasal kau tak cakap dekat aku!

Aulia: Babe, benda dah seminggu lepas tau tak. Aku okay je. Aku pun minum separuh je . Selebihnya Raid.

Mia: Cik Maria dah melampau tau tak! Ni soal nyawa dia dah hilang akal ke?!

Aulia: Mia, aku call kau nanti. Bye. Jangan cakap dekat Abi atau Mama.

Mia: Lili! Erghh—-fine!"

Mia mematikan panggil itu , Aulia melepaskan keluhan berat. Kalau Raid yang minum air tu sampai habis? Dia mesti akan nangis macam orang gila kerana membiarkan Raid mati di hadapannya. Bibirnya diketap dan matanya dipejam. Menahan rasa sakit di hatinya.

"Meeting" dingin Raid bersuara. Jejaka berempat itu terus bergerak. Dari suara pun dah tahu Raid hendak mengamuk namun wajahnya hanya tenang. Aulia menyentuh tangan Raid yang ingin mengambil Nia untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

"Raid..." ucapnya sepatah , tiba-tiba mati kata. Seram sejuk tiba-tiba. Raid menguak rambutnya ke belakang.

"  Masuk tidur" ucap Raid lalu dia mengucup lembut dahi Aulia dan dia terus mendukung Nia naik ke bilik anaknya. Aulia melepaskan keluhan berat, entah apa yang Raid nak buat pun dia tak pasti ,harapnya jejaka itu tidak bertindak mengikut emosi. Wajahnya diraup lembut, apa lagi masalah Puan Maria dengannya. Lepas satu, satu dia tak puas hati. Namun begitu, Aulia tidak akan menyerah kalah pada Puan Maria dengan rela hati.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now