1

315 2 2
                                    

Nama aku Rizq Aariz  , tapi semua orang panggil aku Rizq kecuali lah satu makhluk astral ni iaitu male lead cerita ni Raid Qarizh. Kenalkan , Raid abang sulung paling biul di abad ini. Dalam dunia ni yang panggil aku Aariz hanya dia. Makhluk lain boleh je panggil Rizq tapi dah dia abang aku jadi aku biarkan je.

Cerita ni berkisahkan seorang lelaki bangang yang dah pun berumur 26 tahun mengejar cinta. Cewah! Raid merupakan pemilik kepada syarikat ternama iaitu The Harier's Group. Syarikat ni syarikat family kitaorang dari aku belum ada sampailah aku dah berumur 24 tahun. Kini, aku dan Raid yang uruskan segala hal. The Harier's Group berkembang dengan pesat dari pelbagai bidang, perhotelan, pelancongan atau penerbangan tak pun pembangunan just name it.

Aku dengan Raid tinggal dengan 3 mamat bangla yang Mama dan Papa pungut dalam tempat jual besi buruk. 3 mamat bangla itu ialah Nael Haress, Faiq Haleef dan Aisy Mateen.

Kami berlima semuanya ada gen kacukan, contohnya Nael Cina kacuk Perancis, Faiq kacuk Arab dengan Indonesia , si Aisy pula Sepanyol dan Korea. Aku dan Raid pula kacuk Melayu tu separuh British dan German.Da macam binatang pulak kacuk-kacuk ni kan? Tapi kelima-limanya ada darah Melayu walaupun sipi-sipi.

Kami berlima tinggal merata tapi negara yang kerap kaki kami jejak ialah Italy. Hari ini sudah masuk setahun kami berlima tinggal di Malaysia semuanya atas sebab urusan kerja. Mama aku orang Malaysia sebabtu Raid beria nak balik sini katanya nak duduk dekat negara yang dia keluar aka lahir. Kami semua kerap juga pulang ke Malaysia tapi tak pernah terfikir nak duduk lama-lama. Sekarang, Raid yang tukar angin nak duduk sini.

Ikutkan je lah, mana tahu mati esok ke kan? Kan kempunan nak duduk kat Malaysia.

Tapi nak buat macam mana , jalannya memang macam tu dia balik Malaysia dan besar kemungkinan kami semua akan terus tinggal di sini. Malaysia lagi okay dari Italy, tu bagi aku lah. Seseronok mana pun negara luar aku tetap tak lupakan tanah air.Kami berlima dah rapat sejak dalam perut lagi kerana ibu bapa kami semuanya bersahabat.

Kini aku bongkarkan serba sedikit mengenai Raid Qarizh. Si beku ,si degil ,si keras kepala. Personaliti Raid ni cukup bertentangan dengan aku. Dia tak banyak cakap, penyabar, tak berperasaan, workaholic, genius, dan sebagainya. Boleh cakap Raid ni perfect lah tapi hidup dia cukup boring. Dia hanya hidup untuk bekerja dan kalau dia boring sekalipun dia akan workout takpun jogging atau cycling.Bosan!

Aku boleh cakap Raid ni sejenis yang tegas tapi aku, Aisy dan Faiq tak pernah kecut pun kalau dia mengamuk. Paling - paling dia campak Faiq dari tingkat 2 masuk dalam kolam ikan Arapaima ataupun hantar Aisy ke India untuk misi sukarelawan atau lebih tepat kurung Aisy dengan mayat yang dijadikan kajian para pelajar perubatan. Tak ada lah kejam sangat tapi permainan tu boleh tahan perit.

Kadang-kadang aku menyampah jugak dengan si Raid ni tapi itulah sejak dia 7 tahun dia dah kena jaga aku selepas kematian papa dan mama. Anyway, ibu bapa kitaorang semua dah tak ada sebab? Sebabnya rahsia! Tak boleh cakap takut syaitan dalam tubuh aku ni keluar.

Di usia 7 tahun , Raid dah galas tugas sebagai mak dan bapak untuk aku. Dia dah mula uruskan semuanya tentang The Harier's Group. Ketika itu syarikat kami hanya lebih cenderung kepada perhotelan namun tahun berganti tahun macam-macam benda baru Raid cuba dan semuanya maju dan berjaya. Dari kecil lagi kami hanya berlima dan juga diteman oleh Walid Farhan iaitu ayah kepada Faiq. Dia juga merupakan sahabat kepada arwah papa.

The Harier's Group makin pesat dan makin ramai yang cuba jatuhkan kami. Dari kecil aku dah diajar buat banyak benda dalam satu masa. Raid pula belajar sambil bekerja macam kami semua. Kami tak nak The Harier's Group mati tanpa pewaris. The Harier's Holding sudah pun mendapat nama dari zaman moyang lagi dan aku mahupun Raid tak akan mudah-mudah nak putus asa atas titik peluh keluarga kami.

Aku akui, keluarga kami tak macam orang lain. Orang lain mungkin selalu naik kapal terbang untuk bercuti kami pun selalu naik kapal terbang atau lebih tepat private jet untuk keliling dunia demi urusan kerja. Dalam hidup kami tak pernah ada perempuan kecuali para ibu kami. Nak harap cari awek? Memang tak ah, tak mati pun tak ada wanita.

Selain sebab tak minat atau tak tertarik dan bukan sebab kami belok , alasan utama kami ialah kami tak nak nyawa orang lain melayang sebab kami. Dalam kemewahan dan kejayaan kami , tipulah kalau tak ada yang dengki. Kalau nak dikira tak cukup jari. Setakat ugut nak bunuh, nak rompak kena gangguan macam tayar kereta pecah, rumah kena simbah cat , tengah lepak lepastu ada orang serang semua tu lazim bagi kami.

Aku ni belum sempat jalan pun dah pandai berenang, dah kalau setakat menembak sejak aku umur 2 tahun aku dah kenal apa tu pistol cukup je 5 tahun dah pandai main tembak-tembak. Kalau budak lain mesti tengah sibuk kumpul mainan macam kereta mainan , kami pula sibuk nak kumpul pistol nak jadikan koleksi.

Kami sekeluarga cukup extreme, dan semuanya ada jiwa athlete. Boxing, Mixed Martial Arts, Fencing, Taekwando, Hapkido, Shooting, just name it. Boleh kata kami buat semua benda demi keselamatan bersama. Hidup kalau dah banyak musuh macam ni. Sebabtu lah kami tak terfikir pun nak bina masjid nak cari tiang pun malas tapi semuanya berubah bila dia muncul dalam keluarga kami.

Raid kena tangkap basah, Nael ada peminat, Faiq jatuh cinta , Aisy nak ada anak dan aku? Aku kena hadap semua kebangangan ni. Bullsheet!

Semuanya kerana,

Lashira Aulia.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now