Raid melepaskan keluhan apabila dia melihat ke arah Aulia yang sedang menunduk sambil duduk di kerusi. Nael dan Faiq juga dengannya, sebentar tadi Aulia menelefon dia untuk memberitahu Nia dibawa ke hospital kerana gadis itu jatuh di dalam tandas. Raid pula ketika itu baru sampai di airport. Terkejar-kejar dia ke sini.
" Raid. Raid I mintak maaf" ucapnya sambil melihat ke arah Raid. Raid hanya melihat ke arah Aulia.
"Nia?" tanyanya sepatah.
"Nia kat dalam , tangan Nia terseliuh. I minta maaf. I cuai— I yang salah. I sepatutnya tak biarkan Nia pergi sorang-sorang. I minta maaf Raid—I minta maaf I tak jaga Nia elok-elok. U buat lah apa je dekat I tapi u jangan jauhkan I dari Nia , I minta maaf Nael, Faiq" ucap Aulia dengan mata yang berkaca.
"Benda nak jadi , tak apa lah" ucap Nael.
"Asalkan Nia okay tu dah cukup. Jangan salahkan diri sendiri , Lia. Nak masuk tengok Nia boleh kan?" tambah Faiq. Aulia mengangguk, Nael menepuk lembut bahu Raid dan dia terus membontoti Faiq masuk ke bilik rawatan Nia.
"Raid , tunggu. Jangan senyap , please? I minta maaf. I tau semua ni salah I! I buat Nia sakit! I tak patutnya offer diri sendiri nak jaga Nia. I memang tak guna" ucap Aulia, dia menghalang Raid dengan menarik tangan jejaka itu.
"I minta maaf, jujur I cakap dekat u I sayangkan Nia sangat tapi I dah buat dia sakit macam ni. Semua ni sebab I, kalau I tak bawak dia keluar semua ni tak jadi kalau I teman dia pergi toilet dia tak akan jatuh macam ni. I memang tak layak dapatkan kasih sayang siapa-siapa jauh lagi kepercayaan dari u. I memang—-"
Aulia terus terdiam apabila Raid menariknya dan memeluk tubuh Aulia. Belakang kepala Aulia diusap lembut, Aulia dah tercengang, air matanya mula jatuh. Kehangatan Raid buat dia rasa lain tenang. Raid pula tak cakap apa-apa dia hanya memeluk Aulia dan mengelus rambut panjangnya.
" Lia, jangan lah macam ni. Stop salahkan diri sendiri, aku sikit pun tak salahkan kau. Semua yang jadi ada hikmahnya dan kita semua pun tak nak apa-apa jadi dekat Nia. Benda dah nak jadi siapa kita nak protes, dah nasib Nia harini dia terseliuh . Kalau dah takdir dia macam tu, tak kesah lah dia dengan siapa pun benda tu tetap jadi walaupun dia dengan aku sendiri"
"Aku faham perasaan kau, dah jangan lah macam ni. Aku tau kau takut , tapi jangan risau Nia tu kuat. Aku yang jaga dia dari kecik lagi setakat terseliuh ni okay je. It's not a big deal. We want the best for her, walaupun Nia manja aku tak ajar dia jadi lemah. Don't worry okay? Dah, jom kita masuk tengok Nia" ucap Raid.
Raid sedikit tercengang apabila dia melepaskan pelukan lalu dia melihat Aulia sudah banjir dengan air mata. Buat kali pertama gadis itu mengalirkan air mata dan mukanya merah menyala, halah comel!
"Kalau Nia bencikan I macam mana? Kalau dia marah kat I macam mana?" tanya Aulia lagi.
"Tak, dia bukan macam tu. Jom" ucap Raid lalu dia terus menarik tangan Aulia masuk ke dalam bilik rawatan Nia. Aulia dah teragak-agak. Dia melihat ke arah Nia yang sedang ditemani Nael dan Faiq.
"Eo? Daddy! Mommy!" tempik Nia. Raid berkerut, sejak bila aunty dah jadi mommy ni?
"Nia, how do you feel?" tanya Raid lalu dia mendekati Nia yang berada di katil itu. Tangan Aulia dilepaskan.
"Good! Sakit sikit je! Tapi aunty Mia dah check Nia dah" ucap Nia dengan senyuman. Raid mengangguk.
"Bagusnya anak daddy ni. Nia kan strong, speedy recovery okay sayang" ucap Raid lalu dia mengucup dahi Nia.
"Mommy? Mommy tak nak hug Nia ke?" ucap Nia apabila Aulia hanya diam dan berdiri jauh darinya. Aulia melihat ke arah Raid . Raid hanya mengangguk dan Nael serta Faiq hanya tersenyum melihat ke arah Aulia.
"Baby girl, mommy minta maaf tau—mommy"
"No lah! Mommy tak salah apa-apa pun. Nia jatuh sebab ada orang tolak Nia. Mommy cakap Nia boleh cakap apa- apa pun dekat mommy kan? Ada orang tu tolak Nia, tengok tangan Nia sakit. Pastu Nia nangis, Nia panggil mommy dia pun tak ada kat situ dah" ucap Nia.
"Nia jatuh sebab ada orang tolak?" tanya Nael.
"Bukan sebab lantai licin ke apa?" tambah Faiq. Nia hanya mengangguk.
"Baby girl, jujur dengan mommy. Orang yang tolak Nia tu macam mana?" Tanya Aulia, darahnya dah mula panas. Dia mengusap lembut rambut Nia.
"Emm—dia pakai baju biru. Besar! Pakai tudung" ucap Nia. Aulia mengigit bawah bibirnya, matanya ditutup dan dia terus berdiri.
" She's being too much! Mommy datang balik nanti okay Nia? Nia duduk dengan daddy, uncle Faiq and uncle Nael" ucap Aulia cukup dingin. Aulia terus keluar dari bilik Nia setelah dia mengucup dahi Nia.
"Eh? Aulia! Lia! Nak pergi mana?" tanya Faiq hairan.
"Pergi tengok Aid, marah sangat tu" ucap Nael.
"I'll be back with mommy" ucap Raid sambil tersenyum ke arah Nia dan dia terus mengejar Aulia.
YOU ARE READING
RAID'S QUEEN
RomanceHidup dalam kemewahan menjadikan seorang Lashira Auliya biadap. Tambahan pula dari kecil dia sudah kehilangan ibu bapanya dan oleh itu dia tak diberikan didikan yang baik. Hasilnya dia menjadi seorang gadis yang cantik namun personalitinya menyimpan...